Syed Saddiq tak sertai Pejuang, tubuh parti anak muda

CG Sponsors




hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,388
Reaction score
185
Points
33
787b811a551c7565cacaaae074f8d42b.jpg



PRK SLIM | Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman akhirnya mengesahkan beliau akan menubuhkan parti berasaskan golongan anak muda.

Syed Saddiq mengisyaratkan hal ini selepas beliau menjadi satu-satunya bekas ahli parlimen Bersatu yang menyokong Dr Mahathir Mohamad tetapi tidak bergabung dengan parti baru bekas perdana menteri itu, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Semalam, bekas menteri berusia 27 tahun itu mengesahkan beliau tidak akan menyertai parti yang berteraskan Melayu itu, namun sebaliknya akan menubuhkan parti anak muda berbilang kaum.

"Sekiranya di Thailand mereka dapat menubuhkan parti Future Forward dan di Perancis, mereka dapat menubuhkan En Marche di bawah (Emmanuel) Macron, saya rasa sudah waktunya di Malaysia, untuk memulai gerakan orang muda - teknokrat muda, profesional - ahli politik muda dari pelbagai latar belakang hingga bersatu untuk memastikan suara pemuda akan menguasai di dalam dan di luar parlimen.

"Pada akhirnya, anak muda tidak boleh dipandang ringan lagi. Sudah sampai masanya pada hari ini bahawa politik tidak akan dikuasai oleh orang yang sama - dikawal dan dimonopoli oleh orang tua yang sama," katanya petik laporan Channel News Asia.

Semalam, bekas ketua Pemuda Bersatu menyertai konvoi motosikal bagi berkempen menyokong calon bebas yang disokong Pejuang pada PRK Slim, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi.


2c6c999ba1b1fd4f26de3d7f1241c1c4.jpg


Syed Saddiq memilih untuk menempuh jalan yang berbeza setelah secara terbuka menyatakan pada 7 Julai bahawa beliau tidak akan lagi mencabar pemecatannya dari Bersatu.

Bersatu telah memecat Mahathir dan penyokongnya dari parti yang diasaskannya kerana menentang presiden parti, Muhyiddin Yassin, yang membawa Bersatu keluar dari PH lantas membawa keruntuhan pentadbiran berusia 22 bulan itu.

Bersatu pimpinan Muhyiddin kemudian bergabung dengan sekumpulan pemimpin PKR yang berpaling tadah serta MP dari BN, PAS, GPS, PBS dan Star untuk membentuk kerajaan PN yang baru pada bulan Mac.


== malaysiakini
 
Sponsored Post

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
9,516
Reaction score
1,097
Points
151
Pecah undi lg, fund mai mn la sebab bkn sikit duit utk gerakan parti nie....baik dia tubuhkan ngo lg bgs
 

fms

CG Top Poster Club
Joined
Feb 10, 2007
Messages
20,635
Reaction score
358
Points
141
nnt bergabung walau x sama parti..
 

stonz

Active+ Member
Platinum Member
Joined
Sep 18, 2008
Messages
4,720
Reaction score
199
Points
43
tu diaaaa....langkah yang berani....
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,793
Points
236
Kepimpinan Tidak Di Tentukan Usia - Syed Saddiq Dapat "Restu" Wanita Besi

26.08.2020 - Kuala Lumpur, Mantan menteri kanan, Rafidah Aziz, menyuarakan sokongannya kepada rancangan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk memecahkan dominasi ahli-ahli politik veteran. Rafidah yang pernah diberi julukan Wanita Besi itu berkata, negara patut beralih daripada amalan politik yang memfokuskan pengelasan tertentu seperti kaum, agama dan jantina. “Sebagai rakyat Malaysia, kita berkongsi takdir yang saling bersilang antara kita. Kita patut menangani isu-isu yang merentasi (perbezaan), dengan tidak (mengamalkan) diskriminasi, pilih kasih dan berat sebelah secara tak wajar (undue bias),” katanya kepada Malaysiakini.

Mengikut kata Rafidah, politik berkisar tentang penaiktarafan untuk semua pihak, baik dalam peluang ekonomi, pendidikan dan kesejahteraan sosioekonomi. “Kita sudah pun berdepan dengan perpecahan dan berpua-puak dalam masyarakat kita, dan diburukkan lagi dengan politiking yang sempit. “Sekarang, ditambah pula lagi dengan jurang yang berasaskan umur.

“Kepemimpinan ada dalam diri setiap individu tanpa mengira umur, fahaman, kepercayaan, jantina atau keturunan kerana pemimpin itu memimpin semua orang, bukan hanya satu kumpulan yang tertentu sahaja,” tambahnya.

Syed Saddiq mencuri perhatian apabila dia tidak menyertai Pejuang - parti baru Dr Mahathir Mohamad yang berasaskan Melayu - meskipun merupakan penyokong tegar bekas perdana menteri itu.


Ada kedudukan yang baik

Bekas menteri belia dan sukan itu kemudian mendedahkan yang dia sedang mengusahakan satu gerakan anak muda, dengan memetik contoh parti Future Forward di Thailand dan En Marche di Perancis. “Saya rasa sudah waktunya di Malaysia, untuk memulai gerakan orang muda - teknokrat muda, profesional - ahli politik muda dari pelbagai latar belakang bersatu untuk memastikan suara mereka menguasai dalam dan di luar parlimen,” kata Syed Saddiq.

Bagaimanapun, penganalisis politik memberikan pandangan berbeza sama ada usaha itu akan mendapat sokongan atau pun tidak dalam negara yang landskap politiknya didominasi isu kaum dan agama. Pensyarah sains politik UKM Muhamad Nadzri Noor optimis bahawa langkah baru wakil rakyat berusia 28 tahun itu akan dapat meletakkan titik penamat kepada budaya politik “elitisme dan hierarki”. Katanya, dengan pengalaman menjadi menteri serta populariti di media sosial, Syed Saddiq berada di kedudukan yang baik untuk memacu pengundi muda yang dianggarkan seramai 7.8 juta menjelang 2023 nanti.

Segmen baru pengundi muda itu adalah hasil pindaan perlembagaan “Undi18” diperjuangkan Syed Saddiq, yang menurunkan had minimum umur pengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun. Dalam nada lebih pesimis pula, pensyarah sains politik UIAM Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar mempersoalkan apakah parti baru Syed Saddiq itu mendapat perhatian orang muda di kampung, terutamanya orang Melayu, memandangkan imej urban yang dimiliki bekas ketua pemuda Bersatu itu.

Dia turut mempersoalkan keupayaan gerakan baru itu untuk bersaing dengan sayap pemuda-pemudi Umno dan PAS yang lebih kuat.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/540090
 

hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,388
Reaction score
185
Points
33
'Langkah baru bergerak dari Dr M, Langkah Sheraton, politik wang Bersatu'

86672081f7cbeccb7091c0d6799337c7.jpg


WAWANCARA | Rampasan kuasa politik melalui “Langkah Sheraton” dan amalan politik wang dalam Bersatu menjadi pendorong gerakan politik barunya, kata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Keengganannya menyertai mana-mana parti sedia ada ditanggapi sebagai pertaruhan jangka panjang untuk mengubah politik Malaysia melalui undi anak muda.

Bercakap kepada Malaysiakini pada wawancara baru-baru ini, bekas ketua Pemuda Bersatu itu berkongsi pengalaman dalam parti lamanya yang menunjukkan hubungan rapat antara wang dan politik.

Sebagai parti pembangkang, dana pemuda Bersatu (Armada) sebelum PRU14 datang daripada sumbangan orang ramai, katanya.

"Bagaimanapun selepas pilihan raya, apabila kami tidak mengubah budaya politik wang, ketika itulah (anda) mengadakan perbincangan (tentang bagaimana) ahli-ahli korporat ini adalah pihak yang perlu kami temui dan inilah caranya kami melakukannya.

"Ada struktur penama yang dapat diusulkan, ada struktur kontrak dan terdapat banyak perkara lain lagi,” katanya berterus-terang.
Setelah membentuk kerajaan, beliau juga menyorot bagaimana bahagian-bahagian Bersatu akan "meminta" sumbangan daripada parti itu setiap bulan.

"Tanpa sebarang perubahan yang besar (dilakukan), (keadaan) akan tidak berubah,” tambahnya.

Tiada undang-undang yang mengawal dana parti politik di Malaysia.


Tiada lagi kompromi

Menurut Syed Saddiq, rancangannya untuk platform baru itu bermula selepas kerajaan Pakatan Harapan tumbang pada Februari lalu.

Keruntuhan kerajaan berusia 22 bulan itu tercetus apabila Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai perdana menteri dan Muhyiddin Yassin membawa Bersatu keluar dari gabungan PH dan bersekutu dengan BN, PAS, GPS, PBS dan Star.

Beliau juga ditanya sekiranya mempunyai sebarang penyesalan ketika menjadi menteri belia dan sukan, seperti menjemput Zakir Naik sebagai tamu ke kediamannya.

Ini selepas ucapan kontroversi oleh pendakwah tersebut mengenai orang India dan Cina di Malaysia.

Bagaimanapun, beliau mengelak menjawab soalan itu tetapi berkata membebaskan diri daripada politik berasaskan kaum memastikan dirinya tidak perlu lagi mengkompromikan prinsipnya "tanpa keperluan."

Sejak itu, Syed Saddiq mengumpulkan barisan profesional muda, aktivis, pengasas startups, pendakwah agama dan ahli akademik untuk membentuk "platform, gerakan atau mungkin juga parti" yang berbilang kaum.

Gerakannya yang masih baru itu juga merancang untuk melaksanakan had tempoh pemimpin memegang jawatan serta batasan terhadap penderma individu dan korporat.

“Kita tidak perlu lagi berkompromi terhadap prinsip.

"Kerana kini, akhirnya, kami memperjuangkan sesuatu yang benar-benar kami percayai," katanya.


Platform independen anak muda

Langkah terbaru Syed Saddiq ini telah menjarakkan dirinya daripada mentor politiknya Dr Mahathir.

Sejak disingkirkan daripada Bersatu, bekas perdana menteri itu menubuhkan parti yang berteraskan perjuangan hak Melayu dan antirasuah, serupa dengan Bersatu yang diasaskannya.

Syed Saddiq berkata platform politik barunya tidak sama dengan Pejuang.

c5c9f7977943654541003deac13f52bc.jpg


"Saya akan sentiasa menghormati Mahathir tetapi saya rasa sudah tiba waktunya bagi kita untuk mencipta dan memanfaatkan semangat rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan kepelbagaian yang ada.

"Saya sudah memaklumkannya dan pimpinan Pejuang mengenai keputusan saya untuk tidak menyertai parti tersebut dan sebab-sebabnya. Saya doakan yang terbaik untuk mereka semua,” katanya.

Platform barunya itu juga merupakan entiti yang berasingan daripada PH.

Walaupun Syed Saddiq tidak menolak kerjasama dengan PH, beliau berkata dirinya memutuskan untuk tidak mengambil jalan mudah dengan menyertai parti berbilang kaum yang ada kerana ingin "mengganggu" status quo.

"Kami ingin mewakili suara teknokrat muda, profesional, ahli akademik [...] kami tidak hanya mengehadkan kepada sayap pemuda atau sayap wanita atau sayap parti politik yang berbeza.

“Akhirnya, mereka harus didengar dalam membuat keputusan yang penting. Saya rasa (platform) ini adalah peluang unik di mana ia boleh dicapai," katanya.


Muda Malaysia tarik Undi18

Dengan beberapa wajah baru, polisi dan pendekatan politik segar, Syed Saddiq berkata platform itu bertujuan menarik 7.8 juta pengundi baru yang dibawa hasil pindaan perlembagaan Undi18.

Dikenali sebagai “Muda Malaysia” buat masa ini, beliau memberitahu Malaysiakini bahawa platform tersebut komited terhadap objektif mereka, tidak kira berapa lama masa yang diperlukan.

“Tetapi seperti yang telah terbukti pada pilihan raya lalu, kami tidak hanya memikirkan jangka pendek, tetapi kami harus mengubah hati dan pemikiran orang.

“Kami perlu meyakinkan mereka bahawa kepelbagaian budaya dan kemajmukan adalah aset, bukannya satu tanggungan (liabiliti).

"Kami perlu mendorong pembaharuan sejati dan kukuh, tidak kira seberapa sukar dan tidak popular (keputusan tersebut). Tetapi kami memerlukan orang muda dengan daya kehendak politik untuk melakukannya, untuk menggerakkan dan membuatkan orang lain memahaminya,” katanya.

Bahkan, ahli parlimen Muar itu berkata beliau bersedia untuk kehilangan kerusinya jika itu adalah harga yang perlu dibayar demi berpegang pada prinsipnya.

"Saya mungkin kehilangan kerusi saya, saya mungkin kehilangan segalanya. Saya akan belajar menerimanya,” katanya.


== malaysiakini
 

hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,388
Reaction score
185
Points
33
Rancangan Syed Saddiq: 'Pecahkan' amalan lama politik Malaysia


WAWANCARA | Sepertimana perkhidmatan e-hailing mengubah pengangkutan awam dan e-dagang terhadap peruncitan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sedang membina pasukan dengan tujuan 'memecahkan' amalan lama politik Malaysia?

Ramuannya?
Barisan pemimpin muda dari pelbagai kaum yang faham teknologi, dasar inovatif serta komitmen untuk membuktikan gerakan politik boleh bertahan tanpa perkaitan dengan kroni atau taikun.

Dalam wawacara bersama Malaysiakini, anggota Parlimen Muar itu menekankan "platform, gerakan atau mungkin juga parti" yang ingin dibawanya akan mengutamakan kepelbagaian.

"Kekuatan Malaysia adalah kepelbagaiannya.

"Sebab itu (gerakan ini) pelbagai kaum dan agama, dan benar-benar merangkumi 'lapangan tengah' Malaysia, iaitu kesederhanaan.

"Kami akan dengan tegas mematuhi Perlembagaan Malaysia dan paling penting, Rukun Negara yang akan menjadi prinsip yang memandu platform ini untuk menjamin hala tuju kami tidak menyimpang," katanya.


Dipimpin orang muda, dipandu dasar

Satu lagi ciri utama gerakan itu adalah dibarisi golongan muda di kalangan profesional, aktivis, pengasas startup, ahli akademik dan pendakwah, selain ahli politik.

Dengan kepakaran mereka, Syed Saddiq berkata gerakan itu akan mampu membawa dasar yang inovatif dan mengutamakan rakyat.

"Oleh kerana ia merangkumi profesional, teknokrat dan pemimpin masyarakat sivil yang bermula dari bawah, ia perlu dipandu oleh dasar.

"Mereka ingin memastikan reformasi ekonomi yang benar berlaku, tidak lagi hanya membantu kelas elit atau bilionnaire.

"Mereka juga memastikan peluang kerja diwujudkan dan jurang pendapatan dikurangkan," katanya lagi.

4df29803f8efbec87ade901f147fd28c.jpg


Anggota gerakan itu, dipanggil "Muda Malaysia" pada masa ini, dijangka mengadakan mesyuarat rasmi pertama di Kuala Lumpur hari ini untuk menentukan langkah seterusnya.

Antara mereka yang mengesahkan kehadirannya ialah bekas CEO Permodalan Nasional Berhad Abdul Jalil Rasheed serta sejumlah pengasas startup, iaitu Vinesh Sinha (FatHopes Energy), Liew Ooi Hann (RinggitPlus), Nadhir Shafiq (TheLorry) dan Radzi Tajuddin (Hartabumi).

6c15684c6aa2ab0200520f2a8fa989fd.jpg


Turut hadir adalah guru Cheryl Ann Fernando - yang mana kisahnya diadaptasi kepada filem Adiwira, peguam Lim Wei Jiet, pendakwah Rahmat Ikhsan (PU Rahmat) dan Shahrizal Denci, yang terlibat dalam pertanian.

Barisan aktivis yang akan menyertainya pula adalah pengasas bersama Undi18 Qyira Yusri, Syed Azmi Alhabsi (hak kanak-kanak), Shahar "Shaq" Koyok (isu Orang Asli) serta Amir Abd Hadi dari Liga Rakyat Demokratik.

Malah, penyelidik Centre for Governance and Political Studies dan anggota Pemuda Umno Zaidel Baharuddin turut ada dalam senarai kehadiran.

Dengan PRN Sabah akan berlangsung bulan depan, dan PRU dijangka berlaku awal tahun depan, Syed Saddiq mengakui gerakan itu belum memutuskan sama ada akan meletakkan calon atau tidak.

ed19bf5a38e008d7235dcf5c0870abf6.jpg
Cheryl Ann Fernando

Soal kekal sebagai gerakan atau didaftarkan untuk menjadi parti politik juga belum ditentukan.

"Saya sendiri percaya kepada persiangan yang sihat dan positif.

"Pada akhirnya, kita ingin memastikan semua parti dan platform yang bersaing mengangkat suara orang muda ke tahap yang lebih baik.

"Jika hari ini kita meletakkan 10 calon muda, parti lain akan letak 20 (calon). Di masa akan datang, saya akan letak 30 orang dan mereka akan calonkan lebih ramai lagi," katanya.

4ec7e99c9a79178aaff2895a2ce5e650.jpg
Syed Azmi


Tiada 'panglima' atau taikun

Selain golongan profesional dan aktivis, Syed Saddiq berkata platformnya percaya kepada perwakilan politik yang pelbagai dan akan membawa pemimpin akar umbi dari kawasan pedalaman ke hadapan.

Bagi mengekang pengumpulan kuasa, ia akan melaksanakan "had penggal" yang ketat bagi menjamin kenaikan pemimpin-pemimpin baru secara berterusan.

Ia juga ingin menjadi pembawa perubahan kepada bagaimana politik didanai.

Gerakan itu, kata Syed Saddiq, kini didanai oleh pemimpin dan anggota sendiri.

"Dana dari poket kami sendiri," katanya.

Katanya lagi, pengalaman empat tahun sebagai ketua Pemuda Bersatu menunjukkan cara lama dalam mengendalikan sumbangan politik dan pemberian insentif kepada anggota akar umbi untuk berkhidmat, perlu diubah.

Dia berkata gerakan itu akan mengutamakan sumbangan dana orang ramai (crowdfunding) secara dalam talian dan meletakkan had kepada penyumbang individu dan juga korporat untuk memastikannya "tidak menghambakan diri" kepada kepentingan pihak lain.

Dengan pelaksanaan peraturan pendanaan politik serta proses penyegaran kepimpinan secara berterusan, pemuda berusia 28 tahun itu berkata ia adalah formula untuk "menjungkir balik" budaya politik Malaysia.

"Kita perlu 'memecahkan' (disrupt) proses pendanaan politik agar 'panglima' parti (warlord) tidak wujud. Pada masa sama, kita ingin memastikan ada latihan parti berterusan agar apabila anda tahu masa memimpin akan tamat, anda boleh melatih pemimpin lain untuk naik.

"(Jadi) ia menjadi proses yang sangat kompetitif yang benar-benar menyemai politik berasaskan perkhidmatan dan bukan kuasa, pecah-belah atau wang dan kontrak," katanya lagi.

"Semua amalan lama politik itu perlu dibuat. Ini adalah politik baru sebenar yang kita ingin wujudkan di Malaysia," katanya lagi.


== malaysiakini
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,685
Reaction score
1,405
Points
201
dia org akan jadi blok bebas... klu menang kerusi MP ... akan follow kerajaan yg menang.. klu dia org tak follow... tak gune gak jadi pembangkang tapi duk cadang itu ini... tak jadi ape boh
 

dan50

Super Active Member
Joined
Aug 22, 2010
Messages
6,492
Reaction score
117
Points
73
tubuh parti kecik2 bajet nak jd king maker, letak je nama parti king maker
 
Sponsored Post
Top
Log in Register