BTC USD 43,938.8 Gold USD 1,761.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Syed Saddiq didakwa atas tuduhan seleweng lebih RM1 juta

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,772
Reaction score
14,746
Points
1,906

Bekas menteri didakwa esok atas tuduhan seleweng lebih RM1 juta​


July 21, 2021 9:21 PM

Gavel-Reuters-2021.jpg


Bekas menteri itu dijangka turut dituduh bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) di Mahkamah Sesyen Johor Bahru dalam masa terdekat. (Gambar Reuters)

PETALING JAYA: Seorang bekas menteri yang juga Ahli Parlimen dijangka didakwa pagi esok di Mahkamah Sesyen Jalan Duta berhubung penyelewengan lebih RM1 juta milik sebuah parti politik dianggotainya.
Menurut sumber, bekas menteri itu dijangka berdepan dua pertuduhan bawah Seksyen 403 dan 405 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan pecah amanah jenayah.

Jumlah keseluruhan penyelewengan yang terlibat dianggarkan RM1.12 juta melibatkan wang milik parti politik. Beliau adalah bekas ketua Pemuda parti itu.
Beliau juga dijangka turut dituduh bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) di Mahkamah Sesyen Johor Bahru dalam masa terdekat.



Siasatan ke atas Ahli Parlimen itu dijalankan sejak Jun 2020 selepas menerima aduan berhubung kehilangan wang berjumlah RM250,000 dalam simpanannya.
Beliau sebelum ini mendakwa wang yang hilang di rumahnya di Petaling Jaya adalah wang peribadi beliau dan ibu bapanya.

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,772
Reaction score
14,746
Points
1,906
ada link yg berkaitan

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,772
Reaction score
14,746
Points
1,906

Kamarul Yusoff

· 10m ·

MISTERI INI AKAN TERJAWAB ESOK

1626876370595.png


Kamarul Yusoff

· 30 Mac 2020 ·

MISTERI KEHILANGAN WANG TUNAI RM250,000: PERTANYAAN UNTUK SYED SADDIQ


Menarik sekali mendengar laporan berita TV3 mengenai wang tunai sejumlah RM250,000 yang didakwa oleh TV3 sebagai milik BERSATU yang disimpan di kediaman Ketua ARMADA BERSATU, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, didapati hilang pada jam 7.00 malam 28 Mac lalu setelah ia didapati tidak diusik pada 13 atau 14 Mac.

Fakta kes mengikut TV3 adalah:
(1) Wang itu disimpan di dalam sebuah peti besi di tingkat atas bilik Syed Saddiq.
(2) Kediaman Syed Saddiq hanya didiami beliau dan pembantu rumahnya yang juga wanita warga Indonesia.
(3) Kata laluan peti besi itu hanya diketahui oleh Syed Saddiq sahaja.

Bagaimanapun, lebih menarik dari persoalan siapa yang mencuri wang tunai RM250,000 ini serta bila, mengapa dan bagaimana ia dicuri adalah persoalan mengenai wang tunai RM250,000 yang didakwa oleh TV3 sebagai milik BERSATU ini sendiri, iaitu:

(1) Jika wang tunai RM250,000 ini adalah memang milik BERSATU, dari mana asal wang tunai ini, apakah ia adalah dari yuran keahlian atau dari sumbangan mana-mana pihak?

(2) Jika wang tunai RM250,000 ini adalah dari sumbangan mana-mana pihak apakah ia telah diisytiharkan dan apakah Syed Saddiq berkuasa menyimpannya sedangkan, mengikut Perlembagaan BERSATU, “setiap sumbangan kewangan atau harta kepada parti hendaklah diisytiharkan dan hendaklah disimpan di dalam akaun parti atau dipegang oleh Pemegang Amanah”?

(3) Atas kapasiti apa Syed Saddiq menyimpan wang tunai RM250,000 ini sedangkan, mengikut Perlembagaan BERSATU, “Bendahari Agung hanya dibenarkan menyimpan wang tunai runcit tidak melebihi Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu (RM50,000) pada satu-satu masa”? Syed Saddiq bukan Bendahari Agung BERSATU dan jumlah yang disimpan ini, iaitu RM250,000, juga adalah melebihi jumlah yang dibenarkan disimpan, iaitu RM50,000.

(4) Mengapa wang tunai RM250,000 ini disimpan di kediaman Syed Saddiq sedangkan, mengikut Perlembagaan BERSATU, “wang (yang dibenarkan disimpan) mestilah disimpan di tempat yang selamat di dalam Pejabat Berdaftar untuk kegunaan perbelanjaan runcit parti”?

(5) Untuk tujuan apa wang tunai RM250,000 ini disimpan oleh Syed Saddiq sedangkan, mengikut Perlembagaan BERSATU, “wang (yang dibenarkan disimpan) mestilah untuk kegunaan perbelanjaan runcit parti”?

Syed Saddiq sendiri kemudiannya menyatakan “laporan media bahawa RM250,000 tersebut merupakan wang BERSATU adalah tidak benar dan anggaran kecurian masih belum dapat disahkan”.

Begitupun, penafian Syed Saddiq bahawa RM250,000 tersebut merupakan wang BERSATU menimbulkan satu persoalan yang lebih menarik, iaitu dari manakah wang RM250,000 tersebut Syed Saddiq perolehi.

Hebat sungguh bila seorang ahli politik semuda Syed Saddiq sudah mampu memiliki wang tunai RM250,000 dan tentu ramai muda-mudi di seluruh negara mahu tahu rahsia Syed Saddiq hingga mampu berbuat begitu.
 

SMI6

Active+ Member
Joined
Jan 3, 2016
Messages
3,064
Reaction score
679
Points
86
cuai dapat duit fund politik boleh hilang tu la simpan lagi kat rumah.

dia ni kan MP bukan tak ada opis.. kalau simpan dekat pejabat MP duit tu hilang dalam peti besi kene kopak, ofis kene pecah dah tu dia pun dah ikut SOP simpan duit kat ofis blh la lepas SS oii..

Ni ko simpan dekat rumah mmg mendapat la...sapa keje bawak laptop ofis hilang dekat rumah hukuman surcharge kene lepas tu masuk buku dlm rekod servis nak naik pangkat jadi susah la.

Ni le sbbnya bagi budak jadi menteri. pengalaman kerja tak ada.

ada ke duit dia dapat sejuta tu kene audit hampeh... BIla NGO buat kerja semua mintak audit.

bila audit ni ada pro and con sbnrnya tapi akan menyusahkan pihak yg memegang amanah. sbb trust account instructions yg audit bagi diorg, pemegang amanah kene ikut guideline auditor.

contoh EBL pergi buat keje bagi bantuan pada rakyat palestine tapi dalam guideline trust account instructions tak ada sebut langusng pasal guideline bagi bantuan pada penduduk palestine. Sbb EBL punya account trusstee dia general. Dalam trust account instructions ni dah spesifik tujuan fund dia utk apa. kalau janda mesti ada perkataan janda/ ibu tunggal dlm trust account instructions.

Tapi fund politic langsung tak ada guideline janji pakai utk kegunaan parti, bukan guna utk renovate rumah tak nak ada transaction blh dikesan. Dah hilang tak ada kesan umpil mmg saja nak suruh SPRM masuk.
 
Last edited:

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,206
Reaction score
14,987
Points
2,376
Syed Saddiq ye
Lama dah menyepi kes dia ni
Ni baru up balik
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,772
Reaction score
14,746
Points
1,906

Astro AWANI

· 3m ·

Syed Saddiq Abdul Rahman, dalam laman Twitternya, malam ini, berkata beliau akan hadir ke Mahkamah Kuala Lumpur jam 8 pagi esok untuk 'diadili'.
"Berani kerana benar. It is in moments like this that i am reminded why i joined Politics," katanya.

1626877658400.png
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,206
Reaction score
14,987
Points
2,376

noblegold

Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
2,249
Reaction score
139
Points
43

Astro AWANI

· 3m ·

Syed Saddiq Abdul Rahman, dalam laman Twitternya, malam ini, berkata beliau akan hadir ke Mahkamah Kuala Lumpur jam 8 pagi esok untuk 'diadili'.
"Berani kerana benar. It is in moments like this that i am reminded why i joined Politics," katanya.

1626877658400.png
Yang dikatakan kluster mahkamah tu semua berani kerana salah ke????.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register