BTC USD 103,549 Gold USD 3,177.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Syawal Dalam Tugas: PDRM Kekal Teguh Jaga Keamanan Negara

Md Hanif

Active+ Member
Messages
3,235
Joined
Jun 13, 2023
Messages
3,235
Reaction score
181
Points
38
0d60af417e443e17a6cf6b8f6304baed6736f13dcb992

976543c7242490dd68080122b099a61c62dff585bcbe2

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menzahirkan penghargaan kepada anggota yang bertugas semasa perayaan Aidilfitri bagi memastikan rakyat dapat menyambutnya dalam suasana aman dan harmoni.

Beliau berkata komitmen dan dedikasi pegawai serta anggota polis terutamanya yang menjaga sempadan dan kawalan trafik dalam memastikan keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat tetap terpelihara amatlah dihargai dan dikagumi.

“Saya amat memahami bahawa tugas ini bukanlah mudah. Ketika rakyat bergembira menyambut lebaran bersama keluarga, anda tetap menjalankan amanah memastikan keselamatan negara terus terpelihara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Razarudin turut merakamkan penghargaan kepada keluarga anggota yang terpaksa berjauhan pada musim perayaan, sambil menegaskan bahawa sumbangan mereka tidak akan dilupakan.

“Anda adalah barisan hadapan yang menjadi benteng kepada keselamatan dan keamanan tanah air. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi anda dalam menjalankan tugas dan memberikan kekuatan serta ketabahan. Kepada keluarga anggota yang berjauhan, saya juga mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan pengorbanan mereka,” katanya.

Beliau turut mendoakan seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikurniakan kesihatan dan keselamatan dalam menjalankan amanah serta berharap Syawal ini membawa keberkatan dan kegembiraan walaupun dalam keterbatasan tugas.

 
Back
Top
Log in Register