BTC USD 23,452.6 Gold USD 1,865.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Syarikat telco rugi RM8.6 juta diperdaya sindiket penipuan

notepad

Legendary Member
gem
Messages
11,547
Joined
Sep 17, 2011
Messages
11,547
Reaction score
1,264
Points
206

Sindiket tipu belian pakej telefon bimbit kaut untung RM8.6 juta​

jhr-sindiket-telco.jpeg

AYOB Khan Mydin Pitchay menunjukkan gambar orang kanan kepada ketua sindiket Wong King An (kiri) dan The Chin How yang terlibat dalam penipuan pembelian pakej telefon bimbit melibatkan kerugian RM8.6 juta pada sidang akhbar di IPK, Johor Bahru disini. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI



JOHOR BAHRU : Polis Johor menumpaskan sindiket penipuan pembelian pakej telefon bimbit yang mengaut untung sebanyak RM8.6 juta hasil memperdayakan syarikat telco di negeri ini.

Sasaran sindiket yang beroperasi sejak awal tahun ini menyasarkan syarikat telco yang menawarkan pembelian pakej beserta telefon bimbit dengan menggunakan dokumen palsu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sindiket penipuan itu akhirnya tumpas setelah 14 orang ahli sindiket dan pemilik keldai akaun ditahan dalam beberapa siri serbuan di sekitar negeri ini pada 1 September lalu.

Beliau berkata, dalam serbuan bermula 12.30 tengah hari sehingga 11.30 malam itu, polis menahan 10 lelaki dan empat wanita tempatan berusia lingkungan 19 hingga 38 tahun.

Katanya, modus operandi sindiket tersebut adalah dengan menggunakan nama pemilik keldai akaun bagi mendaftar talian telco yang menawarkan pakej talian beserta telefon bimbit.

Tambahnya, sindiket turut menggunakan dokumen palsu seperti penyata gaji dan surat pengesahan majikan yang dikeluarkan oleh sindiket terbabit bagi mengaburi pihak telco yang disasarkan.

“Setelah pendaftaran dan identiti pemilik keldai akaun disahkan oleh pihak telco, sindiket akan membuat pembayaran dengan menggunakan kad kredit milik individu lain.

“Telefon bimbit yang sudah didaftarkan akan diserahkan kepada ejen untuk diserahkan kepada ahli sindiket sebelum dijual ke pasaran luar negara.

“Bagi setiap transaksi yang berjaya dilakukan, pemilik keldai akaun akan terima komisyen sebanyak RM350 manakala ejen yang berjaya mendapatkan khidmat pemilik keldai akaun itu akan menerima bayaran RM150,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, pihak telco mula menyedari bahawa mereka menjadi mangsa penipuan setelah usaha pembayaran melalui kad kredit yang didaftarkan sewaktu pembelian pakej ditolak oleh pihak bank.

Katanya, hasil siasatan dan semakan dengan pihak telco yang terbabit mengesahkan mereka alami kerugian sebanyak RM8.6 juta.
“Ini adalah pertama kali sindiket penipuan membabitkan pembelian pakej telefon bimbit diberkas. Kita masih meneruskan siasatan bagi mengesan saki-baki ahli sindiket dan rangkaian mereka.

“Dalang sindiket tersebut iaitu Tan Boon Han yang berusia 38 tahun beralamat di Jalan Tropika Diawan, Kapar, Perak turut menjadi buruan. Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis terdekat,” katanya.

Katanya, kesemua suspek yang diberkas telah ditahan reman bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sebarang maklumat bersabit kes penipuan boleh disalurkan kepada Pegawai Risikan atau Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Johor, Asisten Superintenden Timmy Anak Aheng di talian 019-777 3728. -UTUSAN ONLINE

 
Sponsored Post

a b c d e f

Super Active Member
gem
Messages
9,049
Joined
Oct 28, 2010
Messages
9,049
Reaction score
1,287
Points
151
Ak pun tgh pahamkan. Amik contoh celcom. Byr device pun rm1k+ jgk klo nak kua ip12. Kasar jgk modal nak menipu mula2 tu. Ke camne
Dia tak kluar modal. Dia pakai kad credit orang lain yang dicuri.
Bila daftar nama, pakai akaun keldai. Bila dah dapat henfon, dieksport. Telco hantar henfon tapi lepastu bayaran ditahan.
 

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
165,806
Top Poster #7
Joined
Jan 13, 2009
Messages
165,806
Reaction score
22,750
Points
1,831
Awards
1
Dia tak kluar modal. Dia pakai kad credit orang lain yang dicuri.
Bila daftar nama, pakai akaun keldai. Bila dah dapat henfon, dieksport. Telco hantar henfon tapi lepastu bayaran ditahan.
Ak assume byr deposit mula2 tu done. Yg monthly yg reject baru kantoi. How come telco lepaskan fon klo payment xlepas
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
395,780
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
395,780
Reaction score
26,800
Points
2,836
Awards
2
JENAYAH | Sindiket Penipuan Pembelian Pakej Telefon Bimbit Tumpas

Polis membongkar kegiatan sindiket penipuan pembelian pakej telefon bimbit yang mengaut keuntungan sebanyak RM8.6 juta hasil memperdayakan syarikat telekomunikasi di negara ini.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

a b c d e f

Super Active Member
gem
Messages
9,049
Joined
Oct 28, 2010
Messages
9,049
Reaction score
1,287
Points
151
Ak assume byr deposit mula2 tu done. Yg monthly yg reject baru kantoi. How come telco lepaskan fon klo payment xlepas
Mungkin masa beli henfon tak mintak deposit, cuma mintak salinan kp, akaun kad dsb. Seingat saya waktu beli hp ikut pekej ni pun telco tak mintak deposit.
 
Sponsored Post

Top
Log in Register