BTC USD 97,313.6 Gold USD 2,868.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Syarikat Teknologi Perlu Bayar Harga Premium Untuk Bekalan Elektrik & Air Pusat Data

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
65,194
Top Poster #2
Joined
Nov 23, 2012
Messages
65,194
Reaction score
7,151
Points
916
Awards
1
09.01.2025 - Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad mengatakan syarikat teknologi global perlu membayar premium untuk mengakses bekalan tenaga elektrik dan air bagi pusat data di Malaysia dalam temu ramah bersama Financial Times. Permintaan yang meningkat untuk pusat data dan kecerdasan buatan (AI) di Malaysia memberikan tekanan kepada sumber sedia ada. Malaysia telah menarik lebih daripada $16 bilion dalam komitmen pelaburan daripada syarikat seperti Amazon, Nvidia, Google, Microsoft, dan ByteDance untuk pembangunan pusat data sejak dua tahun lalu. Menurut Nik Nazmi lagi, kerajaan menjadi lebih selektif dalam menerima pusat data baru kerana tekanan yang diberikan kepada sumber tenaga dan air negara.

Elektrik


Johor kini mempunyai 22 pusat data dengan 8 lagi dalam proses pembinaan. Bagi menyokong keperluan tenaga ini, Johor akan menggandakan pengeluaran tenaga ke 2.7 gigawatt menjelang 2027 supaya boleh menyokong sehingga 90 pusat data di masa depan. Pengumuman pembinaan pusat-pusat data menerima reaksi negatif di Malaysia khususnya daripada kumpulan pencinta alam selepas melihat impaknya di Amerika Syarikat. Selain penggunaan sumber yang tinggi, pencemaran bunyi daripada sistem penyejukan juga menjadi isu berbangkit. Antara jalan penyelesaian diambil oleh Amazon, dan Google ialah melakukan pelaburan untuk membangunkan stesen janakuasa nuklear modular. Microsoft pula mula membina pusat data dengan sistem penyejukan yang menggunakan kitaran air tertutup yang dikitar semula.

Berita asal https://www.ft.com/content/14d77d11-847e-4950-ab67-67a02e5324db
 
Sponsored Post

Indah Water Ingin Menawarkan Air Tebus Guna Untuk Penyejukan Pusat Data

Penggunaan air oleh pusat data ialah antara isu yang perlu dipandang serius sebelum ia menyebabkan krisis air di masa hadapan. Tahun lalu Google sahaja telah menggunakan 6.1 bilion gelen air untuk penyejukan pusat data. Ini adalah bersamaan kapasiti air untuk mengisi 9242 kolam renang bersaiz Olimpik. Di Malaysia, Indah Water Konsortium (IWK) ingin menawarkan air tebus guna untuk digunakan pada pusat data. Loji penambakan air di Setia Alam yang diusahakan IWK dengan kerjasama Air Selangor sebagai contoh menyediakan 4 juta liter air tebus guna setiap hari untuk kegunaan industri. Memastikan penggunaan air dengan lebih lestari akan mengurangkan beban kepada sumber air yang boleh diminum. Air tebus guna ialah air sisa yang telah diproses tetapi tidak boleh diminum. Oleh itu ia serasi digunakan bagi kegunaan industri seperti sistem penyejukan.

Pusat-Data-Microsoft-Sifar-Air-950x534.jpg.webp


Inisiatif IWK ini sejajar dengan Pelan Transformasi Air Negara 2040 (AIR 2040) yang dilancarkan oleh kerajaan dengan tujuan mengukuhkan sektor air Malaysia melalui pengurusan sumber mampan, penyertaan sektor swasta dan teknologi canggih. Ini akan menyumbang kepada sasaran Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) untuk membekalkan 200 juta liter air tebus guna setiap hari menjelang 2030. IWK kini sedang berusaha untuk meluaskan penggunaan air tebus guna di seluruh Malaysia, setelah menandatangani memorandum persefahaman dengan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) dan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB). Mereka juga bekerjasama dengan operator air di Negeri Sembilan dan Johor.

Sumber asal https://www.freemalaysiatoday.com/c...of-reclaimed-water-at-malaysias-data-centres/
 
Malaysia Akan Di Kenakan Halangan Akses Penuh Cip Pusat Data Oleh Amerika Syarikat

10.01.2025 - Harapan Malaysia untuk menjadi hab pusat data dunia akan terjejas berikutan arahan terbaru Presiden Joe Biden yang akan menghadkan akses kepada cip dengan teknologi Amerika Syarikat. Menurut laporan Bloomberg, arahan yang akan dikeluarkan hari ini meletakkan negara-negara dunia ke dalam tiga kategori utama.

Screenshot-2025-01-10-at-3.57.46%E2%80%AFPM-950x579.png.webp


Kategori pertama menerima akses penuh cip untuk pusat data dengan ia terdiri daripada negara-negara sekutu Amerika Syarikat seperti Australia, Jepun, Taiwan dan Kesatuan Eropah. Malaysia dimasukkan ke dalam kategori kedua dengan jumlah kuasa maksimum pusat data akan dihadkan. Selain Malaysia negara-negara Timur Tengah dan Asia Tenggara lain turut menerima nasib yang sama. Kategori terakhir ialah negara yang dikategorikan sebagai musuh Amerika Syarikat seperti China, Rusia, Myanmar dan Iran. Negara dalam kategori ini dihalang daripada mengimport cip pusat data.

Negara-negara kategori kedua akan diberikan akses tanpa had jika bersetuju dengan keperluan sekuriti dan hak asasi manusia yang ditetapkan oleh Amerika. Amerika akan memberikan status Pengguna Akhir Disahkan (VEU) kepada negara yang mematuhi keperluan yang ditetapkan ini. Malaysia dan negara Timur Tengah dimasukkan ke dalam kategori kedua kerana Amerika mengesyaki negara-negara ini digunakan oleh negara kategori ketiga untuk memintas halangan teknologi yang dikenakan sebelum ini. Tahun sebuah syarikat Malaysia dimasukkan ke dalam Senarai Entiti Amerika Syarikat kerana menjual semikonduktor ke Rusia bagi tujuan ketenteraan.

Berita asal https://www.bloomberg.com/news/arti...imit-nvidia-amd-ai-chip-exports-in-final-push
 
Enam Syarikat Malaysia Di kenakan Sekatan Amerika Kerana Berurusan Dengan Rusia

Enam lagi syarikat yang berpangkalan di Malaysia dimasukkan ke dalam senarai sekata oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat kerana berurusan dengan operasi sektor perbuatan Rusia. Sejak sekatan teknologi dikenakan ke atas Rusia disebabkan oleh peperangan dengan Ukraine, Rusia menggunakan pihak ketiga bagi memenuhi keperluan teknologi domestik khususnya dalam sektor ketenteraan. Syarikat Malaysia yang kini disenarai hitam oleh Amerika ialah Zeolite Mansford Sdn Bhd (Zeolite), Centrina United Sdn Bhd (Centrina), Gyntec Carbon Sdn Bhd (Gyntec), Moralability Industry Sdn Bhd (Moralability) dan Melix Global Sdn Bhd (Melix Global).

Bendera-Rusia-Russia-950x535.jpg.webp


Rusia dipercayai menggunakan syarikat dari China, India, Malaysia, Thailand, Turkiye dan Emiriah Arab Bersatu untuk memintas sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat. Ini menjadi sebab walaupun sekatan telah lebih dua tahun, komponen seperti cip pemproses buatan Barat masih ditemukan dalam peluru berpandu Rusia. Pada Jun lalu, Jatronics Sdn Bhd ialah syarikat Malaysia pertama dikenakan sekatan Amerika kerana berurusan dengan Rusia. Syarikat yang sudah beroperasi sejak 2003 ini dikatakan menghantar komponen semikonduktor, wafer dan mikrocip ke Rusia antara April hingga September 2022 yang bernilai $3 juta.

Sumber asal https://web11.bernama.com/bm/wilayah/news.php?id=2359131
 
Indah Water Ingin Menawarkan Air Tebus Guna Untuk Penyejukan Pusat Data

Penggunaan air oleh pusat data ialah antara isu yang perlu dipandang serius sebelum ia menyebabkan krisis air di masa hadapan. Tahun lalu Google sahaja telah menggunakan 6.1 bilion gelen air untuk penyejukan pusat data. Ini adalah bersamaan kapasiti air untuk mengisi 9242 kolam renang bersaiz Olimpik. Di Malaysia, Indah Water Konsortium (IWK) ingin menawarkan air tebus guna untuk digunakan pada pusat data. Loji penambakan air di Setia Alam yang diusahakan IWK dengan kerjasama Air Selangor sebagai contoh menyediakan 4 juta liter air tebus guna setiap hari untuk kegunaan industri. Memastikan penggunaan air dengan lebih lestari akan mengurangkan beban kepada sumber air yang boleh diminum. Air tebus guna ialah air sisa yang telah diproses tetapi tidak boleh diminum. Oleh itu ia serasi digunakan bagi kegunaan industri seperti sistem penyejukan.

Pusat-Data-Microsoft-Sifar-Air-950x534.jpg.webp


Inisiatif IWK ini sejajar dengan Pelan Transformasi Air Negara 2040 (AIR 2040) yang dilancarkan oleh kerajaan dengan tujuan mengukuhkan sektor air Malaysia melalui pengurusan sumber mampan, penyertaan sektor swasta dan teknologi canggih. Ini akan menyumbang kepada sasaran Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) untuk membekalkan 200 juta liter air tebus guna setiap hari menjelang 2030. IWK kini sedang berusaha untuk meluaskan penggunaan air tebus guna di seluruh Malaysia, setelah menandatangani memorandum persefahaman dengan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) dan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB). Mereka juga bekerjasama dengan operator air di Negeri Sembilan dan Johor.

Sumber asal https://www.freemalaysiatoday.com/c...of-reclaimed-water-at-malaysias-data-centres/
Belajar dengan newater singapura ke?
 
Malaysia Hanya Di Berikan Kuota 50,000 GPU Pusat Data Oleh Amerika Syarikat

Semalam Presiden Joe Biden mengumumkan halangan eksport baharu ke atas cip AI dengan teknologi daripada Amerika Syarikat untuk kegunaan pusat data. Malaysia, Singapura, Israel dan UAE adalah negara yang dimasukkan ke dalam kategori Tahap 2 yang dikenakan had kuasa perkomputeran.

Pagi ini White House menjelaskan negara-negara Tahap 2 hanya diberikan kuota pembelian 50,000 GPU terkini. Ini adalah jumlah kuota yang kecil kerana xAI sahaja memiliki lebih 100,000 GPU NVIDIA pada superkomputer Colossus mereka dengan perancangan menaik taraf ke 1 juta GPU kelak.

Amerika-Syarikat-Malaysia-Flag-Chip-cip-950x535.jpg.webp


Negara Tahap 2 juga perlu memohon lesen sebelum pembelian dibenarkan. Kuota GPU untuk negara Tahap 2 boleh dinaikkan ke 100,000 GPU terkini sekiranya kerjasama antara kerajaan negara dengan kerajaan Amerika dilakukan. Negara Tahap 2 hanya perlu menyelaraskan kawalan eksport, penggunaan tenaga bersih dan keselamatan teknologi mereka dengan Amerika. White House walau bagaimanapun mengatakan pembelian sehingga 1700 GPU canggih sahaja tidak memerlukan lesen dan tidak dimasukkan ke dalam perkiraan kuota negara Tahap 2. Ini kerana pembelian dalam kualiti kecil biasanya adalah untuk kegunaan institusi pendidikan, perubatan dan organisasi yang melakukan kajian.

Malaysia pada ketika ini tidak perlu risau impiannya menjadi pusat data serantau akan terjejas kerana Microsoft, Google dan Amazon dibenarkan membina pusat data AI di negara Tahap 2 tanpa had kuota GPU sama sahaja seperti negara Tahap 1. Tetapi syarikat yang berpangkalan di Amerika hanya dibenarkan meletakkan 50% kuasa perkomputeran mereka di luar negara. Mereka juga tidak boleh meletakkan lebih daripada 25% kuasa perkomputeran di luar negara Tahap 1 dan maksimum 7% kuasa perkomputeran di satu negara Tahap 2.
 
Rasmi - Malaysia Di Kenakan Sekatan Akses Penuh Cip AI Oleh Amerika Syarikat

Minggu lalu kami laporan Malaysia akan dikenakan sekatan akses penuh cip pusat kecerdasan buatan (AI) oleh Amerika Syarikat. Hari ini ia disahkan oleh Setiausaha Perdagangan A.S Gina Raimondo dengan ia dilakukan bagi memastikan Amerika Syarikat terus kekal sebagai peneraju teknologi AI dunia.

Menerusi arahan yang dikeluarkan oleh Presiden Joe Biden, negara-negara di dunia dibahagikan kepada tiga tahap. Tahap 1 ialah untuk 18 negara-negara sekutu seperti Jepun, Taiwan, UK dan Australia yang diberikan akses cip tanpa had.

Screenshot-2025-01-10-at-3.57.46%E2%80%AFPM-950x579.png.webp


Tahap 2 ialah untuk negara seperti Malaysia, Singapura, Israel dan UAE dimana setiap negara mempunyai had kuasa perkomputeran untuk mengakses cip. Tahap 3 pula ialah untuk negara musuh seperti Rusia, China dan Iran yang dihalang daripada mengakses cip berteknologi Amerika Syarikat. Sungguhpun begitu Malaysia tidak perlu risau impiannya menjadi pusat data serantau terjejas kerana Microsoft, Google dan Amazon diberikan kebenaran membina pusat data AI tanpa had kuasa perkomputeran negara ianya dibina.

Tetapi syarikat yang berpangkalan di Amerika hanya dibenarkan meletakkan 50% kuasa perkomputeran mereka di luar negara. Mereka juga tidak boleh meletakkan lebih daripada 25% kuasa perkomputeran di luar negara Tahap 1 dan maksimum 7% kuasa perkomputeran di satu negara Tahap 2.

Amerika-Syarikat-Malaysia-Flag-Chip-cip-950x535.jpg.webp


Sejak sekatan pembelian cip AI dikenakan ke atas mereka dua tahun lalu, China mengakses kuasa perkomputeran secara awanan di pusat data yang terletak di rantau Asia. Arahan Presiden Biden hari ini adalah usaha untuk menutup lubang yang digunakan China untuk memintas halangan perkakasan AI ini.

Sejurus selepas pengumuman dilakukan, NVIDIA mengatakan ini adalah tindakan “luar batasan” yang mengekang teknologi yang sudahpun wujud pada komputer gaming dan perkakasan pengguna. Oracle pula awal bulan ini mengatakan arahan ini akan menyebabkan pasaran berpindah kepada cip AI dan GPU keluaran China yang akan hanya merugikan syarikat daripada Amerika.

Sumber asal https://www.reuters.com/technology/...s-grip-ai-chip-flows-across-globe-2025-01-13/
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register