BTC USD 64,964.7 Gold USD 1,786.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Syarikat Sosilawati diperintah patuhi perjanjian

eboss

CG Hardcore
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd, syarikat milik jutawan kosmetik Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, menjual tanah dan bangunan bernilai RM3 juta kepada sepasang suami isteri sepertimana yang dijanjikan.

NONEHakim Datin Zabariah Mohd Yusof membuat keputusan itu di dalam kamar hari ini dengan dihadiri peguam syarikat Mohd Hadi Ar Rais Muhamad dan peguam Karena Tang Shiau Hui, yang mewakili Low Choong Yen, 59, dan isterinya, Lim Bee Geok, 52.

Keputusan itu adalah hasil daripada permohonan pasangan suami isteri itu untuk mendapatkan penghakiman terus dan Zabariah turut menetapkan kos sebanyak RM15,000 terhadap syarikat itu.

Karena memberitahu pemberita bahawa dalam penghakimannya, Zabariah memerintahkan syarikat kosmetik itu menandatangani perjanjian jual beli dalam tempoh 14 hari bermula hari ini.

Katanya, syarikat itu juga perlu menjual hartanah terbabit kerana terikat dengan perjanjian yang telah ditandatangani sebelum ini.

Pada 5 Ogos lalu, Low dan Lim memfailkan saman terhadap syarikat terbabit kerana melanggar perjanjian pembelian harta berkenaan di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Saman itu dikemukakan 25 hari sebelum Sosilawati, 47 dan tiga yang lain - pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44; pegawai bank CIMB Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, - dibunuh di Tanjung Sepat, Banting.

Dalam saman itu, suami isteri itu mendakwa, menurut sepucuk surat tawaran ditandatangani Nouvelle Beauty Centre bertarikh 2 April, syarikat itu telah bersetuju menjual kepada mereka sebidang tanah seluas 144.9 meter persegi bersama bangunan pejabat empat tingkat di atasnya dengan nilai RM3 juta.

Mereka telah membayar deposit RM60,000 bila menandatangani surat tawaran dan baki deposit RM240,000 dibayar bila perjanjian jual-beli ditandatangani.

Low dan Lim mendakwa selepas perjanjian jual-beli ditandatangani, Nouvelle Beauty Centre, menurut sepucuk surat bertarikh 30 April, 2010, memberitahu mereka bahawa syarikat itu tidak berhasrat meneruskan jualan.

Low dan Lim memohon perisytiharan bahawa terdapat perjanjian jual-beli yang sah di antara mereka dan syarikat itu dan injunksi bagi menyekat syarikat itu daripada menjual harta itu kepada mana-mana pihak lain.

- Bernama
 

CG Sponsors




Top
Log in Register