TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,137
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,137
- Reaction score
- 22,840
- Points
- 1,831
- Awards
- 1

Pengeluar tembakau kedua terbesar di Amerika Syarikat, Reynolds mengharamkan merokok di semua ruang dalaman pejabat bagi menghormati norma-norma kehidupan bebas asap rokok.
Pembuat rokok Pall Mall dan Camel berkata, pengkuatkuasaan larangan segala jenis tembakau bermula mulai 1 Januari 2015 di bilik persidangan dan lif.
Rokok elektronik dan mengunyah gula-gula getah tembakau juga dilarang.
Bilik khas untuk merokok akan hanya dibuka pada tahun 2016 di ibu pejabat syarikat itu di Winston-Salem, utara Carolina serta dua lagi di Tennessee dan New Mexico.
Buat sementara waktu, pekerja masih boleh menghisap rokok di lorong-lorong dan di bilik tertutup.
Peraturan itu dibuat bagi menghormati perokok dan bukan perokok, selain kesedaran bebas asap rokok yang semakin meningkat.
"Kami mengiktiraf peraturan dalaman dalam norma-norma hari ini, kebanyakan orang mahukan persekitaran perniagaan bebas asap rokok," kata jurucakap Reynolds American, David Howard.
Tambahnya, merokok juga diharamkan di kilang pengeluaran syarikat itu, kafeteria dan pusat kecergasan serta langkah mengurangkan zon tidak merokok adalah seiring dengan standard awam.
Kira-kira 20 peratus pekerja Reynolds American merokok berbanding 20 golongan dewasa Amerika yang tidak merokok.
Merokok diharamkan di kebanyakan tempat awam di utara Carolina termasuk di restoran tetapi pejabat-pejabat Reynolds America dikecualikan daripada undang-undang tersebut.
Julai lalu, syarikat tembakau itu mengumumkan akan membeli Lorillard, peluar rokok elektronik, Blu.
Pengambil alihan itu akan menjadikan Reynolds American syarikat tembakau terbesar dengan menguasai 50 peratus pasaran, sekaligus menguasai pertumbuhan pasaran rokok elektronik dan tembakau yang semakin merosot.
Reynolds America kini menguasai 25 peratus kepentingan pasaran tembakau Amerika manakala Lorillard pula 15 peratus dan Altria pengeluar rokok Marlboro pula 50 peratus. -malaysiagazette