BTC USD 27,923.7 Gold USD 1,999.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Syarikat Pengurusan Nafi 2NE1 Dibubarkan

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
191027_dalam2ne1.jpg

BARU-BARU ini anggota kumpulan 2NE1, Minzy telah melakukan sesuatu yang mengejutkan apabila nama akaun Instagram miliknya telah diubah dengan membuang angka '21'.

Tindakan itu menyebabkan timbulnya gosip dia telah meninggalkan kumpulan berkenaan.

Bagaimanapun menurut laporan Soompi, syarikat pengurusan kumpulan itu, YG Entertainment menafikan khabar angin tersebut.

"Gosip pembubaran 2NE1 adalah palsu. Diharap pihak luar tidak mempercayai khabar angin yang disebarkan.

"Tambahan pula 2NE1 kini sedang sibuk dengan konsert jelajah All Or Nothing yang sedang dijalankan," kata wakil syarikat pengurusan itu.

Terdahulu, sejak akhir-akhir ini timbul satu demi satu khabar berita mengenai kumpulan KPop seperti SNSD dan MBLAQ yang mengalami masalah.

Bagimanapun sehingga kini, tiada pengesahan yang dibuat daripada syarikat pengurusan dua kumpulan tersebut berhubung isu itu.

http://www.cari.gold/2014/10/syarikat-pengurusan-nafi-2ne1-dibubarkan.html
 
Top
Log in Register