BTC USD 96,644.7 Gold USD 2,696.03
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Syarikat pengendali umrah, pengarah didenda RM18,000

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
47,781
Joined
Apr 18, 2010
Messages
47,781
Reaction score
5,149
Points
486
Awards
1
WhatsApp-Image-2024-10-16-at-4.33.36-PM-1536x1152.jpeg


SEREMBAN – Sebuah syarikat pengendali umrah dan pengarahnya didenda RM18,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas enam tuduhan gagal mematuhi award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) kepada tiga individu berjumlah RM67,390.

Mohd. Firdaus Ahmad, 38, membuat pengakuan bersalah bagi kesemua kesalahan itu pada 14 Oktober lalu dan hukuman diputuskan hari ini di hadapan Majistret Nurul Azuin Mohd Talhah.

Nurul Azuin turut menetapkan hukuman sebulan penjara jika tertuduh gagal menjelaskan denda sebanyak RM3,000 bagi setiap pertuduhan tersebut.

Mengikut pertuduhan, Mohd Firdaus selaku orang kena Saman (OKS) gagal mematuhi award TTPM bertarikh 27 Jun 2023 yang dibuat di Pejabat TTPM Negeri Sembilan yang memerintahkannya supaya membayar RM25,470 kepada Siti Aisyah Zakaria, RM14,040 kepada Norma Said dan RM27,880 kepada Azlina Umar yang menuntut tuntutan berkenaan.

Selain itu, OKS selaku Pengarah Persada Oasis Travel & Tours Sdn. Bhd. didakwa melakukan kesalahan sama di syarikat itu di Taman Ostia Bangi, Bandar Baru Bangi, Selangor pada 26 Julai 2023.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Janawatul Fieza Hamisan dan Sallim Wahid, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

 
Sponsored Post


@dloanman mohon respond sama company ni
 
penah keje situ ke arau affiliates je?
den jd affiliate marketer ajo utk kompeni tu, skg den jd marketer utk pakej umrah mkharamain

 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register