BTC USD 17,196.0 Gold USD 1,789.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Syarikat Penerbangan Domestik Setuju Tambah Frekuensi Penerbangan

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,287
Top Poster #6
Joined
Nov 23, 2012
Messages
39,287
Reaction score
4,935
Points
296
Awards
1
04.10.2022 - Kuala Lumpur, Syarikat-syarikat penerbangan domestik bersetuju menambah frekuensi penerbangan dari semasa ke semasa bergantung kepada permintaan sebagai langkah menangani masalah harga tiket yang tinggi. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Henry Sum Agong berkata, hal ini susulan perbincangan dengan Kementerian Pengangkutan, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan syarikat-syarikat penerbangan domestik bagi memastikan harga tiket penerbangan yang ditawarkan adalah kompetitif.

“Kerajaan sentiasa menggalakkan syarikat-syarikat penerbangan negara untuk meningkatkan frekuensi penerbangan semasa musim perayaan khususnya di laluan yang mempunyai permintaan tinggi seperti Kuala Lumpur-Sibu, Pulau Pinang-Sibu dan Johor Bahru-Sibu. Bagaimanapun, keputusan untuk meningkatkan kekerapan bagi laluan berkenaan adalah keputusan komersial yang dibuat oleh syarikat penerbangan berasaskan kepada daya maju komersial laluan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) berkenaan inisiatif kerajaan untuk mengawal dan memantau harga tiket penerbangan domestik. Henry berkata buat masa ini, terdapat 35 penerbangan seminggu bagi laluan Kuala Lumpur-Sibu, satu penerbangan seminggu bagi laluan Pulau Pinang-Sibu dan tujuh penerbangan seminggu bagi laluan Johor Baru-Sibu.

Selain itu, beliau berkata hasil pemerhatian MAVCOM pada 14 September lalu, harga tambang penerbangan sehala kelas ekonomi bagi tempoh penerbangan untuk musim perayaan Tahun Baru Cina 2023 iaitu dari 18 hingga 26 Januari 2023 (tempoh pemerhatian) adalah antara RM100 hingga RM1,235, manakala bagi 20 hingga 21 Januari 2023 (tempoh puncak) harga tambang sehala adalah antara RM210 hingga RM1,400. Katanya, daripada julat harga tambang, majoriti harga tiket penerbangan tersedia untuk pembelian bagi semua laluan ekonomi sehala ke Sabah dan Sarawak pada tempoh yang dipantau adalah di bawah RM400.
1664862112614.png

 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,287
Top Poster #6
Joined
Nov 23, 2012
Messages
39,287
Reaction score
4,935
Points
296
Awards
1
MAVCOM Pantau Harga Tiket Penerbangan Domestik

04.10.2022 - Kuala Lumpur, Majoriti harga tiket penerbangan yang tersedia untuk pembelian bagi semua laluan ekonomi sehala ke Sabah dan Sarawak ketika musim Tahun Baharu Cina pada Januari tahun depan, adalah bawah kadar RM400. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Henry Sum Agong, berkata ia berdasarkan julat harga tambang bagi laluan ke negeri berkenaan dalam tempoh musim perayaan itu, yang dipantau Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) pada 14 September lalu.

Katanya, tambang sehala kelas ekonomi bagi tempoh penerbangan dari 18 hingga 26 Januari 2023 (tempoh pemerhatian) ialah antara RM100 hingga RM1,235, manakala bagi 20 hingga 21 Januari 2023 (tempoh puncak) pula adalah antara RM210 hingga RM1,400. Beliau berkata, kementerian mengadakan perbincangan dengan MAVCOM dan syarikat penerbangan domestik bagi memastikan harga tiket penerbangan yang ditawarkan adalah kompetitif, dan syarikat penerbangan bersetuju untuk menambah kapasiti penerbangan dari semasa ke semasa bergantung pada permintaan.

“Kementerian Pengangkutan melalui MAVCOM akan meneruskan pemantauan terhadap harga tiket bagi semua laluan penerbangan domestik, termasuk laluan antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan asal Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) mengenai inisiatif Kementerian Pengangkutan bagi mengawal dan memantau harga tiket penerbangan domestik , yang pada kebanyakan masa adalah mahal serta tidak berpatutan.​

1664862478196.png
 

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,485
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,485
Reaction score
2,584
Points
251
Awards
1
Tiket tu jangan la mahal sangat
 
Sponsored Post

Top
Log in Register