Syarikat dakwa penapis air disahkan halal

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
PETALING JAYA: Syarikat menjual alat penapis air terkemuka, Dr Sukida menafikan syarikat itu memalsukan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Syarikat itu sebaliknya memberi jaminan produk keluarannya sudah disahkan halal melalui Sijil Perakuan Halal Persatuan Pegawai Agama Perak yang berkuat kuasa dari Mac 2009 hingga Februari 2012.

Pengurus Jualan dan Pemasarannya, Sahrul Salim, berkata berikutan syarikat itu sudah mempunyai reputasi dan dikenali ramai, mustahil pihaknya mengambil mudah isu berkaitan status halal produk keluaran mereka.

“Sudah empat tahun syarikat ini beroperasi, jadi sudah pasti kami akan memastikan syarat dan peraturan mengenai status halal diikuti sepenuhnya.

“Kemungkinan ketika serbuan dilakukan, timbul salah faham dan kami mengakui atas sebab tertentu, kakitangan syarikat tidak berkesempatan menjelaskan perkara sebenar sehingga menimbulkan kekeliruan pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui di pejabat Alegria Corporation Sdn Bhd di sini, semalam.

Katanya, syarikat juga menyangkal dakwaan sebelum ini yang mengatakan sijil halal dikeluarkan Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) sudah tamat tempoh sejak 2007 sedangkan syarikat itu mempunyai bukti sijil halal Jaip berkenaan sebenarnya tamat tempoh tahun ini.

“Bagi memastikan kebenarannya, kami mendapatkan pihak Jaip untuk semakan dan mereka sudah mengesahkan sijil halal itu tamat tempoh tahun ini,” katanya.

Sahrul berkata, syarikat mendapatkan sijil halal dari Jaip berikutan mempunyai pengedar di negeri itu dan mereka tidak mendapatkannya daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana Jais tidak mengeluarkan sijil halal untuk penapis air.

Selain itu, beliau menjelaskan dakwaan pihak berkuasa bahawa premis terbabit seolah-olah dijadikan kilang memasang alat penapis itu berikutan produk didatangkan dari Taiwan itu dalam bentuk komponen dan atas sebab keselamatan, penapis air syarikat itu dipasang di negara ini.

“Kami tidak menyalahkan mana-mana pihak atas insiden (rampasan) yang berlaku ini kerana menghormati prosedur undang-undang diambil pihak berkuasa.

“Bagaimanapun, kami berharap dengan penjelasan ini, pengedar dan pelanggan tidak lagi meragui status halal produk kerana syarikat jamin penapis air dikilangkan di Taiwan itu menggunakan karbon diperbuat daripada tempurung kelapa,” katanya.

Katanya, penapis air keluaran syarikat itu hanya menggunakan tempurung kelapa tanpa campuran bahan lain termasuk yang mengandungi unsur haiwan seperti khinzir.
 
Sponsored Post

nina76

Fun Poster
Joined
Sep 22, 2007
Messages
810
Reaction score
2
Points
15
o..dr.s rupakanye...ingatkn smlm bio aura:)
 

mojotudam

Active Member
Joined
Sep 3, 2008
Messages
1,160
Reaction score
0
Points
20
laa buat drp tempurung kelapa jek rupanya. buleh buat sendiri la camnih :))
 
Sponsored Post
Top
Log in Register