BTC USD 28,007.1 Gold USD 1,998.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Syarikat cipta papan luncur terapung.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,717
Points
191
LOS ANGELES – Sebuah syarikat berjaya menghasilkan sebuah papan luncur yang boleh terapung di udara dan bakal berada di pasaran tidak lama lagi, lapor Metro Online kelmarin.

Papan luncur tersebut yang dikenali sebagai Hoverboard direka oleh syarikat teknologi, Hendo yang dimiliki oleh sepasang suami isteri, Greg dan Jill Henderson.

Ketika ini syarikat tersebut sedang menjalankan kempen untuk mengutip derma daripada orang ramai melalui laman web Kickstarter bagi mencari dana untuk memasarkan papan luncur berkenaan.

Syarikat tersebut turut mengeluarkan satu klip video yang memaparkan seorang lelaki yang memakai baju putih sedang meluncur menggunakan papan luncur berkenaan.

Menurut syarikat itu, mereka menggunakan tindak balas magnet untuk menghasilkan satu daya yang membuatkan papan luncur tersebut terapung di udara.

Bagaimanapun, papan luncur yang mungkin berharga AS$10,000 (RM32,610) hanya berfungsi di permukaan logam dan tidak boleh digunakan di permukaan jalan raya bertar. – Agensi.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1023&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm

PAPAN luncur Hoverboard ini menggunakan daya magnet yang kuat bagi membolehkan ia terapung beberapa sentimeter dari permukaan logam.


du_03.1.jpg
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register