Gadgetshop88
Banned
- Joined
- Jan 16, 2013
- Messages
- 746
- Reaction score
- 78
- Points
- 25
KUALA LUMPUR, 5 Feb — Sebuah firma China akan memperolehi pegangan saham yang besar dalam Konsortium Pelabuhan Kuantan dan pemilik bersama kira-kira 700 ekar tanah industri sebagai balasan terhadap beberapa pelaburan di Pahang, termasuk menandatangani perjanjian MoU dengan anak syarikat IJM Malaysia.
MOU itu dilaksanakan apabila Kawasan Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) hari ini dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) dan pemimpin China, Jia Qinglin.
Anak syarikat IJM Corporation Berhad, Road Builder (M) Holdings Berhad (RBH) hari ini memeterai perjanjian persefahaman dengan
Guangxi Beibu Gulf International Port Group Co. Ltd, dengan cadangan untuk memberikan 40 peratus pegangan dalam Kuantan Port Consortium Sdn Bhd.
Bagaimanapun MoU itu tidak mengikat RBH dan Guangxi sehingga perjanjian muktamad (DA) ditandatangani.
Sekiranya perjanjian itu diteruskan, firma China itu akan memperolehi konsesi 60 tahun di Pelabuhan Kuantan dan terminal air dalam yang baru (NDWT).
Syarat yang dinyatakan di dalam DA, yang dijangkakan akan ditandatangani dalam masa enam bulan dari sekarang, termasuk keperluan mendapatkan kebenaran kerajaan Malaysia untuk mengubah pegangan saham KPC daripada RBH kepada firma China itu.
Perjanjian itu menetapkan syarat kerajaan memberikan 60 tahun konsesi pelabuhan Kuantan yang sedia ada dan berasingan 60-tahun, dan konsesi terminal air dalam baru (NDWT) kepada KPC — yang akan kemudian menyaksikan Guangxi mengawal 40 peratus daripada syarikat yang diswastakan pada tahun 1997 itu.
Perkongsian bersama antara kedua-dua syarikat untuk membangunkan tanah akan melihat kepentingan majoriti 60 peratus kepada IJM dan firma Cina memegang 40 peratus.
Dalam pertukaran untuk semua ini, Guangxi perlu membawa masuk pelabur untuk tiga kilang di Kuantan — sebuah kilang keluli, kilang pemprosesan aluminium, dan kilang memproses minyak masak.
Hari ini, Najib dilaporkan berkata MCKIP telah “pun menarik komitmen pelaburan bernilai RM10.5 bilion, mewujudkan 8,500 peluang pekerjaan”.
The New Straits Times juga melaporkan bahawa Guangxi telah komited untukmelabur RM5 bilion dalam tiga projek yang tidak dinamakan di Kawasan Perindustrian Kuantan, manakala Guangxi dan IJM akan melabur RM3 bilion untuk memperluaskan Pelabuhan Kuantan.
NST juga berkata RM2.5 bilion akan dilaburkan dalam perkongsian bersama antara konsortium Malaysia dan China untuk menjalankan pembangunan di Kuantan.
Berkemungkinan juga untuk kepentingan Guangxi di Pelabuhan Kuantan, Najib hari ini dilaporkan berkata pelabuhan itu adalah hubungan terus ke pelabuhan di Guangxi yang berkembang pesat di Wilayah Ekonomi Teluk Beibu.
Hubungan Malaysia-China yang semakin berkembang dapat dilihat dengan adanya taman kembar China-Malaysia Qinzhou Industrial Park di Qinzhou, China.