eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA LUMPUR – Mengesyaki terdapat dua kali pembayaran dibuat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk satu projek yang sama, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di ibu negara, semalam.
Lip Eng berkata, Khamis lalu, seorang individu yang tidak dikenali mengunjungi pejabatnya dan menyerahkan dua keping dokumen tuntutan bayaran milik dua syarikat berbeza kepada keraninya.
Menurutnya, ketika itu beliau masih berada di Parlimen dan sejurus pulang ke pejabatnya beliau membaca dokumen terbabit dengan teliti dan mendapati ianya mencurigakan.
“Ia adalah dokumen tuntutan bayaran bagi projek penyelenggaraan awam di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang melibatkan kerja-kerja membaik pulih tanah runtuh dan longkang di Jalan Gallagher, Bukit Tunku.
“Dua dokumen tuntutan bayaran kepada DBKL oleh dua syarikat kontraktor yang berbeza tetapi apa yang menghairankan saya semua butirannya sama kecuali pada tajuk dan nama syarikat sahaja berlainan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas membuat laporan di Pejabat SPRM di Rumah Persekutuan, di sini, semalam.
Hadir sama, pembantunya, A Murugeshu; Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Kawasan Segambut, Ishak Sidek dan Irwan Sabri serta Bendahari Pas Kawasan Segambut, Shamsuddin Aripin.
Katanya, syarikat pertama membuat tuntutan bayaran bagi kerja-kerja membaik pulih Fasa 1 manakala syarikat kedua menuntut bayaran bagi Fasa 3, namun apa menimbulkan kemusykilan beliau ialah semua butirannya termasuk pindaan jumlah bayaran adalah sama.
“Daripada deskripsi kerja, tarikh surat, tarikh kerja mula dan siap, malah pindaan jumlah tuntutan pada setiap sen juga adalah sama.
“Dua syarikat yang dilantik oleh DBKL ini juga buat tuntutan pada hari sama dan pegawai dari Jabatan Kerja Awam DBKL juga tandatangan kedua-dua dokumen ini pada hari sama, ini menimbulkan curiga,” katanya.
Sehubungan itu, Lip Eng berkata, beliau pergi meninjau ke sepanjang Jalan Gallagher, Bukit Tunku dan mendapati tiada sebarang tanda menunjukkan bahawa kerja-kerja baik pulih selesai dijalankan di situ malah beliau turut menemui longkang yang rosak.
“Dokumen terbabit menunjukkan seolah-olah bayaran dikeluarkan dua kali bagi projek yang sama dan saya sudah membuat laporan kepada SPRM dan pegawainya berjanji akan menyiasat perkara itu.
“Jika terbukti benar dua kali bayaran dikeluarkan untuk projek yang sama, individu yang terlibat perlu dikenakan tindakan sewajarnya,” katanya.