BTC USD 49,256.4 Gold USD 1,785.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Syahid akhirat bagi orang Islam mati akibat Covid-19

akudotcom

CG Top Poster Club
Messages
20,593
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
20,593
Reaction score
2,984
Points
201
Syahid akhirat bagi orang Islam mati akibat Covid-19

SHAH ALAM – Jabatan Mufti negeri Selangor berpandangan bahawa orang Islam yang meninggal dunia disebabkan jangkitan Covid-19 dikategorikan sebagai syahid akhirat.


Mufti Selangor, Datuk Dr. Anhar Opir berkata, berdasarkan hadis diriwayatkan Abu Hurairah RA, Nabi Muhammad SAW bersabda yang membawa maksud orang yang mati syahid lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun (wabak), mati kerana penyakit perut, mati lemas, mati ditimpa runtuhan dan mati syahid di jalan Allah.

Katanya, secara umumnya, penyakit taun dikategorikan sebagai wabak atau penyakit berjangkit yang boleh menyebabkan kematian.

“Oleh itu, wabak Covid-19 ini juga boleh diklasifikasikan dalam kategori wabak seperti taun sebagaimana yang disebutkan dalam hadis Nabi SAW.

“Namun, mereka ini dikategorikan sebagai syahid di akhirat dan bukannya syahid dunia akhirat seperti mereka yang mati dalam berperang di jalan Allah,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook rasmi Jabatan Mufti Negeri Selangor, hari ini.

Terdahulu, tular dalam kalangan masyarakat berkaitan status orang yang mati akibat Covid-19 dikategorikan sebagai mati syahid.

Justeru, Anhar berkata, pengurusan jenazah mereka hendaklah dilakukan seperti biasa iaitu dimandikan, dikafankan dan disolatkan sebelum dikebumikan.

Ujarnya, sekiranya terdapat kemungkinan yang tinggi bahawa pengurusan jenazah itu berisiko dijangkiti dengan penggunaan air, maka hendak digantikan dengan tayamum pada anggota badan jenazah dengan mengambil kira Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Bagaimanapun, jika terdapat halangan atau dibimbangi pengurusan jenazah itu boleh membawa kepada penyebaran penyakit, maka gugur kewajipan memandikan atau melakukan tayamum ke atas jenazah dan memadai dengan jenazah itu dikafankan, disembahyangkan dan dikebumikan.

“Ini disebabkan darurat kerana risiko jangkitan sebagaimana yang telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Beliau turut menjelaskan, kafan dan solat ke atas jenazah Covid-19 masih wajib dilaksanakan sebelum dikebumikan. -K!ONLINE

 

CG Sponsors




Top
Log in Register