Syafie Naswip hadiahkan rumah banglo untuk ibu

CG Sponsors




my360cam

Active Member
Joined
Oct 6, 2017
Messages
1,121
Reaction score
44
Points
30


PELAKON, Syafie Naswip, 24, di Instagramnya ada berkongsi video pendek yang merakamkan momen ketika membawa ibunya ke rumah baharu setelah merahsiakan perkara itu selama dua tahun.

"Hari ini dah terbongkar juga dan daripada reaksi ibu alhamdulillah nampak gembira, saya lagi gembira.


"Rumah ini adalah hasil titik peluh 12 tahun saya bekerja," katanya.

Menerusi rakaman itu juga Syafie mengajak ibunya agar memujuk ayahnya untuk pindah ke rumah baharu.

"Rumah ini untuk mak, suka tak? Nanti kita pujuk ayah pindah ya," ucap Syafie sambil mengucup pipi bonda tercinta.


Semoga perkongsian ini menjadi contoh buat anak-anak muda untuk berusaha gigih mencari harta dan dalam masa yang sama tidak melupakan kedua orang tua dan keluarga.
 
Sponsored Post

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,188
Reaction score
1,533
Points
596
terbaik la rezeki aaamiinnn
 
Sponsored Post
Top
Log in Register