BTC USD 49,065.300 Gold USD 1,701.050
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SYABAS Menangguk di Air Keroh???

CG Sponsors




shane

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,020
Reaction score
219
Points
133
Mahkamah Sahkan Ada Penyelewengan Serius SYABAS
21/11/2010

SHAH ALAM 21 NOV : Mahkamah Tinggi Shah Alam mengesahkan adanya penyelewengan yang serius dalam operasi Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Persuruhjaya Kehakiman Hadhariah Syed Ismail berkata demikian selepas meneliti laporan Ketua Audit Negara keatas Syabas, dan perjanjian konsesi yang dimeterai Kerajaan Selangor dan Persekutuan.

Hadhariah dalam rumusannya menegaskan rakyat bakal menerima kejutan sekiranya mereka menatap kandungan dua dokumen itu.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago memetik kehakiman Hadhariah bertarikh Jun tahun ini, di taklimat air anjuran Panel Penilaian Air Kerajaan Negeri Selangor di Majlis Bandaraya Petaling Jaya, semalam.

"Pendedahan perjanjian konsesi ini dan laporan audit akan mengundang kritikan terhadap kerajaan," kata Charles memetik kehakiman mahkamah.

Charles menjelaskan pihak mahkamah mengakui bahawa usaha syarikat konsesi menaikkan tarif air dibuat sewenang-wenangnya. Bahkan, mahkamah turut membidas tindakan Kerajaan Persekutuan menguatkuasakan Akta Rahsia Rasmi bagi menutup penyelewengan ini.

"Konsesi menaikkan tarif air secara sewenang-wenangnya, dan penguatkuasaan Akta Rahsia Rasmi bukan sahaja tidak menepati matlamat akta itu, tetapi juga bercanggah dengan prinsip 'good governance'," kata Charles memetik kehakiman itu lagi.

"Kepentingan rakyat seharusnya diutamakan," tambah beliau, disambut dengan tepukan gemuruh hadirin.

Gabungan Membantah Penswastaan Air memfailkan permohonan meminta laporan audit dan perjanjian konsesi yang dimeterai Syabas dan Kerajaan Selangor pada 15 Disember 2004 diisytiharkan bukan sulit tetapi dokumen awam.

Gabungan ini terdiri dari Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia dan 13 badan bukan kerajaan yang mewakili pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Mereka berhujah laporan audit Syabas yang menjadi asas yang mendasari keputusan Kerajaan Pusat menaikkan tarif air sebanyak 15 peratus di Lembah Klang pada 14 Oktober 2006 harus dibuka kepada pemantauan umum.

Permohonan gabungan pengguna ini bagaimanapun ditolak Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi pada 4 Disember tahun yang sama atas alasan laporan audit dan perjanjian konsesi tersebut adalah sulit dan rahsia kerajaan Malaysia.

"Bahkan Kerajaan Persekutuan berjanji untuk memberi pampasan kepada Syabas sekiranya konsesi itu gagal mencapai KPI yang ditetapkan," kata Charles.

http://www.youtube.com/watch?v=PUuCL4dWz0M&feature=player_embedded

sumber

Duit Rakyat di utamakan untuk mengkayarayakan kroni!!!!
 
Sponsored Post

sfauzie

Active+ Member
Joined
Dec 8, 2007
Messages
3,792
Reaction score
10
Points
25
Syabbas beteh...syabbas....apa lagi yang di katakan...
 

e.k.

Super Active Member
Joined
Jan 24, 2008
Messages
9,898
Reaction score
70
Points
70
pakai la penapis air HI-O..kalo air syabas keroh
 

niedzal

Active+ Member
Joined
Mar 6, 2007
Messages
2,686
Reaction score
15
Points
25
Jom sokong kempen kembalikan hak air kpd rakyat. Sign petition di air untuk rakyat. Hadir di himpunan rakyat di masjid negara, ahad 5 disember 2010 jam 12tgh.
 

Ariff81

Active Member
Joined
Feb 3, 2009
Messages
2,268
Reaction score
9
Points
25
sediakan payung sebelum kena sembur..:)
 

shane

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,020
Reaction score
219
Points
133
sediakan payung sebelum kena sembur..:)
Payung tak memadai kot, mungkin pakai raincoat, goggles gloves etc.... bawa garam kot ada gas pemedih mata....

Ni salah satu projek Kera jaan menindas rakyat untuk mengkayarayakan kroni.....
 

arin_gis

Active+ Member
Joined
Feb 18, 2006
Messages
4,930
Reaction score
111
Points
33
SYABAS nie memang sual dan @)#(@)#()@. Apartment aku pakai meter bersepadu so secara automatik seluruh apartment aku tak dapat air free seperti yg diberi oleh keraan negeri selangor. So pihak JMB kami, sudah berjumpa dgn pegawai SYABAS untuk membuat permohonan menukar meter kepada individu.

Pegawai mereka telah datang pada awal tahun lepas untuk membuat pemeriksaan utk menuakr ke meter individu dan mereka menyuruh memasang meter tersebut tinggi dan menukar dari pvc ke besi (SUAL tul masa sign agreement dgn pemaju camne leh tak cek?). So pihak kami menukar semua meter tersebut seperti yang di komen. Sehingga sekarang pihak SYABAS dengan banyak alasan **** mereka tidak mahu menukar meter tersebut. Dah laa meter pukal kena bayar RM1.20.. Menyusahkan betul
 
Last edited:
Sponsored Post
Top
Log in Register