BTC USD 57,363.2 Gold USD 1,788.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SYABAS! Ketua Pemuda UMNO Pahang

shane

Legendary Member
Messages
14,051
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,051
Reaction score
245
Points
133
Edisi Pahang: Kenyataan Kontroversi Oleh Ketua Pemuda UMNO Pahang, Supaya Kerajaan BN Itu Mansuhkan Felda Plantations Amatlah Disokong

KUANTAN, 14 Dis [4.08pm] - Rata-rata masyarakat Felda di seluruh negeri ini menyokong penuh kenyataan Ketua Pemuda UMNO Pahang, Abu Jimi Bin Samat (foto), supaya kerajaan bertindak memansuhkan Felda Plantations dan mengembalikan semula misi Felda kepada asalnya. Umum mengetahui, di awal kewujudan Felda mantan Perdana Menteri Malaysia ketika itu iaitu Tun Razak berhasrat untuk membasmi kemiskinan dikalangan orang-orang Melayu dengan menyediakan tanah untuk diusahakan. Hasilnya, ramai rakyat Malaysia yang pada asalnya berada dalam kelompok kemiskinan tegar, akhirnya berjaya merubah nasib dan masa depan mereka. Ini kerana, Felda telah membawa sinaran baru dalam kehidupan mereka ketika itu. Malah, majoriti tanah rancangan Felda kini didiami oleh orang Melayu itu sendiri.

Selepas bertahun lamanya, akhirnya kini Felda sudah bertukar imej dan rupa. Tiada lagi keisitimewaan yang dimilik oleh orang Melayu seperti dulu. Tiada lagi tanah rancangan yang dibuka untuk diberikan hak milik, hanya yang ada ialah Felda Plantations yang bercirikan estet untuk diusahakan. Dengan gaji harian, serta sedikit kemudahan lain orang-orang Melayu akhirnya terpaksa menjadi "buruh ladang" sama seperti lain-lain pendatang asing yang dibawa masuk oleh Felda. Hasilnya, dapat dilihat di kebanyakan kawasan Felda Plantations kini terdapat ramai orang Melayu yang tarafnya hampir sama dengan pendatang asing yang menjadi buruh itu sendiri. Malah ada diantara mereka yang sudah hampir 30 tahun menjadi buruh ladang dan mungkin untuk selamanya jika senario ini tidak diubah. Biarpun mereka kecewa melihat rakan-rakan yang lain selesa mendapat hak milik sendiri.

Namun, itulah takdirnya apabila Felda dikorporatkan dan diperdagangkan oleh golongan mereka yang mengejar keuntungan semata-mata. Kini Felda berada dibawah telunjuk Perdana Menteri Najib Razak, iaitu anak kepada pengasas Felda itu sendiri. Namun, segalanya telah berubah. Tiada lagi keistimewaan buat rakyat. Mereka dinafikan hak untuk memiliki tanah yang telah diusahakan sejak bertahun-tahun. Akhirnya mereka yang mendiami Felda Plantations senantiasa berada dalam tekanan dan bebanan. Mahu melawan mereka akan dibuang. Mahu terus tinggal di situ, anak-anak mereka perlu mengambil alih tugas sebagai "buruh ladang". Akhirnya terpaksa mereka terus memperhambakan diri kepada Felda dulu, kini dan selamanya.

Inilah masalahnya, jika mereka membuat protes maka akan dituduh tidak mengenang budi. Sedangkan hidup mereka kini sama "standard" dengan buruh asing dari Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan lain-lain yang bekerja di situ. Pemimpin atasan mungkin tidak menyedari dan memahami perkara ini. Hanya mereka yang berada dibawah sahaja dapat merasai segalanya. Justeru itulah, tindakan Ketua Pemuda UMNO Pahang yang juga selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lipis, Abu Jimi menyokong agar Felda Plantations ini dimansuhkan amatlah dihargai sebenarnya. Jika selama ini, perjuangan untuk ini hanya dilakukan oleh pemimpin pembangkang terutamanya Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (ANAK) yang diketuai oleh Saudara Mazlan Aliman (Calon PAS Parlimen Bera dalam pilihanraya umum lalu. Namun kini, apa yang dilakukan oleh Abu Jimi amatlah diharapkan untuk dipertimbangkan oleh pihak kerajaan. Kembalikan semula Felda kepada matlamat asalnya, demi kesejahteraan rakyat.

[Memang benar, kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Pahang ini bakal menimbulkan kontroversi dan amat tidak disenangi oleh sebahagian besar penyokong UMNO itu sendiri. Tambahan pula Abu Jimi dipercayai kroni team Khairy Jamaluddin. Perlantikan beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO Pahang menimbulkan kemarahan kumpulan yang menyokong Suffian Awang. Bagi mereka, Suffian lebih layak. Malah Suffian adalah calon Exco Pemuda yang mendapat undi tertinggi oleh perwakilan dalam pemilihan parti itu Mac lalu. Apakah dengan kenyataan ini Jimi akan dipersalahkan dan dikatakan menyokong pembangkang agaknya. Apapun, syabas dan tahniah buat Jimi kerana menjadi pejuang sejati untuk membela rakyat biarpun sedar akan berhadapan dengan masalah nanti].

Nampaknya RAKYAT di utamakan dengan meletak mereka kembali ke zaman penjajahan British. Bekerja sebagai buruh2 ladang yg mengkayakan Bos2 golongan bangsawan!!!!
 
Sponsored Post

aliQue

Super Active Member
Messages
5,139
Joined
Sep 26, 2006
Messages
5,139
Reaction score
31
Points
70
No komen. Cuma yang aku tau Felda Plantation nie memang kaya.
 

MrMama

Active Member
Messages
1,631
Joined
Aug 2, 2008
Messages
1,631
Reaction score
7
Points
25
melayu mintak tanah di "Tanah melayu" sikit pye susah nak dapat tapi kalau bangsa lain mintak Tanah Melayu senang je bagi:(scam
 

matcitra

Fun Poster
Messages
772
Joined
Oct 8, 2008
Messages
772
Reaction score
0
Points
10
bagus cadangan dari pahang tu...

selaku anak peneroka memang aku sokong 100%

harap najib bukak lah mata sikit...
 

mangkaq

Super Active Member
Messages
8,834
Joined
Mar 13, 2008
Messages
8,834
Reaction score
71
Points
75
Org felda banyak duit beb!!
 

matcitra

Fun Poster
Messages
772
Joined
Oct 8, 2008
Messages
772
Reaction score
0
Points
10
oppss....

bukak sikit-sikit tak guna..

bukak luas-luas bijik mata tu..
 

matcitra

Fun Poster
Messages
772
Joined
Oct 8, 2008
Messages
772
Reaction score
0
Points
10
oppss....

bukak sikit-sikit tak guna..

bukak luas-luas bijik mata tu..:D
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register