Syabas Diberi Tempoh 14 Hari Untuk Hentikan Program Tabung Budi
SHAH ALAM, 23 Nov (Bernama) -- Kerajaan Selangor telah menghantar notis kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) supaya menghentikan program Tabung Budi dalam masa 14 hari kerana ia didapati melanggar syarat perjanjian konsesi air.
Notis bertarikh 23 Nov 2010 bagi tujuan itu dikeluarkan oleh Pengarah Kawal Selia Air Selangor, Nor Azmi Diron mengikut Subseksyen 12(2) Akta Pembekalan Air 1997.
Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor dalam satu kenyataan Selasa berkata Syabas perlu membatalkan program Tabung Budi dan pembatalan itu perlu diiklankan di dalam akhbar-akhbar utama di negara ini.
"Mengikut notis ini, Lesen Pembekalan Air yang diberikan kepada Syabas mengikut Subseksyen 12 (3) Akta Pembekalan Air 1997 akan dibatalkan jika Syabas gagal mematuhi arahan pembatalan program itu," katanya.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam berkata kerajaan negeri akan meminta Kerajaan Pusat menarik balik lesen konsesi yang diberikan kepada Syabas jika syarikat itu didapati mengutip balik kos 20 meter padu air yang disubsidi oleh kerajaan Selangor kepada rakyatnya menerusi Tabung Budi.
Beliau berkata Syabas tidak berhak mengutip derma daripada mana-mana individu pengguna air yang mendapat subsidi daripada kerajaan negeri menerusi tabung yang dilancarkan syarikat itu.
Tabung Budi dilancarkan Syabas pada 24 Ogos lepas melibatkan skim yang membolehkan pengguna air membayar balik kos 20 meter padu air bernilai RM11.40, yang disubsidi kerajaan negeri kepada rakyat Selangor setiap bulan, diserahkan kepada Syabas.
Wang kutipan itu nanti akan disalurkan kepada golongan kurang berkemampuan yang tidak menerima 20 meter padu air percuma bagi mendapatkan semula sambungan air bersih ekoran kegagalan mereka membayar bil.
-- BERNAMA