BTC USD 99,500.9 Gold USD 3,367.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SWSI: Bekalan Air Di Pulau Pinang Pulih 83 Peratus Setakat 6 Petang - Chow

combat13

Super Active Member
Messages
6,252
Joined
Dec 18, 2007
Messages
6,252
Reaction score
201
Points
73
acb8d4209e3ba481be8e6c97d8688afc680e2c023ef65

Kredit : Facebook Chow Kon Yeow

Bekalan air di semua kawasan yang terlibat dengan Gangguan Air Berjadual (SWSI) di Pulau Pinang berjaya dipulihkan 83 peratus setakat pukul 6 petang tadi.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata bekalan air di tiga daerah iaitu Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Timur Laut pulih 100 peratus.

Beliau berkata bagi daerah Seberang Perai Selatan pula 90 peratus bekalan air dipulihkan, manakala Barat Daya 38 peratus.

“Jadi dijangka awal pagi esok boleh (pulih) penuh… cuma Barat Daya yang lewat sekali… saya rasa dalam beberapa jam boleh capai peratusan yang tinggi sebab kerja persiapan lebih rapi, (tetapi) mengambil kira isu-isu teknikal juga,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Perdana Hari Raya Aidilfitri 2025 anjuran Liga Muslim Pulau Pinang dan Persatuan Muslim Pulau Pinang di sini hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan isteri Toh Puan Khadijah Mohd Noor.

Mengulas lanjut, Chow berkata paras air di dalam takungan dikekalkan semasa gangguan bekalan air kali ini, sekali gus membolehkan pengaliran semula air kepada pengguna dilakukan dengan lebih pantas sebaik sahaja bekalan pulih.

Beliau berkata ketika gangguan bekalan air sebelum ini, air di dalam takungan digunakan sepenuhnya menyebabkan masa yang lebih lama diperlukan untuk menunggu paras air kembali ke tahap optimum sebelum ia dapat disalurkan kepada pengguna.

Justeru, beliau berkata pengalaman itu dimanfaatkan untuk menambah baik sistem itu bagi memastikan kelancaran proses pemulihan bekalan air pada kali ini.

 
Back
Top
Log in Register