BTC USD 62,934.1 Gold USD 1,763.71
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Switzerland haramkan pemakaian niqab

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,477
Reaction score
4,441
Points
601
burqa_1615090117.jpg


GENEVA: Switzerland mengundi hari ini untuk melarang pemakaian burqa di tempat awam, biarpun wanita memakai pakaian yang menutup muka itu jarang kelihatan di negara terbabit.

Undian menunjukkan majoriti tipis menyokong langkah itu, dalam satu pungutan suara yang diadakan selepas perdebatan bertahun-tahun berikutan larangan serupa di negara eropah lain dan beberapa negara berpenduduk majoriti Muslim.

Poster kempen tertera tulisan 'Hentikan Islam radikal!' dan 'Hentikan ekstremisme!', menampilkan seorang wanita yang memakai niqab hitam dipasang di sekitar bandar-bandar Switzerland.

Poster lain berbunyi: 'Tolak undang-undang 'anti-burqa' yang tidak masuk akal, tidak berguna dan Islamofobia'.

Larangan itu antara lain bermaksud tidak membenarkan penutupan wajah sepenuhnya di tempat umum sama ada di kedai atau kawasan terbuka, namun pengecualian diberi untuk tempat ibadat.

"Selain tidak berguna, peraturan ini bersifat rasis dan seksis," kata jurucakap kumpulan Purple Headscarves, Ines El-Shikh.

Kerajaan dan Parlimen menentang larangannya di seluruh negara.

Tempat mengundi akan dibuka beberapa jam pada Ahad dan stesen pengundian akan ditutup pada tengah hari dengan keputusan awal dijangka pada sebelah petang.

Tinjauan Pejabat Statistik Persekutuan 2019 mendapati sebanyak 5.5 peratus penduduk Switzerland adalah beragama Islam, kebanyakannya berasal dari Yugoslavia. -AFP

 
Last edited:
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,477
Reaction score
4,441
Points
601

Switzerland : Voters supports burqa ban and facial coverings by Muslim | Latest English News | WION
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
12,986
Reaction score
2,147
Points
201
Burqa tu pakaian budaya arab daaa
Mereka duduk di pdg pasir
Kene la tutup hidung

Switzerland mana ada fadang fasir
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,898
Reaction score
2,726
Points
206
face mask pun dah macam burqa.
jangan pakai la kalau camtu.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,477
Reaction score
4,441
Points
601
Switzerland haramkan pemakaian niqab

WhatsApp-Image-2021-03-08-at-14.57.18.jpeg


ZURICH: Switzerland bakal mengikut jejak langkah Perancis, Belgium dan Austria selepas melakukan pengundian menerusi referendum menghalang wanita memakai burqa atau niqab di tempat awam.

Lapor The Guardian, hanya 51 peratus rakyat Switzerland melakukan pengundian menerusi usaha melarang individu menutup muka mereka sepenuhnya di kawasan jalan, kedai dan restoran.

Niqab itu bagaimanapun, masih dibenarkan untuk dipakai dalam rumah ibadat serta acara adat dan tradisi.

Penutup muka yang dipakai bagi tujuan kesihatan dan keselamatan dikecualikan daripada larangan itu, bermakna pemakaian pelitup muka disebabkan pandemik Covid-19 tidak akan terkesan oleh undang-undang baharu itu.

Parlimen Switzerland dan tujuh ahli dewan eksekutif yang membentuk Kerajaan Persekutuan negara itu menentang cadangan referendum tersebut.

Mereka mempersoalkan penutup wajah itu merupakan ‘fenomena ekstrem’, kerana menyebabkan inisiatif yang akan memaksa individu mengangkat penutup wajah ketika diminta untuk mengesahkan identiti mereka kepada pegawai.

Kumpulan Muslim mengkritik larangan itu termasuk ahli pejuang kumpulan wanita Islam, Les Foulards Violets.

“Arahan itu jelas menyerang komuniti Islam di Switzerland. Ia bertujuan memberikan stigma dan meminggirkan penduduk Islam,” katanya.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register