BTC USD 99,797.1 Gold USD 2,718.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suspek pecah cermin, cuba samun juruteknik ditahan polis

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
7,275
Joined
Jun 21, 2021
Messages
7,275
Reaction score
1,004
Points
151

Suspek pecah cermin, cuba samun juruteknik ditahan polis​

Oleh Raja Noraina Raja Rahim - Ogos 8, 2024 @ 1:34am
[email protected]

Tangkap layar video tular di media sosial cubaan samun di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dekat Subang Jaya, Selangor
Tangkap layar video tular di media sosial cubaan samun di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dekat Subang Jaya, Selangor

KUALA LUMPUR: Kurang tempoh 24 jam, sekumpulan penjenayah yang disyaki terbabit cubaan samun juruteknik di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dekat Subang Jaya, Selangor, ditahan polis dalam serbuan berasingan semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata semua suspek berusia antara 30 hingga 41 tahun itu ditahan di sekitar Klang dan Shah Alam, Selangor.
Menurutnya, polis sebelum itu menerima laporan daripada seorang lelaki mendakwa dihampiri empat lelaki bersenjatakan kayu pada jam 1.37 pagi semalam.

Suspek yang menunggang motosikal menghalang dengan berhenti di hadapan kenderaan pengadu lalu menghayunkan kayu ke arah cermin kenderaan sehingga pecah.

"Bertindak atas maklumat, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Khas (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya yang menjalankan siasatan berjaya menahan empat suspek secara berasingan pada jam 5.30 petang hari sama," katanya dalam kenyataan hari ini.

Hussein berkata, polis turut merampas sebuah kereta jenis Nissan Almera, motosikal Yamaha LC135 dan enam telefon bimbit.
Semakan mendapati kesemua suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau termasuk dadah.

"Polis percaya semua suspek itu adalah individu yang terbabit kes samun seperti dilaporkan mangsa sebelum ini," katanya kes disiasat mengikut Seksyen 393 dan 427 Kanun Keseksaan.

Katanya, polis akan memohon perintah reman terhadap semua suspek di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor, pagi ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan, seorang juruteknik menempuh detik cemas apabila kenderaannya ditahan empat penyamun bersenjata berhampiran sebuah stesen minyak di Lebuhraya Kesas.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat dilaporkan berkata, suspek bukan saja menahan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima dipandu mangsa malah bertindak agresif dengan memecahkan cermin kenderaan.

Kejadian itu tular di media sosial apabila satu klip video kamera papan pemuka memaparkan mangsa baru keluar dari sebuah stesen minyak sebelum sebuah motosikal dan kereta berwarna hitam berhenti di hadapannya.

Sponsored Post

Semakan mendapati kesemua suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau termasuk dadah.
---------------------------------------------------------------------------------
Perasan tak semua berita polis ada ayat di atas TAPI tak ada cerita di penjara/didenda berapa lama dan hukuman apa apa? :ROFLMAO: :ROFLMAO: 😇 😇 😇 😇 😇
 
Bkn dokumentari nak cite detail... 🤣
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register