BTC USD 62,051.9 Gold USD 1,770.93
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suspek kes ragut dan tetak di kenal pasti

mzak

Legendary Member
Joined
Nov 3, 2009
Messages
15,880
Reaction score
152
Points
128
KOTA BAHARU - Polis telah mengenal pasti dua suspek yang disyaki terlibat dalam kes ragut dan menetak seorang wanita di Jalan Che Su di sini bulan lepas.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata pasukan khas telah ditubuhkan bagi memburu kedua-dua suspek yang berumur sekitar 20-an berkenaan.

"Kita menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaaan. Kita memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat bagi membantu siasatan polis," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa tersebut Rohairani Abdullah @ Ibrahim, 36, di rumahnya di Jalan Pintu Geng di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 1.00 tengah hari pada 29 Ogos lalu itu, mangsa baharu sahaja keluar dari keretanya untuk ke kedai pakaian apabila suspek yang bermotosikal cuba meragut beg tangannya.

Suspek gagal mengambil beg tangan Rohairani, lalu salah seorang daripada mereka menetak tangan kirinya sehingga hampir putus.

Dalam perkembangan lain, Mazlan berkata pihaknya akan menambah 'beat base' di beberapa kawasan sekitar bandar ini bagi membanteras jenayah jalanan.

"Setakat ini kita mempunyai 20 beat base di sekitar bandar ini iaitu 16 di Kota Baharu, masing-masing dua di Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian," katanya. - Bernama
 

CG Sponsors




Top
Log in Register