Suspek kes bunuh wanita dalam almari direman seminggu

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
KUALA LUMPUR: Suspek kes pembunuhan seorang wanita yang mayatnya ditemui di dalam almari pakaian di rumahnya di Taman Pinggiran Ukay, di sini 30 Disember lalu, ditahan reman selama seminggu sehingga 11 Januari ini.

Perintah reman terhadap suami mangsa itu dikeluarkan Pembantu Pendaftar Mahkamah Majistret Ampang, Samsul Aziaudin Ahmad, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin, berkata suspek berusia 37 tahun itu ditahan polis berhampiran Zoo Negara kira-kira jam 8.30 malam tadi.

"Semasa ditahan suspek berada dalam keadaan resah dan gelisah serta ditemani beberapa orang dipercayai ahli keluarga suspek," katanya ketika ditemui di sini.

Mayat Fazlina Ahmad, 39, ditemui mati akibat kelemasan selepas mulut dan hidungnya dilekat dengan pita pelekat dan dibungkus dengan selimut dan diletakkan di dalam almari pakaian itu.

Mayat mangsa ditemui sepasukan polis kira-kira 9 malam di tingkat dua rumah teres dua tingkat di Taman Pinggiran Ukay di sini selepas menerima laporan daripada rakan mangsa yang mengadu mangsa gagal dihubungi.

Seorang wanita berusia 22 tahun yang juga teman wanita kepada suami mangsa yang ditahan Khamis lalu, direman sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan. -
 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register