Suspek cedera terkena tembakan selepas acu pistol kepada polis

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,944
Reaction score
8,923
Points
2,226

JOHOR BAHRU: Gara-gara mengacukan pistol kepada polis, seorang lelaki cedera terkena tembakan amaran manakala rakannya ditahan di Jalan Bukit Kempas, di sini, kelmarin.

Kedua-dua lelaki terbabit cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis kira-kira jam 3.30 pagi.

Suspek yang menaiki sebuah kereta dikesan berlegar-legar di kawasan berkenaan dalam keadaan mencurigakan.

Susulan itu pasukan peronda polis (MPV) dari Balai Polis Tampoi mengarahkan kedua-duanya berhenti, namun tidak diendahkan dan memecut kereta sebelum memberhentikan kenderaan kira-kira 10 kilometer.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarudin Md Din, berkata suspek kemudiannya mula bertindak agresif ketika seorang daripada anggota peronda menghampiri kereta yang dinaiki mereka.

“Secara tiba-tiba kereta dinaiki suspek cuba melanggar anggota polis yang berada di tepi jalan untuk melakukan pemeriksaan manakala seorang daripada suspek dilihat mengacukan senjata dipercayai pistol.

“Rakan setugas anggota yang melihat kejadian itu kemudiannya melepaskan tembakan ke arah kereta suspek sebagai langkah keselamatan sebelum kereta dinaiki suspek itu memecut untuk melarikan diri.

“Bagaimanapun, kereta dinaiki kedua-dua suspek itu ditemui kira-kira dua kilometer daripada lokasi kejadian dengan kedua-dua tayarnya bocor selain ada kesan darah di bahagian tempat duduk pemandu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kamarudin berkata, suspek kemudiannya dikesan polis apabila seorang daripada mereka cuba mendapatkan rawatan di sebuah hospital kerajaan di bandar raya ini.

“Suspek yang mahu mendapatkan rawatan itu dipercayai pemandu kereta berkenaan dan dia pergi ke hospital ditemani warisnya.

“Hasil soal siasat kemudiannya membawa kepada penahanan seorang lagi suspek.

“Dalam tangkapan kedua itu, polis menemui beberapa barangan termasuk wang tunai dan 15 paket plastik kecil mengandungi dadah jenis syabu,” katanya.

Katanya, semakan awal mendapati kedua-dua suspek itu mempunyai beberapa rekod lampau bersabit kes dadah selain suspek pertama yang juga pemandu kenderaan turut berada dalam senarai dikehendaki polis.

“Ketika ditahan, kedua-dua suspek juga gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan juga Peraturan 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.


 
Sponsored Post

Penbiru

Legendary Member
Joined
Jan 12, 2008
Messages
18,608
Reaction score
1,249
Points
201
elok tembak mati terus...jimat
 

rsat

Fun Poster
Joined
Aug 4, 2011
Messages
854
Reaction score
68
Points
30
Senang dapat pistol..beli kat golok ker..
 

Kbyne

Legendary Member
Joined
Jan 23, 2011
Messages
11,872
Reaction score
508
Points
161
Terbaik PDRM...👍🏆😍🌹
 
Sponsored Post
Top
Log in Register