eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,652
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,652
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA LUMPUR: “Pinjaman sudah saya langsaikan tetapi kenapa nama masih belum bersih,” dakwa seorang lelaki apabila namanya masih disenarai hitam dalam rekod syarikat pembekal maklumat kewangan, Credit Tip Off Service Sdn Bhd (CTOS).
Mangsa, Jamaluddin Krishnan Abdullah, 39, mendakwa, berikutan tindakan syarikat itu, dia gagal mendapat pembiayaan bank untuk modal perniagaan kerana dikatakan masih mempunyai tunggakan pinjaman dengan sebuah bank.
Menurutnya, dia membuat pinjaman pada 1998 untuk membeli rumah bagaimanapun selesai dibayar pada Julai tahun lalu.
“Tempoh pinjaman selama 20 tahun tetapi saya langsaikan dalam masa 10 tahun saja, sepatutnya perkara ini tidak berlaku, dan syarikat terbabit seharusnya lebih bertanggungjawab dengan apa dilakukan kerana ini menyusahkan orang ramai.
“Kerana nama masih dalam senarai hitam, hingga kini saya masih dianggap sebagai berhutang dengan bank terbabit. Semakan dilakukan dengan Bank Negara tidak menunjukkan sebarang rekod dia masih berhutang dengan bank terbabit,” katanya.
Kecewa dengan perkara itu, mangsa berkunjung ke pejabat syarikat terbabit pertengahan bulan lalu untuk mendapatkan penjelasan dan dimaklumkan pegawai bertugas perlu mengemukakan surat pengesahan daripada bank sebelum namanya boleh dikeluarkan daripada senarai hitam.
“Ini menyusahkan, mungkin saya ada inisiatif dengan mendapatkan bantuan daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dalam membantu masalah saya. Bagaimana nasib orang lain yang mungkin tidak tahu tempat untuk mengadu,” katanya.
Jamaluddin turut membuat laporan polis di Balai Polis Travers petang semalam, mendakwa syarikat terbabit mendapatkan data peribadi tanpa pengetahuan dan bercadang mengambil tindakan undang-undang.
Sementara itu, Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, kerajaan sepatutnya lebih prihatin dengan masalah ini dan mengambil tindakan sewajarnya untuk melindungi orang ramai daripada menerima nasib sama.