BTC USD 36,424.0 Gold USD 1,842.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suruhanjaya pelantikan kehakiman bakal cetus masalah

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
Suruhanjaya pelantikan kehakiman bakal cetus masalah pemilihan ketua hakim negara, presiden mahkamah rayuan11/12/2008 5:59pm

PUTRAJAYA 11 Dis. — Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008 yang dibentangkan kali pertama di Dewan Rakyat semalam bakal mencetuskan masalah dalam pemilihan pelantikan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan.

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad berkata, masalah tersebut timbul apabila mesyuarat pemilihan dalam suruhanjaya itu akan dianggotai oleh orang-orang yang sama yang mempunyai kepentingan bagi mengisi kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara atau Presiden Mahkamah Rayuan.

“Saya cuma menarik perhatian dan membangkitkan perkara ini untuk difikirkan oleh ahli-ahli Parlimen dalam membuat keputusan mereka,” kata beliau kepada Bernama di sini, hari ini.


“Diperhatikan bahawa mengikut peruntukan rang undang-undang ini, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman mempunyai bidang kuasa melantik Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Mahkamah Rayuan, Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Sabah dan Sarawak dan Hakim Mahkamah Tinggi.

“Juga diperhatikan bahawa suruhanjaya ini akan dianggotai oleh sembilan orang anggota termasuk lima hakim kanan di mana empat daripadanya adalah hakim-hakim yang paling kanan di negara ini''.

Beliau merujuk kepada fasal 5 rang undang-undang tersebut yang memperuntukkan Suruhanjaya Perantikan Kehakiman dianggotai sembilan ahli terdiri daripada Ketua Hakim Negara sebagai pengerusinya, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya, Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, Hakim Mahkamah Persekutuan serta empat orang yang terkemuka yang dilantik oleh Perdana Menteri.

Menurut fasal 21 rang undang-undang itu, suruhanjaya tersebut akan bertanggungjawab bagi memilih calon yang sesuai dan wajar untuk dilantik sebagai hakim mahkamah atasan.

Calon yang layak untuk pemilihan itu pula perlulah memenuhi beberapa kriteria termasuk mempunyai peribadi moral yang baik, berintegriti serta mempunyai kebolehan menguruskan kes dengan baik. - Bernama

Tak kan nak undi guna sistem LA LI LA TAM PLOM atau O SOM pulak...:eek::eek::eek:
 
Sponsored Post

brozul

Super Active Member
Messages
8,469
Joined
Jun 11, 2008
Messages
8,469
Reaction score
28
Points
70
rasa mcm tk berbaloi jer... suruhanjaya ni.
 

malkovich

Active Member
Messages
2,399
Joined
Oct 24, 2008
Messages
2,399
Reaction score
85
Points
30
btol3...saje nk nunjuk je tu pdhal kt blkg wtpe tah
 

GamezStar

CG Top Poster Club
gem
Messages
36,000
Joined
Jul 1, 2008
Messages
36,000
Reaction score
2,739
Points
261
Awards
1
hahahahahahahahah saiko baik punya ........ sape dapat mempengaruhi suruhanjaya ni leh jadi ketua koboi la ........ dahsat2
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register