Suri rumah terselamat tali gantung

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
IPOH: Seorang suri rumah terselamat daripada tali gantung sekali gus memberikannya peluang untuk menyambut kedatangan Tahun Baru Cina bulan depan, bersama-sama keluarga apabila dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini daripada tuduhan membunuh teman lelakinya kira-kira dua tahun lalu.

Wong Lai Leng, 53, berasal dari Ipoh, dituduh melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian Risham Abdullah, 45, di rumah No 58, Tingkat Taman Ipoh 9, Ipoh Garden South di sini pada 3 Disember 2008, jam 2 petang.

Tertuduh ditahan sehari selepas kejadian itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Pesuruhjaya Kehakiman, Chong Siew Kim dalam penghakiman ringkasnya hari ini berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap pertuduhan itu.

Beliau membuat keputusan itu selepas mendengar hujah kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan perbicaraan kes yang berakhir petang semalam.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aiza Khairuddin manakala Wong diwakili peguam, Dr Naran Singh.

Seramai lapan saksi pendakwaan dipanggil sepanjang perbicaraan. Wong dihadapkan di Mahkamah Tinggi di sini pada 4 Januari tahun lalu.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Wong yang ditemani beberapa adik-beradiknya, yang pulang dari New Zealand dan Amerika Syarikat untuk memberi sokongan kepadanya, melahirkan perasaan sangat gembira dengan kepercayaan yang diberikan kepada peguamnya.

"Saya akan memulakan hidup baru... Ini (keputusan mahkamah hari ini) adalah hadiah terbaik sempena Tahun Baru Cina akan datang," katanya.

Semalam, ketika sesi penghujahan, Aiza Khairuddin berkata, mangsa ditemui dalam sebuah bilik dalam keadaan tidak bernyawa dan berlumuran darah dengan kesan tikaman pada leher, dada kiri serta hirisan pada muka, kepala dan leher manakala tertuduh yang cedera ditemui dalam bilik utama dalam keadaan terbaring.

Katanya, berdasarkan keterangan saksi, keterangan sekitar keadaan mangsa serta bukti dikemukakan sepanjang perbicaraan sudah cukup membuktikan kes terhadap tertuduh.

Sementara itu, Dr Naran Singh berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie kerana terdapat banyak keraguan dalam keterangan saksi serta bahan bukti yang dikemukakan di mahkamah seperti parang, kasut warna hitam serta tuala merah yang tidak diketahui pemiliknya kerana saksi yang juga penyewa di rumah berkenaan, tidak pernah melihatnya sebelum itu.

Katanya, pegawai penyiasat dalam keterangannya juga tidak menolak kemungkinan ada pembabitan pihak ketiga yang mencederakan tertuduh dan membunuh mangsa.

“Pihak pendakwaan turut gagal membuktikan identiti sebenar mangsa dengan dompet mengandungi kad pengenalan simati yang dikatakan ditemui dalam poket seluarnya tidak dijadikan bahan bukti di mahkamah,” katanya.
 
Top
Log in Register