BTC USD 97,513.5 Gold USD 2,882.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suri rumah tawar seks didenda RM2,000 di Kubang Kerian

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,688
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
57,688
Reaction score
6,737
Points
881
Awards
1
Suri rumah tawar seks didenda RM2,000

Anggota polis membawa Aniza Shakiera (tengah) untuk didakwa atas pertuduhan mencari langganan bagi tujuan persundalan di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini. Foto oleh ROSALWANI CHE SOH/ KOSMO!
KOTA BHARU – Seorang suri rumah didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencari langganan bagi tujuan persundalan di sebuah rumah tumpangan di Kubang Kerian di sini pada bulan lalu.

Tertuduh, Aniza Shakiera Ahmad, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa mencari langganan bagi maksud persundalan di Kubang Kerian di sini kira-kira pukul 7.30 malam pada 16 November lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mazlinda Mohd. Nor manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ariyani Mohd. Amin @ Abdul Hamid.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM2,000 dan tertuduh membayar denda yang ditetapkan.

Mengikut fakta kes, Cawangan Bahagian Pencegahan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan berjaya menumpaskan kegiatan pelacuran menerusi Op Noda di sebuah rumah tumpangan di Kubang Kerian di sini pada 16 November lalu.

Dalam operasi yang dijalankan kira-kira pukul 7.30 malam itu, seorang anggota polis menyamar sebagai pelanggan untuk membuat langganan dengan tertuduh.

Wanita itu dikatakan menawarkan perkhidmatan seks kepada anggota polis tersebut melalui aplikasi WhatsApp dengan bayaran sebanyak RM150 untuk sekali langganan. – KOSMO! ONLINE

Sponsored Post

Terbaik Kelantan tangkap dan hapus pelacuran.

Polis2 di Kuala Lumpur dan bandar2 besar lena kah? Tangkap la di rumah2 pelacuran yang didedah oleh ES juga :ROFLMAO: :ROFLMAO:
kat KL tu depan mata pun tak nampak ..
lalu tepi jalan Pudu pun dh nampak bersepah dok RM50 sajaaaaa..
 
Terbaik Kelantan tangkap dan hapus pelacuran.

Polis2 di Kuala Lumpur dan bandar2 besar lena kah? Tangkap la di rumah2 pelacuran yang didedah oleh ES juga :ROFLMAO: :ROFLMAO:
Alahai baru 1 kes dah kira berjaya lah ya. Adoi walaun2 lening.

Polis bawah federal bang ikut mana2 negeri pun. Bukan kerajaan Pas yang bayar gaji dorang pun.
 
Alahai baru 1 kes dah kira berjaya lah ya. Adoi walaun2 lening.

Polis bawah federal bang ikut mana2 negeri pun. Bukan kerajaan Pas yang bayar gaji dorang pun.

Berjaya la tu sebab @akudotcom war warkan seluruh dunia..

ermm..ok la dia kerja di Kelantan dia buat kerja di Kelantan.Kalau dia dipindahkan di Kuala Lumpur terus dia cari pusat [elacuran tak jumpa rasanya. :ROFLMAO:
 
Boleh pulak ubah2 niat kerja ikut negeri ya. Sapa ajar ning? Pas ke?
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register