BTC USD 65,446.6 Gold USD 2,308.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suri rumah menang lembu, hasrat buat korban

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
51,165
Top Poster #10
Joined
Jun 17, 2007
Messages
51,165
Reaction score
6,250
Points
881
Awards
1
Suri rumah menang lembu, hasrat buat korban

NORMAWATI ADNAN
Sarimah bersama lembu yang dimenangi menerusi cabutan bertuah sempena Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) dan Hari Jelajah Usahawan, Agro dan Koperasi Negeri Perak 2024 di Stadium Indera Mulia, Ipoh.

IPOH - Seorang suri rumah tidak menyangka kunjungannya ke Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) dan Hari Jelajah Usahawan, Agro dan Koperasi Negeri Perak 2024 di Stadium Indera Mulia di sini membawa tuah apabila memenangi hadiah seekor lembu.

Sarimah Osman, 53, dari Kampung Pisang Batu Gajah berkata, kejutan menerusi cabutan bertuah itu pertama kali dirasai meskipun sebelum ini kerap mengunjungi program terbuka seumpama berkenaan.

"Saya masuk cabutan bertuah pun secara kebetulan sebab suami dan anak ada beli sedikit barang keperluan yang dijual usahawan di karnival ini, tidaklah banyak, tak sampai pun RM200," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Sarimah bersama suami, Maruzi Ahmad, 58, (kiri) dan anak, Muhamad Azim Maruzi, 30, menganggap kemenangan hadiah utama seekor lembu sebagai rezeki menjelang Aidiladha.
Sarimah bersama suami, Maruzi Ahmad, 58, (kiri) dan anak, Muhamad Azim Maruzi, 30, menganggap kemenangan hadiah utama seekor lembu sebagai rezeki menjelang Aidiladha.

Hadiah utama cabutan bertuah berkenaan disampaikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad sempena majlis perasmian pada Sabtu.

Lembu jantan jenis KK Cross seberat 300 kilogram itu merupakan sumbangan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC).

Sarimah berhasrat memanfaatkan hadiah lembu berkenaan untuk menjalankan ibadah korban sempena Aidiladha bulan depan.

Katanya, atas faktor keselamatan, lembu tersebut ditempatkan semula di kandang penternak.

"Nak simpan sendiri pun kami tiada tempat lagi, jadi eloklah diletakkan sementara di sana dahulu.

"Saya dan keluarga sangat bersyukur kerana menang lembu, ini rezeki kepada kami sekeluarga menjelang Aidiladha ini," katanya.

Program SDSI dan Hari Jelajah Usahawan, Agro dan Koperasi Negeri Perak 2024 anjuran bersama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STEP) itu berlangsung selama tiga hari sehingga Ahad.

Lebih 100 usahawan dari Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis terlibat dalam pelbagai kategori industri seperti makanan dan minuman, kraf tangan, inap desa dan perkhidmatan kesihatan.

Turut disediakan program Padanan Perniagaan (Padaniaga) yang melibatkan lima pasar raya terkemuka seperti Lotus's Malaysia, Segi Fresh, SH Synergy, Mydin dan Petronas Mesra dengan potensi padanan perniagaan bernilai RM1 juta.

Program Biaya Usahawan (Biaya) pula menawarkan peluang pembiayaan oleh lima agensi di bawah KUSKOP dan tujuh bank komersial dengan sasaran potensi pembiayaan berjumlah RM2 juta.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik turut disusun sepanjang tiga hari program berlangsung seperti sesi perkongsian kejayaan usahawan, demonstrasi produk dan permainan tradisional.

 
Back
Top
Log in Register