BTC USD 23,976.5 Gold USD 1,791.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suri rumah maut, jatuh tersembam dari motosikal berkuasa tinggi

notepad

Legendary Member
gem
Messages
10,701
Joined
Sep 17, 2011
Messages
10,701
Reaction score
1,071
Points
206
sharipah-e1656223997769.jpg

Sharipah maut semasa dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju ke acara Terengganu Bike Week di Pantai Batu Burok, Terengganu semalam. FOTO: MEDIA SOSIAL.

Suri rumah maut, jatuh tersembam dari motosikal berkuasa tinggi​


  • Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA
  • 26 Jun 2022, 2:14 pm



TANAH MERAH – Seorang suri rumah maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang suaminya terbabas akibat mengelak sebuah kereta semasa tiba di lampu isyarat di Kilometer 80.5 Jalan Kota Bharu-Machang-Jeli dekat Jabatan Pengangkutan Jalan, Bukit Bunga di sini semalam.

Mangsa, Sharipah Saad,48, dan suaminya, Asmiran Dahari,50, dipercayai sedang dalam perjalanan menuju ke acara Terengganu Bike Week di Pantai Batu Burok, Terengganu sebelum mereka terlibat nahas tersebut kira-kira pukul 11.30 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Wan Zulfikri Wan Othman berkata, siasatan awal mendapati, Asmiran yang merupakan pemandu bas membonceng mangsa dengan menunggang motosikal jenis Kawasaki GTR 1400 dari Bayan Lepas, Pulau Pinang menuju ke Kuala Terengganu.

moto-kuasa-tinggi.jpg

Motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki GTR 1400 yang dinaiki mangsa dan suaminya dari Pulau Pinang ke ke acara Terengganu Bike Week di Pantai Batu Burok, Terengganu semalam. FOTO: IHSAN POLIS

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta yang berada di depan motosikal pasangan suami isteri itu dipercayai telah membrek semasa tiba di lampu isyarat.

“Insiden itu menyebabkan Asmiran mengelak kereta tersebut sebelum motosikal yang ditunggangnya terbabas ke bahu kiri jalan.

“Mangsa dipercayai telah jatuh dari motosikal sebelum mukanya tersembam ke atas permukaan jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Wan Zulfikri, pasangan suami isteri itu mengalami kecederaan dan mereka dibawa ke Hospital Jeli dekat sini sebelum Sharipah disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di hospital berkenaan kira-kira tiga jam selepas kejadian.

Katanya, siasatan awal turut mendapati, kemalangan tersebut berpunca daripada kegagalan penunggang motosikal berkuasa tinggi itu untuk menjaga jarak pemanduan sehingga menyebabkan hilang kawalan.

Tambahnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
112,367
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
112,367
Reaction score
18,133
Points
2,566
Awards
1
oh diorang ni dari perhimpunan motor berkuasa tinggi, sama mcm thread sebelah kot
 

rinoa99

Active+ Member
Messages
4,017
Top Poster #3
Joined
Jun 5, 2022
Messages
4,017
Reaction score
572
Points
71
takziah
helmet full face ke?
 

notepad

Legendary Member
gem
Messages
10,701
Joined
Sep 17, 2011
Messages
10,701
Reaction score
1,071
Points
206
sebelah brake sampai berasap tayar
sini brake sampai penunggang tercampak
 

no trade

Super Active Member
Messages
9,681
Joined
May 16, 2008
Messages
9,681
Reaction score
466
Points
96
Sebelum ni ada exsiden jugak lepas balik dari event ni
 

pudins70

Super Active Member
gem
Messages
9,868
Joined
Mar 28, 2011
Messages
9,868
Reaction score
1,247
Points
151
Kejar lampu merah memang mendapat lah.
 

jaih

Legendary Member
gem
Messages
10,744
Joined
Jan 14, 2006
Messages
10,744
Reaction score
751
Points
171
Kejar lampu merah memang mendapat lah.
last lalu dlm bulan lepas simpang tu.. lampu isyarat dia berkelip kuning ja.... mcm di offkan utk sementara .. mungkin kereta tu tak biasa dok ingat lampu nak bertukar merah... n brake... tergolek laa abam rider nak ngelak keta tuh... dan ajal isterinya sampai...
 

pudins70

Super Active Member
gem
Messages
9,868
Joined
Mar 28, 2011
Messages
9,868
Reaction score
1,247
Points
151
last lalu dlm bulan lepas simpang tu.. lampu isyarat dia berkelip kuning ja.... mcm di offkan utk sementara .. mungkin kereta tu tak biasa dok ingat lampu nak bertukar merah... n brake... tergolek laa abam rider nak ngelak keta tuh... dan ajal isterinya sampai...
Betul dah tu lampu kuning berkelip memang kena stop dulu, kalau line clear baru jalan.
 
Sponsored Post

Top
Log in Register