hiduprakyat
Legendary Member

- Messages
- 19,291
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 19,291
- Reaction score
- 1,342
- Points
- 201
BERA – Seorang suri rumah ditemukan maut dengan kesan kelar di leher di sebuah rumah di Kampung Sri Buntar, Triang, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Bera, Suprintendan Zulkiflee Nazir berkata, pihaknya menerima panggilan daripada kakitangan Jabatan Kesihatan kira-kira pukul 9 pagi bagi memeriksa keadaan wanita itu yang didapati terbaring dalam bilik air dengan keadaan berlumuran darah di bahagian leher.
“Terdapat kesan kelar di leher mangsa. Pihak polis turut menemui nota bertulisan tangan yang dipercayai ditulis mangsa yang meminta maaf dengan apa yang berlaku dan meminta adik-beradiknya untuk menjaga anak-anaknya,” katanya di sini hari ini.
Menurut Zulkiflee, kertas nota tersebut dihantar kepada pihak forensik bagi melakukan pengesahan sama ada ia benar-benar tulisan mangsa dan berdasarkan siasatan awal, wanita terbabit dikatakan mengalami kemurungan dan tidak dapat tidur sejak sebulan lalu.
“Setakat ini kita percaya ia bukan membabitkan kes samun atau bunuh. Bagaimanapun siasatan diteruskan daripada pelbagai sudut. Saya harap masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE