BTC USD 101,568 Gold USD 2,654.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suri Rumah Di Dakwa Campak Kucing Dari Tingkat 1 Flat

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,439
Top Poster #2
Joined
Nov 23, 2012
Messages
63,439
Reaction score
7,021
Points
916
Awards
1
05.01.2024 - Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan mencampak seekor anak kucing dari tingkat satu di sebuah flat di Cheras, Dis tahun lepas. Nina Norhaslinda Mazlan, 44, didakwa melakukan perbuatan tersebut di hadapan sebuah unit flat itu pada jam 7.35 pagi, 25 Dis sehingga menyebabkan penderitaan yang tidak sepatutnya terhadap haiwan terbabit. Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 29(1) akta sama yang membawa hukuman denda minimum RM20,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Fadzilah Abdul Karim menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berdekatan. Nina yang tidak diwakili peguam merayu jaminan dikurangkan kerana dia tidak mempunyai pendapatan. Hakim Norina Zainol Abidin membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 6 Feb untuk sebutan kes bagi lantikan peguam.
1704441664523.png
 
Sponsored Post

Try petua sembur air serai xberak dh kucing lepas tu

botol merah, biru, air serai, air cuka spray pun dh tak jadi jang.... kucing perumahan den smuo dh kebal2 deme dtg jgk berak kencing dlm kwsn yard rumah
 
botol merah, biru, air serai, air cuka spray pun dh tak jadi jang.... kucing perumahan den smuo dh kebal2 deme dtg jgk berak kencing dlm kwsn yard rumah

kucing sebenarnya rabun warna .. tapi penglihatan anjing dan kucing lebih power waktu malam berbanding manusia 🤭
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register