akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 54,720
Top Poster #2
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 54,720
- Reaction score
- 6,482
- Points
- 881
- Awards
- 1
Surau Plus Madani tampil kelainan berkonsep alam semulajadi
Oleh Muhammad Yusri Muzamir
A view of the sea
Anwar Ibrahim melawat dan meninjau fasiliti sekitar surau RNR Seremban selepas Majlis Perasmian Kawasan Rehat dan Rawat Seremban (Arah Selatan) di Lebuhraya Utara Selatan, Seremban. FOTO AIZUDDIN SAAD
Seremban: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menampilkan kelainan apabila mengetengahkan kemudahan surau lestari berkonsepkan alam semulajadi di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban (arah selatan), di sini.
Diinspirasikan daripada enam tonggak Madani, Surau PLUS Madani itu dilihat bakal menjadi penanda aras baharu bagi inovasi dan kecemerlangan selain mengekalkan keseimbangan ekologi.
Kemudahan yang dibuka secara rasmi kepada orang ramai mulai hari ini itu turut menampilkan reka bentuk moden, lestari, mesra pengguna dan ciri reka bentuk khas bagi orang kurang upaya.
PLUS dalam hebahan media mengenai kemudahan itu berhasrat menjadikan surau terbabit sebagai perintis kepada pembaharuan di 284 kemudahan surau lain sepanjang lebuh raya kendalian syarikat konsesi berkenaan.
Berciri terbuka, Surau PLUS Madani dengan kapasiti 300 jemaah itu turut dilengkapi sistem pengudaraan semulajadi membolehkan pengguna berasa lebih selesa ketika beribadah.
Kemudahan yang menampilkan rekaan lantai parket bagi mengelak haruman kurang menyenangkan itu dilengkapi tempat duduk kekal bagi jemaah berkeperluan khas.
Bagi menampilkan elemen kelestarian, surau itu menggunakan air hujan dikitar semula sebagai medium jemaah untuk mengambil wuduk selain dilengkapi kemudahan solar bagi menjana elektrik.
Dibina dengan siling tinggi, surau itu memaksimumkan pengudaraan dan pencahayaan semulajadi melalui laman terbuka, mewujudkan persekitaran terang serta mengoptimumkan penggunaan tenaga dan penyelenggaraan.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut melawat surau itu selepas merasmikan R&R Seremban (arah selatan), hari ini.
Mengulas kemudahan itu, Anwar menyifatkan surau terbabit sebagai terbaik berbanding keseluruhan surau di kawasan R&R di negara ini.
"Biasanya surau di R&R (keadaannya kurang memuaskan)...saya tak tahan, dengan baunya, tempat sempit. Namun, Surau PLUS Madani ini adalah surau terbaik yang saya pernah lihat.
"Menggunakan pengudaraan dan air semulajadi, (sistem) solar. Saya ucapkan terima kasih," katanya.
Disiarkan pada: September 8, 2024 @ 1:43pm