BTC USD 61,658.9 Gold USD 4,259.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

surat khabar KOSMO PENIPU!!!!

Senaman dgn tarian...bende baru dgr ni:))

Aku pun senamn jgk.

Senaman badan : Gym
Senaman kaik : Futsal
Senaman tangan dan otak : CS and dota:)paid
 
berlatih merencatkan kaki...kalu btol2 terencat nnt...
x le susah kan...kih2....
x kisah le nak shuffle ke...repeat ke....
x reti masa ke....
dah tau magrib...p le balik umah...
mcm aktibiti tu betul sgt je....

adab...adab....dimanakah dikau...hehe...
 
xkire la tipuu ke x...

konsert mase maghrib tu pehal?
 
KUALA LUMPUR - Kejadian pergaduhan di Konsert Pesta Malam Indonesia dua tahun lalu berulang apabila dua kumpulan pekerja rakyat Indonesia bergaduh di sini semalam.

Pergaduhan itu tercetus sewaktu kumpulan Sheila On 7 membuat persembahan di Bukit Kiara Equestrian Park dekat sini memaksa kumpulan yang berasal dari Yogjakarta itu menghentikan persembahan.

Bagaimanapun pergaduhan tersebut tidak berhenti di situ apabila mereka kembali bertumbuk sewaktu konsert berhenti seketika bagi menghormati waktu Maghrib.

Difahamkan, punca pergaduhan itu tercetus gara-gara penonton dari dua kumpulan yang saling berasak-asak untuk melihat penyanyi pujaan mereka dengan lebih dekat.

Konsert yang dianjurkan oleh Telekom Malaysia juga gagal mencapai sasaran 15,000 penonton apabila tapak konsert hanya dibanjiri sekitar 5,000 khalayak yang rata-rata merupakan warga Indonesia.

Sebanyak enam kumpulan dari Indonesia membuat persembahan di konsert berkenaan iaitu Peter Pan, Ungu, Slank, Sheila On 7, Samson dan Dewi-Dewi.

Dalam pada itu, vokalis Peterpan, Ariel, mengejutkan khalayak ramai apabila mebuka baju saat menyanyikan lagu terakhir yang juga lagu hitnya, Mungkin Nanti.

Tindakan Ariel membuka dan melempar bajunya kepada peminat melanggar garis panduan persembahan tanah air.

Sebelum ini, penyanyi Faizal Tahir didenda selepas membuka baju sewaktu mengadakan satu persembahan awal tahun ini.

Sementara itu di pekarangan Kompleks Stadium Bukit Jalil di sini sekumpulan remaja yang menghadiri satu persembahan konsert tertutup juga menimbulkan kekecohan.

Kekecohan timbul apabila pengunjung konsert yang rata-rata remaja belasan tahun menari shuffle dan diiringi muzik yang bising sehingga menganggu kententeraman.
Menurut sumber, selain berpesta, kira-kira 200 pengunjung konsert yang bercampur lelaki dan perempuan juga didakwa tidak menghormati waktu Maghrib sedangkan lokasi mereka berpesta itu terletak bersebelahan dengan surau di kompleks berkenaanAkibatnya, sekumpulan anggota polis yang menerima aduan orang ramai tiba kira-kira pukul 7 malam meminta mereka berhenti sementara dan menyambung konsert itu semula kira-kira sejam selepas itu.

Bagaimanapun tidak ada sebarang pergaduhan dilaporkan berlaku.




KAMI SUDAH OFF MUSIC PADA SETIAP AZAN!..KOSMO JUST REKA CERITA!!!!!

Yg ni baru satu hal terkena, lum lagi terkena yg dasyat2. Ape kes la korang nak marah kat kosmo tu. Kang korang kena tembak dgn hal2 agama yg korang langgar lagi la parah. Media bukan leh bawak main2. Orang besar pun leh kena tembak. Jatuh bangunnya seorang selebriti/politician pun influence drp media gak.

Dah namanya media. Mana ada media yang tak pernah menipu, samada secara sengaja/tak sengaja (sumber maklumat tak tepat). Janganlah percaya mana2 media 100%. Media = dah jadi tempat manipulasi maklumat. Lagi2 ni ha sumber2 drp internet ni, bukan leh percaya.
 
haha..lawak la tuah tanah nie.. baru kene soal " anda pegi solat tak lepas tutup muzik tu ?" , terus senyap...nampak sangat takat tutup muzik jer tapi still buat kecoh... aku tak heran la kalo kosmo keluar berita mcm tu... memang diorang salah pun...

alah.. kalo nak bersenam, bangun pukul 5 pagi pi jogging mcm apek2 dan nyonya2 kat kawasan perumahan aku tu... jogging le dalam sejam pas tu balik mandi terus solat subuh...

apa hal lak nak kene menari2 bercampul gaul laki pompuan baru buleh bersenam..?
 
menari ni bagus ke?
mcm takde pedoman je...sekadar off music time azan tp tak semayang sama jek...baik jangan adakan terus konsert ke hape ke berkaitan artis ni...MAKSIAT!!!!!
 
tuan tanah mana? g masjid ke?
mana la tau...aku berperasangka baik je skang ni...:))
 
Back
Top
Log in Register