Supiah tubuh jawatankuasa siasat 'kehilangan' RM223.7j

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
BUKIT MERTAJAM 1 Dis. - Sebaik memulakan tugas sebagai Pemangku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) hari ini, Datuk Supiah Md. Yusof dipertanggungjawabkan untuk menyiasat mengenai 'kehilangan' RM223.7 juta rizab pihak berkuasa tempatan itu sepanjang tempoh sembilan tahun lalu.

Sehubungan itu, Supiah, yang juga Pegawai Kewangan Negeri akan menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menyiasat perbelanjaan yang dibuat oleh MPSP dalam tempoh berkenaan sehingga menyebabkan pihak berkuasa tempatan itu menghadapi masalah kekurangan rizab untuk perbelanjaan dan operasi akan datang.

Ketika ditemui pemberita selepas sidang akhbar Ketua Menteri, Lim Guan Eng di bangunan MPSP di Bandar Perda di sini hari ini, Supiah berkata, jawatankuasa itu akan menyiasat dalam tempoh dua minggu segala perbelanjaan MPSP sebelum hasil siasatan kepada kerajaan negeri.

"Tempoh dua minggu yang diberikan oleh Ketua Menteri untuk menyiasat perbelanjaan MPSP ini adalah mencukupi dan saya rasa tidak mempunyai masalah untuk bekerja dalam tempoh yang singkat itu. Ia tidak membebankan saya," katanya.

Ditanya sama ada pihak tertentu termasuk pemaju bangunan bernilai RM84.3 juta itu, iaitu Aseania Development Bhd. akan dipanggil untuk memberi keterangan, beliau berkata, perkara itu akan dilakukan jika ia dikehendaki oleh kerajaan negeri.

"Buat masa ini tidak perlu tetapi jika selepas laporan siasatan diserahkan kepada kerajaan negeri dan mereka merasakan ada keperluan untuk berbuat demikian, kita akan lakukannya," kata Supiah.

Pada hari ini, Guan Eng mengumumkan pelantikan Supiah memangku jawatan Yang Dipertua MPSP berikutan ketiadaan Yang Dipertuanya, Farizan Darus yang sedang berkursus dan akan bercuti selepas itu sehingga 31 Disember ini.

Selepas sidang akhbar berkenaan, Supiah mengangkat sumpah jawatan di hadapan Guan Eng dan disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan lalu lintas dan Alam Sekitar Negeri, Chow Kon Yeow serta Ahli Majlis yang lain.

Terdahulu, dalam sidang akhbarnya, Lim berkata, kerajaan negeri perlu mendapatkan data dan maklumat mengenai perbelanjaan yang dibuat oleh MPSP secara terperinci sebelum mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa.

Beliau yang menyalahkan kerajaan negeri lalu berhubung perbelanjaan besar MPSP sehingga menyebabkan pihak berkuasa tempatan itu menghadapi masalah kewangan yang teruk, mengakui bahawa pihaknya bakal berhadapan dengan masalah untuk membuktikan dakwaan penyelewengan itu.

"Sekarang ini semua orang cerdik, kita susah nak kesan (penyelewengan atau salah guna kuasa). Bila kita masuk pejabat dahulu, fail pun tidak ada dan kita perlu membuktikan perkara itu melampaui keraguan yang munasabah," katanya ketika ditanya sama ada kerajaan negeri akan melaporkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) jika siasatan yang diketuai Supiah menemui maklumat berkaitan penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa itu.

Guan Eng juga berkata, kerajaan negeri tidak mampu untuk mengambil juruaudit bebas bagi menyiasat kes berkenaan kerana kosnya terlalu mahal.

Pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini, Guan Eng membangkitkan mengenai kekurangan rizab MPSP berikutan perbelanjaan besar yang dirasakan tidak munasabah sedangkan kos itu boleh dijimatkan.

Sejak itu, berlaku 'perang mulut' antara kerajaan negeri pimpinan Lim dengan bekas Exco yang bertanggungjawab, Datuk Dr. Teng Hock Nan, mengenai perincian perbelanjaan yang dilakukan MPSP antaranya peruntukan kawasan yang diberikan kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Seberang Perai, pembinaan ibu pejabat MPSP di Bandar Perda serta kos penyelenggaraan sistem hawa dingin yang terlalu tinggi.

BONGKAR!
 
Sponsored Post

GT

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,557
Reaction score
245
Points
123
Standard lah tu....
 

yinbyungheon

CG Top Poster Club
Joined
Jul 12, 2006
Messages
36,821
Reaction score
856
Points
161
mido duk sebok kat negeri org tapi negeri sendiri byk problem buat2 tak nampak pulak :))...dah tergadaiiiii penang pd bangsa lain dah...WPI coming soon
 

SOUL86F

Legendary Member
Joined
Jan 22, 2008
Messages
10,969
Reaction score
115
Points
123
mido duk sebok kat negeri org tapi negeri sendiri byk problem buat2 tak nampak pulak :))...dah tergadaiiiii penang pd bangsa lain dah...WPI coming soon
tu la pasai...dah duk dlm tong najis tu mata hati sume dah gelap x nampak dahhhh...:p:p:))
 

incoming

Active Member
Joined
Dec 2, 2008
Messages
1,017
Reaction score
2
Points
25
kalau leh tau sapa yang seleweng tuu kan baguss...teruskan usaha
 

aes

Super Active Member
Joined
Apr 12, 2008
Messages
9,557
Reaction score
19
Points
65
terjah dan bongkarkan segala tinja pemerintah yg dulu.
 

papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,241
Reaction score
24
Points
65
bongkar jgn tak bongkar. Duit juta2 hilang takkan boleh dibiarkan.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register