BTC USD 60,359.0 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suntikan radang untuk besarkan ZAKAR dengan cepat

notrexdame

CG Hardcore Club
Paid Membership
Joined
Apr 26, 2008
Messages
76,139
Reaction score
63
Points
525
TEKNIK atau kaedah suntikan ke atas alat sulit lelaki untuk membesarkannya yang dikenali sebagai teknik ‘mesotherapy’ atau teknik mengubahsuai bahagian tubuh badan tertentu, hanya dilakukan untuk menghilangkan kedutan kulit muka atau tangan supaya kelihatan gebu dan tiada garisan penuaan.

Bagaimanapun, teknik sedemikian disalahguna dengan bertujuan membesarkan alat kelamin lelaki itu. Namun alat sulit lelaki sebenarnya bukan anggota sesuai untuk teknik itu kerana kulitnya tiada lapisan lemak dan bahan yang disuntik tidak dapat kekal setempat serta boleh beralih ke kawasan lain seperti tundun atau kerandut dan membuatkan bahagian itu bengkak dan keras serta radang.
Lagipun, bahan disuntik bukan daripada yang sepatutnya seperti asid hyaluronic (yang hanya boleh dilakukan oleh pakar kulit atau pakar plastik).

Apabila tisu dalaman bawah kulit alat kelamin mengalami radang, pembuluh darah dan pembuluh limpatik (pembuluh darah putih) akan radang dan terkandas.



Kulit akan kehilangan tisu elastik dan sistem limpatik tersumbat membuatkan kulit menebal, bengkak dan radang.


Jika keadaan itu berlaku, penghujung alat sulit lelaki akan kelihatan termasuk atau terbenam dalam tisu bengkak di kelilingnya atau keseluruhannya kelihatan hodoh, besar dan berbentuk luar biasa serta tidak berdaya, maksudnya alat kelamin tidak dapat digunakan untuk persetubuhan kerana besar dan tidak dapat memasuki kelamin wanita.

Sebenarnya, ramai merana kerana perbuatan melakukan pembesaran alat sulit seperti cara begitu dan kebanyakan kes yang mendapatkan khidmat nasihat saya menyatakan mereka berbuat demikian kerana mengikut kawan.

Saya pernah mengendalikan kes yang menjalani suntikan sedemikian. Kebanyakan yang mendapatkan khidmat saya tak tahu apa yang boleh dilakukan.

Yang paling bahaya jika seseorang itu mahu mengurangkan bengkak radang dengan air panas, ia akan kelihatan lebih bengkak!

Sebenarnya jika kelihatan bengkak, radang perlu menggunakan pek ais (menyejukkannya dengan ais atau air sejuk).

Jika prosedur itu sudah dilakukan lama, perubahan pembesaran kulit dan tisu dalaman akan kelihatan ketara. Otot alat sulit yang memberi ketegangan akan menjadi kurang dan hilang daya ereksi.

Jika dapat lakukan juga, setelah selesai seks, alat kelamin itu akan membesar dan radang dan memakan masa untuk reda. Ada yang mendapatkan khidmat saya juga menyatakan mereka tidak boleh duduk lama dalam kereta, tidak boleh memandu lama kerana alat sulit mereka akan membesar dan membengkak serta terpaksa menunggu sehari suntuk untuk mendapat kelegaan.

Kebanyakan pelanggan yang saya bantu sampai sekarang masih tidak pulih 100 peratus, hinggakan ada yang nekad menjalani pembedahan untuk membuangkan tisu yang tebal tapi kesudahannya, alat kelamin mereka menjadi kontot!

Bagi sesiapa yang membaca artikel ini yang kebetulan pengamal kaedah ini, harap jangan menjalankan prosedur sebegini kerana mudarat yang amat sangat boleh berlaku kepada yang menerima khidmat anda.

Bayangkan kesengsaraan yang berlaku kepada pelanggan dan masalah sosial seperti perceraian dan keruntuhan rumah tangga. Ini satu kekejaman kepada manusia dan anda tidak boleh menggelar diri anda sebagai tabib atau pengamal perubatan tradisional! Bagi yang masih tidak faham dan mahu mencuba, itu mencari nahas!



DR ISMAIL THAMBY​
 
Sponsored Post

lastshark

Active+ Member
Joined
Aug 27, 2007
Messages
4,505
Reaction score
4
Points
25
besar pun tak guna kalau 15 minit dan mencret air..kakakaka...tapi kontot lagi tak guna..
 

mohdridzuan®

Legendary Member
Paid Membership
Joined
Oct 16, 2008
Messages
11,852
Reaction score
40
Points
130
merosakkan diri sendiri je, nyesal tak sudah nanti
 

kaYaIlmu

Super Active Member
Joined
Mar 11, 2010
Messages
7,918
Reaction score
29
Points
70
rosak anu ke suntikan nie??..

dapat nikmat sementara sahaje ... :D
 

Photofast

Active+ Member
Joined
Jul 16, 2010
Messages
4,646
Reaction score
31
Points
30
sapa dekat sini penah pkai ubat2 zakar nih?angkat tgn jap lol
 

akukurt

Legendary Member
Joined
Feb 9, 2010
Messages
10,593
Reaction score
60
Points
120
den bersyukur apa yang den ada... tak payah suntik2.. kang lagi melarat.. yang penting performance...

95% mental, 5% friction..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register