BTC USD 28,171.7 Gold USD 1,939.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sungai Selangor dicemari diesel, 3 loji utama ditutup

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,118
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,118
Reaction score
22,834
Points
1,831
Awards
1
image.jpg


SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, tiga loji utama di Sungai Selangor terpaksa ditutup kerana pencemaran akibat tumpahan minyak diesel.

"Lembaga Urus Air Selangor (Luas) sedang menyiasat," katanya yang dipetik dari Twitternya, hari ini.

Tambah Mohamed Azmin, beliau telah meminta pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Luas untuk mengeluarkan kenyataan rasmi menjelaskan situasi kejadian ini.

"Saya mahu tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang bertanggungjawab menyebabkan pencemaran diesel di loji-loji berkenaan.

Menurut Mohamed Azmin lagi, semua loji rawatan air SSP1, SSP2 dan SSP3 yang ditutup telah mula beroperasi mulai jam 4.30 pagi ini.

"Jam 10 malam tadi, tahap pencemaran tumpahan hydrocarbon di loji rawatan air SSP1, SSP2 dan SSP3 adalah 5ppm dan terpaksa ditutup.

"Luas masih berada di lokasi untuk memantau situasi dan mengenal pasti punca pencemaran tumpahan hydrocarbon malam tadi," katanya lagi.



http://www.sinarharian.com.my/edisi...gor-dicemari-tiga-loji-utama-ditutup-1.323737
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register