BTC USD 43,831.3 Gold USD 1,759.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sungai Kim KIm tercemar lebih teruk

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,772
Reaction score
14,745
Points
1,906
Thread perbincangan terdahulu Sungai Kim Kim KLIK SINI




Selepas 2 tahun tragedi, Sungai Kim Kim ‘dicemar’ lagi

March 8, 2021 2:03 PM

Tuan-Ibrahim-Tuan-Man-FMT.jpg

Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man menyempurnakan cabutan undi kerja-kerja bawah peruntukan Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi Johor di Dewan Muafakat Simpang Renggam, hari ini.

SIMPANG RENGGAM: Kementerian Alam Sekitar dan Air menerima laporan daripada orang awam semalam mengenai pencemaran Sungai Kim Kim di Pasir Gudang apabila airnya bertukar warna menjadi hitam.
Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya sudah mengerahkan 11 pegawai dan anggota Jabatan Alam Sekitar (JAS) ke kawasan sungai itu bagi membuat pemantauan serta pemeriksaan pagi tadi.

“Aduan diterima mengatakan air hitam keluar dari Sungai Kim Kim dan kebetulannya semalam adalah ulang tahun kedua tragedi pencemaran Sungai Kim Kim.

“Jadi, kekuatan 11 pegawai dan anggota dikerahkan ini bagi mengenal pasti punca pencemaran, sampel air juga diambil selain pemantauan udara menggunakan dron dan laporan dijangka diperoleh seawal hari ini atau esok,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis undian perdana kerja-kerja bawah peruntukan Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi Johor di Dewan Muafakat Simpang Renggam.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata pindaan untuk mengenakan hukuman lebih berat terhadap penjenayah alam sekitar membabitkan Seksyen 121 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) sudah mendapat persetujuan dasar Jemaah Menteri.

“Cadangan pindaan peruntukan bawah Akta 655 itu sudah mendapat kelulusan dasar Jemaah Menteri dan kini sedang menunggu untuk dibentang ke Parlimen,” katanya.

Pencemaran kimia berbahaya di Sungai Kim Kim pada 7 Mac 2019 menggemparkan negara selepas beberapa pelajar sekolah pengsan secara tiba-tiba, selain mengalami pening, loya dan muntah-muntah.

Insiden itu menjejaskan kira-kira 6,000 penduduk di Pasir Gudang, terutama pelajar sehingga 111 sekolah di kawasan berkenaan diarah tutup sementara.


Jarak sejauh 1.5km kawasan Sungai Kim Kim yang tercemar sisa kimia berbahaya itu sudah dibersihkan dengan 1,500 tan air sungai dan 900 tan enap cemar.

Sisa kimia berbahaya itu turut dilupuskan dari sungai berkenaan.

 
IMG_20210801_093153_253.jpg

Jabatan Alam Sekitar (JAS) melakukan siasatan berhubung aduan daripada orang ramai mendakwa bahawa Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, di sini tercemar dengan berbau busuk dan air sungai berwarna hitam pada 28 Julai lepas.

JAS dalam kenyataan yang dimuat naik di laman rasmi Facebook berkata pasukan Unit Penguat kuasa Industri JAS yang menjalankan siasatan mendapati air sungai itu berwarna hitam selain mengesan bau busuk sepertimana aduan diterima dan telah mendapatkan butiran maklumat kejadian daripada penduduk sekitar untuk memperkemas siasatan.

Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com

#AWANInews

Sponsored Post

akecema

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 26, 2007
Messages
22,877
Reaction score
2,730
Points
206
kite tgk mcm mane PN settle pulak
adakah tokey kilang akan diambil tindakan
 

CyberMachine

CG Top Poster Club
Joined
Oct 1, 2009
Messages
22,925
Reaction score
604
Points
171
xde kecoh kat grup wassap lagi pun...

rasanya dato bandar MPPG sekarang ni pantas gak wat keje

pepandai la dia setelkan dulu
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
33,802
Reaction score
2,110
Points
201
Tgk berita.. menteri alam sekitar kata da tercemar sebulan lalu.. minggu lepas pegawai alam.sekitar baru amik sample.. lame nye bertindak
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,191
Reaction score
14,987
Points
2,376
SUNGAI KIM KIM | Pembuangan Sisa Kimia Kali Ini Disyaki Lebih Besar

Sungai Kim Kim, di Pasir Gudang, Johor yang pernah mengejutkan negara dengan tragedi pencemaran bahan kimia dua tahun lalu, kembali tercemar.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,191
Reaction score
14,987
Points
2,376
SUNGAI KIM-KIM | Keputusan Ujian Sampel Air Dijangka Diketahui Hari Ini

Sungai Kim Kim yang didakwa dicemari tompokan hitam sejak kebelakangan ini, didapati sudah tidak lagi berbau dan kembali ke paras julat normal hari ini.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register