BTC USD 102,791 Gold USD 3,367.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sumbat Kucing Dalam Guni, Persatuan Penduduk Nafi Aniaya

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
68,285
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
68,285
Reaction score
7,467
Points
916
Awards
1
12.01.2025 - Polis menerima dua laporan dakwaan penganiayaan beberapa kucing disumbat dalam guni dan dibuang di sebuah pangsapuri Batu 9 Cheras, Kajang, semalam. Ketua Polis Kajang Naazron Abdul Yusof, berkata dua laporan itu diterima semalam dan hari ini, masing-masing berkait video rakaman pendek perlakuan sekumpulan lelaki terhadap haiwan berkenaan.

“Laporan mendakwa mengesan satu rakaman video yang tular mengenai sekumpulan lelaki menangkap beberapa kucing dan dimasukkan ke dalam guni sebelum dibawa menaiki kenderaan disyaki untuk dibuang ke lokasi tidak diketahui. Polis juga menerima satu lagi laporan daripada ahli jawatankuasa persatuan penduduk pangsapuri berkenaan yang dirakam dalam video berkenaan. Mereka menafikan menganiaya dan mendera haiwan peliharaan terbabit,” katanya menurut Berita Harian.

Naazron berkata, semakan lanjut bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengesahkan pihak terbabit turut menerima aduan sama, dengan pihak JPV mengambil tindakan mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015. Beliau menasihati masyarakat tidak melanggar peruntukan undang-undang termasuk penganiayaan terhadap haiwan. Terdahulu, tular video 38 saat memaparkan beberapa lelaki memasukkan kucing ke dalam guni dan diikat sebelum dikatakan dimasukkan dalam kereta.
1736673861049.png
 
Sponsored Post

kucing liar anjin liar makin banyak

nak buang kat mana???

Selalunya kucing ni datang bila ada yang bagi makan
Cuma akan jadi masalah dekat orang lain la dengan masalah kencing dan berak merata
Tak semua orang suka dengan kucing
Apatah lagi anjing

Masalah ni bukan baru tapi dah lama jadi
Tapi sampai sekarang belum ada penyelesaian

Kalau buang kat pasar tu ada yang tak dapat makan pun
Sama juga kalau buang area kedai makan
Akan ada yang bagi makan dekat area kedai makan tu
Cuma kawasan tu akan berbau sikit la
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register