BTC USD 57,588.1 Gold USD 1,794.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sultan Selangor bimbang situasi semasa negeri

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
KLANG: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa bimbang terhadap situasi semasa di negeri ini yang didapatinya meletakkan agenda politik mengatasi agenda pembangunan negeri.

Baginda bertitah perkara kecil di negeri Selangor kadangkala dihebah dan diperbesarkan sehingga melampaui batasan dan menyebabkan rakyat di negeri itu menjadi keliru.

Justeru, baginda mengingatkan semua pimpinan tertinggi negeri Selangor agar jangan banyak bercakap sahaja malah melaksanakan perkara yang berfaedah kepada rakyat di negeri itu.

"Beta percaya rakyat pada masa sekarang ini lebih selesa berbincang dan bercakap mengenai pembangunan dan kesejahteraan daripada bertelagah mengenai soal-soal politik.

"Oleh yang demikian, beta mengingatkan bahawa kerajaan Selangor pada masa kini adalah bertanggungjawab membina dan membuat landasan bagi keharmonian dan kesejahteraan rakyat pada masa akan datang," titah Sultan Sharafuddin pada Istiadat Penganugerahan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor sempena ulang tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-64 di Istana Alam Shah di sini hari ini.

Sultan Selangor turut menyeru Menteri Besar Selangor dan barisan Exconya agar melaksanakan tugas-tugas mentadbir dan membangunkan negeri dengan penuh dedikasi serta sentiasa mempercayai dan bekerjasama bersama penjawat awam lain yang berkhidmat di negeri itu.

"Masa untuk mencari kesalahan dan kelemahan telah berlalu dan telah tiba pula masanya untuk kerajaan sekarang melaksanakan segala perancangan dan janji-janji yang dibuat ketika berkempen (pada pilihan raya umum lepas) dan mengatasi semua masalah yang dihadapi rakyat demi kemajuan dan kemakmuran negeri ini," titah baginda.

Sultan Sharafuddin juga berharap perbezaan fahaman politik tidak akan menjadi satu alasan kepada rakyat di Selangor untuk saling hormat-menghormati antara satu sama lain dan hidup bersatu padu demi kemajuan dan kesejahteraan bersama.

"Beta ingin menasihatkan rakyat negeri Selangor ini, jika ada perkara yang (mereka) tidak berpuas hati, hendaklah disalurkan pendapat atau rintihan mengikut saluran-saluran yang disediakan, mengikut undang-undang bagi dibincang dan diselesaikan ke tahap yang memuaskan hati," titah baginda.

Titah baginda, rakyat di negeri Selangor juga harus bebas bergerak dan tidak merasa takut atau khuatir terhadap keselamatan diri, harta benda dan keluarga.

Justeru, baginda menitahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar terus menjalankan tugas-tugas mereka dengan penuh azam dan komitmen bagi menghapuskan jenayah di Selangor.

Sultan Sharafuddin turut menasihatkan waris dan kerabat Diraja Selangor supaya sentiasa menjaga nama baik dan tidak melakukan sesuatu yang akan menjejaskan imej serta kedudukan mereka sebagai kaum kerabat diraja.

"Reputasi dan nama baik hendaklah sentiasa dipelihara daripada perkara-perkara negatif kerana nama yang baik adalah satu aset yang berharga kepada individu dan juga institusi Istana Selangor," titah baginda. - Bernama
 
Sponsored Post

tokmat™

CG Top Poster Club
Messages
33,932
Paid Membership
Joined
Dec 23, 2005
Messages
33,932
Reaction score
277
Points
136
dalam masa yg sama, pemerintah yg baru perlu mengatasi juga penyelewengan yang telah dilakukan oleh pemerintah yg sebelumnya......
 

iorichee

Active+ Member
Messages
4,681
Joined
Jan 22, 2008
Messages
4,681
Reaction score
11
Points
25
dalam masa yg sama, pemerintah yg baru perlu mengatasi juga penyelewengan yang telah dilakukan oleh pemerintah yg sebelumnya......

jenuh nak pulihkan sepenuhnyer....

#:-S#:-S#:-S#:-S
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Messages
34,860
Joined
Jul 1, 2008
Messages
34,860
Reaction score
2,450
Points
201
sultan pon kene la hulurkan tangan ringan kan beban
 

roBUST

Banned
Messages
12,406
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
org lain buat hal,org lain yg kene pk masalah..bijak bijak
 

otaida00taj

Legendary Member
Messages
10,653
Joined
Apr 4, 2007
Messages
10,653
Reaction score
100
Points
123
sultan sepatutnya berbincang dengan pemimpin negeri..
 

serban hitam

Active Member
Messages
1,147
Joined
Aug 14, 2009
Messages
1,147
Reaction score
147
Points
33
KLANG: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa bimbang terhadap situasi semasa di negeri ini yang didapatinya meletakkan agenda politik mengatasi agenda pembangunan negeri.

Baginda bertitah perkara kecil di negeri Selangor kadangkala dihebah dan diperbesarkan sehingga melampaui batasan dan menyebabkan rakyat di negeri itu menjadi keliru.

Justeru, baginda mengingatkan semua pimpinan tertinggi negeri Selangor agar jangan banyak bercakap sahaja malah melaksanakan perkara yang berfaedah kepada rakyat di negeri itu.

"Beta percaya rakyat pada masa sekarang ini lebih selesa berbincang dan bercakap mengenai pembangunan dan kesejahteraan daripada bertelagah mengenai soal-soal politik.

"Oleh yang demikian, beta mengingatkan bahawa kerajaan Selangor pada masa kini adalah bertanggungjawab membina dan membuat landasan bagi keharmonian dan kesejahteraan rakyat pada masa akan datang," titah Sultan Sharafuddin pada Istiadat Penganugerahan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor sempena ulang tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-64 di Istana Alam Shah di sini hari ini.

Sultan Selangor turut menyeru Menteri Besar Selangor dan barisan Exconya agar melaksanakan tugas-tugas mentadbir dan membangunkan negeri dengan penuh dedikasi serta sentiasa mempercayai dan bekerjasama bersama penjawat awam lain yang berkhidmat di negeri itu.

"Masa untuk mencari kesalahan dan kelemahan telah berlalu dan telah tiba pula masanya untuk kerajaan sekarang melaksanakan segala perancangan dan janji-janji yang dibuat ketika berkempen (pada pilihan raya umum lepas) dan mengatasi semua masalah yang dihadapi rakyat demi kemajuan dan kemakmuran negeri ini," titah baginda.

Sultan Sharafuddin juga berharap perbezaan fahaman politik tidak akan menjadi satu alasan kepada rakyat di Selangor untuk saling hormat-menghormati antara satu sama lain dan hidup bersatu padu demi kemajuan dan kesejahteraan bersama.

"Beta ingin menasihatkan rakyat negeri Selangor ini, jika ada perkara yang (mereka) tidak berpuas hati, hendaklah disalurkan pendapat atau rintihan mengikut saluran-saluran yang disediakan, mengikut undang-undang bagi dibincang dan diselesaikan ke tahap yang memuaskan hati," titah baginda.

Titah baginda, rakyat di negeri Selangor juga harus bebas bergerak dan tidak merasa takut atau khuatir terhadap keselamatan diri, harta benda dan keluarga.

Justeru, baginda menitahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar terus menjalankan tugas-tugas mereka dengan penuh azam dan komitmen bagi menghapuskan jenayah di Selangor.

Sultan Sharafuddin turut menasihatkan waris dan kerabat Diraja Selangor supaya sentiasa menjaga nama baik dan tidak melakukan sesuatu yang akan menjejaskan imej serta kedudukan mereka sebagai kaum kerabat diraja.

"Reputasi dan nama baik hendaklah sentiasa dipelihara daripada perkara-perkara negatif kerana nama yang baik adalah satu aset yang berharga kepada individu dan juga institusi Istana Selangor," titah baginda. - Bernama

bimbang agama tak
 

faizal

Fun Poster
Messages
737
Joined
Oct 25, 2007
Messages
737
Reaction score
0
Points
10
dalam masa yg sama, pemerintah yg baru perlu mengatasi juga penyelewengan yang telah dilakukan oleh pemerintah yg sebelumnya..

tp jagahla sibuk cari kesalahan org lain "gajah depan mata x nampak"..da diberi peluang memerintah 2 tahun x nampak janji2 manifesto dilaksanakan..apa yg pemerintah skrg berjasa kepada rakyat ialah dedahkan 3 projek kerajaan negeri "osa" ..rakyat mahukan janji2 manifesto dulu bukanya sibuk berhelah..bila x dpt buat/laksanakan sesduatu projek/program sibuk kaitkan dengan pesilapan pemimpin terdahulu, bukanya cuba memperbaiki kesilapan..x profesional langsung
 

oldskoolrocka

Legendary Member
Messages
18,293
Joined
Apr 14, 2008
Messages
18,293
Reaction score
510
Points
161
ciss..

mase BN memerintah xde lak dia bising2..lg byk rasuah,penyelewengan dia xdok kato apo lak
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register