Sultan Kelantan dipindahkan ke HKL

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
KOTA BHARU: Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra yang sedang dirawat di Hospital Mount Elizabeth, Singapura, sejak 15 Mei lalu akan dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam masa terdekat ini.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata keputusan itu diambil hasil laporan terbaru anggota panel perubatan yang dilantik untuk membuat pemantauan keadaan kesihatan baginda sejak dimasukkan ke hospital di republik itu.

Katanya, anggota panel merumuskan bahawa kesihatan baginda adalah stabil untuk dibawa pulang ke Malaysia bagi meneruskan rawatan.

"Hospital Kuala Lumpur disyorkan sebagai hospital paling sesuai untuk meneruskan rawatan ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan kerana mempunyai tenaga pakar, ahli-ahli terapi, peralatan dan tempat yang mencukupi dan sesuai. Hospital ini juga mempunyai Wad Diraja," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Exco kerajaan negeri pada 18 November lalu telah melantik seramai enam pakar perubatan terdiri daripada doktor pakar dari Hospital Universiti Sains Kubang Kerian, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Institut Jantung Negara dan HKL bagi menganggotai panel itu.

Panel perubatan ini bertanggungjawab memantau dan menyediakan laporan perubatan tahap kesihatan Sultan dari semasa ke semasa.

Nik Aziz bagaimanapun enggan mengulas mengenai tarikh Tuanku Ismail Petra akan dipindahkan ke HKL dan mengenai kos rawatan yang ditanggung oleh kerajaan negeri sepanjang baginda menerima rawatan di hospital di Singapura.

Katanya menurut laporan panel yang diterimanya bertarikh 24 Disember lalu, buat masa ini Tuanku Sultan masih tidak dapat menggerakkan tangan dan kaki, daya penglihatan kurang dan percakapan juga terjejas.

"Baginda diberi rawatan yang intensif dari segi ubat-ubatan, fisioterapi, terapi, cara kerja dan terapi pertuturan. Baginda menunjukkan kemajuan hasil daripada rawatan intensif tersebut," katanya.
 
Sponsored Post

emoney

Super Active Member
Joined
Feb 13, 2007
Messages
8,574
Reaction score
86
Points
70
Semoga Tuanku kembali sembuh seperti sediakala...Amin.
 

GaliGold

Fun Poster
Joined
Jan 1, 2010
Messages
332
Reaction score
1
Points
15
selamat kembali dan semoga tuanku cepat sembuh
 

mustopa_a

Legendary Member
Joined
Apr 9, 2008
Messages
12,098
Reaction score
73
Points
120
Didoakan semoga ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan sembuh dan kembali seperti sediakala..Amin..
 

Syedz

CG Top Poster Club
Joined
Dec 23, 2008
Messages
21,971
Reaction score
105
Points
128
HKL sebelah kolej aku,
leh la aku melawat sultan hari2...
 

Shukz Isma

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Sep 6, 2007
Messages
5,511
Reaction score
15
Points
70
elok sangat la tu "tuanku sultan kembali menjalani rawatan di malaysia,kat sini pun bukanya x da pakar..semuanya pakar..malaysia kan boleh.
 

pokding

Active Member
Joined
Sep 26, 2009
Messages
2,416
Reaction score
20
Points
25
elok sangat la tu "tuanku sultan kembali menjalani rawatan di malaysia,kat sini pun bukanya x da pakar..semuanya pakar..malaysia kan boleh.
betul tu...kalo kt singapore buang duit jerk...duit sapa tu?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register