Sultan Ibrahim kurnia X70 dan Myvi kepada pegawai dan anggota kesihatan

CG Sponsors




kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Apr 18, 2010
Messages
36,270
Reaction score
2,385
Points
206
WhatsApp-Image-2020-11-25-at-1.37.34-PM.jpeg



JOHOR BAHRU : Lima pegawai dan kakitangan kesihatan adalah rakyat paling yang bertuah apabila mereka masing-masing menerima kurniaan kereta daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memaklumkan Baginda berkenan mengurniakan kereta kepada Pengarah Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan empat kakitangan Wad Diraja HSA hari ini.

Mereka melibatkan Pengarah HSA, Dr. Mohtar [email protected]; Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan & Trauma, Dr. Ismail Jumali dan Pegawai Perubatan Unit Kardiotorasik Anestesia, Dr. Mohd. Firdaus Shamsuddin masing-masing menerima sebuah Proton X70.

Sementara itu, Ketua Penyelia Jururawat, Sarinah Sukor dan Penyelia Jururawat, Fauziah Sulaiman pula masing-masing menerima sebuah Perodua Myvi.

Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memaklumkan, pengurniaan itu adalah sebagai penghargaan atas dedikasi, komitmen serta profesionalisme yang tinggi dalam perkhidmatan mereka.

Majlis penyerahan disempurnakan oleh wakil Baginda, Dato’ Perdana Dalam, Datuk Mohamed Perang Musa.

Dalam pada itu, Dr. Mohtar berkata, beliau merasai amat bersyukur di atas kurniaan Sultan Johor sebagai penghargaan terhadap sumbangan mereka.

“Patik memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada ke bawah duli tuanku atas kurniaan Baginda ini kepada patik dan kakitangan sekalian.

“Patik mendoakan Tuanku serta Kerabat Diraja sentiasa sihat sejahtera.

“Insya Allah, kami akan terus berikan perkhidmatan terbaik kepada Tuanku sekeluarga serta rakyat jelata,” katanya kepada Royal Press Office (RPO) selepas menerima kenderaannya. -UTUSAN ONLINE

 
Last edited:
Sponsored Post

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
7,679
Reaction score
545
Points
121
Ada jugak yang iri hati ni nanti.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,693
Reaction score
3,774
Points
236
terbaik, macam ni la bagi encouragement kepada seseorang .. jangan semua sapu masuk poket belanja anak bini :p

nape pompuan xdapat X70 .. besar sangat nak bawak? :D
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,542
Reaction score
1,384
Points
201
terbaik, macam ni la bagi encouragement kepada seseorang .. jangan semua sapu masuk poket belanja anak bini :p

nape pompuan xdapat X70 .. besar sangat nak bawak? :D
Doctor dpt x70.. nurse gan ketua nuser dpt myvi
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,391
Reaction score
1,876
Points
201
Ini baru betul2 berbaloiii
Untung dpt keje dgn raja mcm ni
 

zackpenang

Fun Poster
Joined
Jan 9, 2010
Messages
252
Reaction score
123
Points
23
Ini baru betul2 berbaloiii
Untung dpt keje dgn raja mcm ni
Tapi brader yang motor terbakar haritu kat Johor, Ustaz Ebit Lew yang bagi, kan bagus jika sultan Johor yang bagi, bagi la Harley Davison sebiji , tak luak pun sultan punya koleksi motor tu..ni baru la orang yang susah dan benar-benar memerlukan...
 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
22,394
Reaction score
2,139
Points
201
Tapi brader yang motor terbakar haritu kat Johor, Ustaz Ebit Lew yang bagi, kan bagus jika sultan Johor yang bagi, bagi la Harley Davison sebiji , tak luak pun sultan punya koleksi motor tu..ni baru la orang yang susah dan benar-benar memerlukan...
kalau ini lebih baik jangan
0sPzQu.md.jpg
 
Sponsored Post
Top
Log in Register