BTC USD 54,137.9 Gold USD 2,497.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sukarelawan penguat kuasa syariah didakwa cabul wanita

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
7,130
Joined
Jun 21, 2021
Messages
7,130
Reaction score
970
Points
121

Sukarelawan penguat kuasa syariah didakwa cabul wanita​

  • Oleh NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
  • 21 April 2024, 4:27 pm

GambarHIASAN24_temp_sexabuse-moles-depress.png
Gambar hiasan.

KEMAMAN – Seorang sukarelawan pegawai penguat kuasa syariah ditahan kerana disyaki mencabul kehormatan seorang pembantu akaun wanita di Pantai Teluk Mak Nik di sini pada Khamis lalu.

Lelaki berusia 53 tahun itu didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh tersebut terhadap mangsa yang berusia 24 tahun pada pukul 7 malam.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, suspek dikatakan melakukan pemeriksaan terhadap mangsa dan tunangnya yang ketika itu berduaan di dalam sebuah kereta di pantai peranginan tersebut.

“Suspek dikatakan telah mengarahkan mangsa dan pasangannya keluar dari kenderaan sebelum merampas kunci kereta tersebut.

“Dia seterusnya dikatakan memeriksa kad pengenalan mangsa dan pasangannya sebelum mengugut mahu membawa mereka ke pejabat agama Islam terdekat,” katanya di sini hari ini.

Hanyan berkata, suspek kemudiannya dikatakan mengarahkan tunang mangsa pulang sebelum menghantar sendiri wanita itu pulang ke rumah di sebuah taman perumahan di daerah ini.

Beliau berkata, sewaktu dalam perjalanan dan sebaik tiba di depan rumah, mangsa mendakwa telah dicabul beberapa kali oleh sukarelawan pegawai penguat kuasa syariah berkenaan.

“Mangsa kemudiannya membuat laporan polis yang membawa kepada penahanan suspek sehingga esok bagi membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
 
Sponsored Post

Teringat member aku....dia budak Indon tp belajar kat sini serumah ngan aku. Dia berkawan dengan budak Johor. Sekali masa naik motor waktu malam diorang kena tahan dgn skuad Badar ni. Diugut nak hantar ke pejabat agama, polis. Awek member aku ni dah menangis2. Terpaksa kawan aku keluar senjata hikmat..ehh wallet dia..terbang RM50.
Last final year dioarng berpisah jgk....tak dapat restu mak bapak budak Johor ni.
 
rugi 50 ringgit 😂
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register