Sukan SEA 30th Manila 2019

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,070
Reaction score
8,937
Points
2,226


TIMBALAN Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim pada satu temu bual khas dalam rancangan Warna Sukan SEA di Bernama. - Foto BERNAMA

Kegagalan di Filipina `wake up call' untuk semua


KUALA LUMPUR: Kegagalan kontinjen negara memenuhi sasaran 70 pingat emas pada Sukan SEA ke-30 di Filipina adalah hakikat ‘pahit’ yang harus ditelan.

Namun, kegagalan itu yang disifatkan sebagai wake up call harus diberi perhatian serius oleh semua pihak terbabit.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim berkata trend kemerosotan pencapaian atlet sebenarnya sudah dapat dilihat selepas edisi 2007 di Korat, Thailand namun pencapaian dilihat pulih apabila Malaysia menjadi tuan rumah pada 2017 menyaksikan kontinjen negara muncul juara.

“Saya tidak mahu buat analisis awal sebelum kami buat post mortem secara terperinci. Saya rasa lebih baik kita duduk dan bincang dengan lebih terperinci apa faktor-faktor yang menjurus kepada kita tidak mencapai sasaran kita.

“Tapi hakikatnya ialah sejak Sukan SEA 2007 di Nakhon Ratchasima, prestasi kita memang dalam trend yang menurun. Di Sukan SEA 2007 kita ada 68 emas dengan 216 pingat secara keseluruhannya dan sejak dari itu memang dalam trend menurun.

“Memanglah (nampak meningkat) dalam edisi 2017 di Kuala Lumpur apabila kita jadi tuan rumah. Jadi, kita lihat ini merupakan satu perkara yang amat serius seperti satu wake up call kepada semua pihak,” katanya pada satu temu bual khas dalam rancangan Warna Sukan SEA di Bernama.

Pada edisi 2007, Malaysia meraih 68 pingat emas; edisi 2009 di Laos (40 emas), 2011 di Jakarta-Palembang (59 emas), 2013 di Myanmar (43 emas), 2015 di Singapura (62 emas) dan 2017 di Kuala Lumpur (145 emas).

Dalam pada itu Steven berkata, misi ke temasya dwitahunan yang melabuhkan tirai semalam itu adalah misi bersama yang membabitkan banyak pihak dan tidak wajar untuk menuding jari kepada satu-satu pihak sahaja.

“Misi ke Sukan SEA merupakan misi bersama semua pihak sama ada MSN, KBS , persatuan sukan, atlet, pegawai dan jurulatih, jadi kalah dan menang kita galas tanggungjwab itu bersama-sama. Tidak guna kita tuding jari pada sesiapa pun.

“Kita perlu lihat ke depan, bagaimana kita dapat merapatkan jurang yang kita sudah nampak menurun sejak 2007 lagi dari segi prestasi kita di Sukan SEA dan bagaimana kita hendak bangkit dalam sektor ini,” katanya.

Ditanya kemungkinan faktor tuan rumah turut menjadi punca kegagalan kontinjen negara, Steven berkata tidak wajar juga untuk meletakkan sepenuhnya kegagalan kontinjen negara berpunca daripada hos walaupun jelas ada kelemahan khususnya berkaitan sistem pengadilan.

“Di pihak tuan rumah, sudah tentu ada kelemahan. Kalau kita sekadar untuk menyalahkan tuan rumah untuk kegagalan kita mencapai sasaran, saya rasa kita tidak akan dapat memperbaiki diri kita.

“Saya rasa lebih baik ketika ini, kita fokus kepada kekurangan dalam diri kita sendiri dan bagaimana kita boleh memperbaiki kekurangan itu,” katanya.

Kontinjen negara menamatkan saingan di kedudukan kelima dengan 56 pingat emas, 58 perak dan 71 gangsa, di belakang Indonesia yang meraih 73 emas, 84 perak dan 110 gangsa.

Tuan rumah Filipina muncul juara keseluruhan dengan 149 emas, 118 perak dan 119 gangsa, diikuti Vietnam di tempat kedua dengan 98 emas manakala Thailand di tempat ketiga dengan 92 emas.

-- BERNAMA


 
Sponsored Post

mdnor34

CG Top Poster Club
Joined
Nov 12, 2008
Messages
47,382
Reaction score
137
Points
133
Bulan 12 ni ramai atlit dah lepas “peak season” sbb tu x boleh perform ... Bdn & mental nak rehat tu.
Atlit mcm kisona, haikal hanafi baru nak peak sbb tu perform bagus...
Paling ketara bolasepak Dah OFF peak season.... xleh main dah ..
Ni semua kegagalan program atlit utk sediakan atlit pada peak performance utk sukan sea ni...

Semua yg terbabit kena faham sains sukan... atlit x Boleh peak Selalu... tapi perlukan program khusus utk set bila dia nak peak ...

contoh usain Bolt x Boleh sentiasa lari bawah 10s setiap bulan ...
Mungkin 5 kali je Dlm setahun..
Program dah susun bila diorg nak usain bolt on peak
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,070
Reaction score
8,937
Points
2,226
Bulan 12 ni ramai atlit dah lepas “peak season” sbb tu x boleh perform ... Bdn & mental nak rehat tu.
Atlit mcm kisona, haikal hanafi baru nak peak sbb tu perform bagus...
Paling ketara bolasepak Dah OFF peak season.... xleh main dah ..
Ni semua kegagalan program atlit utk sediakan atlit pada peak performance utk sukan sea ni...

Semua yg terbabit kena faham sains sukan... atlit x Boleh peak Selalu... tapi perlukan program khusus utk set bila dia nak peak ...

contoh usain Bolt x Boleh sentiasa lari bawah 10s setiap bulan ...
Mungkin 5 kali je Dlm setahun..
Program dah susun bila diorg nak usain bolt on peak
setiap badan sukan perlu ambik berat bab ni
kecergasan pemain perkara perlu di utamakan
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
32,466
Reaction score
1,449
Points
206
black eyed peas pun tak mampu menyembunyikan hakikat sea games 2019 dianjurkan oleh hos yang teruk dan terburuk.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,070
Reaction score
8,937
Points
2,226


YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. - Foto BERNAMA

Agong ucap tahniah kepada pemenang pingat Sukan SEA Ke-30


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang pingat pada Sukan SEA ke-30 di Filipina.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, Seri Paduka amat gembira dengan pencapaian atlet dan bangga melihat Jalur Gemilang dikibarkan sebagai pengiktirafan terhadap kejayaan mereka.

Beliau berkata Yang di-Pertuan Agong juga berharap kejayaan itu akan menjadi pemangkin untuk lainnya berusaha lebih keras dan kekal komited untuk mencapai kecemerlangan.

“Seri Paduka mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan bangga dengan pencapaian mereka. Bagaimanapun, Seri Paduka juga faham bahawa masih banyak kerja yang perlu dilakukan untuk meningkatkan prestasi sukan Malaysia.

“Atlet, jurulatih, pengurus dan persatuan perlu kekal cekal dan berusaha gigih untuk cemerlang dalam sukan masing-masing.

“Seri Paduka menggalakkan rakyat Malaysia untuk terus berusaha mencapai impian mereka dan kekal bersemangat untuk mencatatkan kejayaan, demi diri sendiri dan juga untuk negara,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan Istana Negara.

Untuk rekod, Malaysia menamatkan kempen Sukan SEA dengan meraih 56 pingat emas, 58 perak, dan 71 gangsa. - BERNAMA


 

JiJi_86

Fun Poster
Joined
Sep 28, 2008
Messages
384
Reaction score
28
Points
25
Apabila semua dipolitikan inilah jadinya,asyik wake call,dh x de idea nk cakapap
 

afshaman

Active+ Member
Joined
Nov 8, 2013
Messages
2,742
Reaction score
147
Points
33
Bulan 12 ni ramai atlit dah lepas “peak season” sbb tu x boleh perform ... Bdn & mental nak rehat tu.
Atlit mcm kisona, haikal hanafi baru nak peak sbb tu perform bagus...
Paling ketara bolasepak Dah OFF peak season.... xleh main dah ..
Ni semua kegagalan program atlit utk sediakan atlit pada peak performance utk sukan sea ni...

Semua yg terbabit kena faham sains sukan... atlit x Boleh peak Selalu... tapi perlukan program khusus utk set bila dia nak peak ...

contoh usain Bolt x Boleh sentiasa lari bawah 10s setiap bulan ...
Mungkin 5 kali je Dlm setahun..
Program dah susun bila diorg nak usain bolt on peak
kawan setuju ngan bro...atlet ada turun naik performance...tapi persatuan sukan kena monitor la kan...ni bagi alasan ngarut2...bg la alasan yg profesional...
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,070
Reaction score
8,937
Points
2,226


STEVEN Sim

Jangan lupa rai atlet yang berjaya - Steven


KUALA LUMPUR: Di sebalik kegagalan kontinjen negara mencapai sasaran 70 pingat emas, masih ada pencapaian atlet yang boleh dibanggakan pada temasya Sukan SEA Ke-30 di Filipina.

Malah kejayaan mereka menyumbang koleksi pingat tanpa mengira warna, serta prestasi ‘mengejut’ yang ditampilkan wajar mendapat pengiktirafan dan dirai.

Prestasi yang dipamerkan raja pecut Asia Tenggara yang baharu, Muhammad Haiqal Hanafi; jaguh lompat tinggi wanita Yap Sean Yee; pemain perseorangan wanita S Kisona dan Dr Yew Weng Keng (e-sukan) antara yang mencipta sejarah tersendiri di pentas Sukan SEA.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim berkata kejayaan yang diperoleh oleh atlet luar jangka adalah hasil daripada usaha gigih, komitmen dan dedikasi mereka terhadap sukan yang diwakili.

“Semua mereka ini telah menonjolkan prestasi yang tidak disangkakan. Jadi, saya rasa dalam kita muhasabah diri, analisis kekurangan diri, kita jangan lupa untuk meraikan pencapaian atlet kita yang telah bersungguh-sungguh mencipta kejayaan buat kontinjen negara.

“Kita perlu juga lihat kejayaan atlet yang memenangi bukan sahaja pingat emas tapi juga pingat lain. Ini adalah kejayaan hasil daripada usaha dan dedikasi mereka sekian lama,” katanya.

Dalam pada itu, Steven tidak menafikan pentas temasya dwitahunan ini adalah sebahagian daripada medan untuk menguji prestasi atlet muda yang pertama kali membuat penampilan di gelanggang kompetitif itu.

Menurut beliau, hampir 50 peratus atlet yang bertanding pada edisi ke-30 ini adalah mereka yang membuat penampilan pertama dan sebahagian daripadanya adalah atlet berusia bawah 21 tahun.

“Kontinjen kita lebih 50 peratus adalah kali pertama. Ini merupakan kali pertama pendedahan dan peluang kepada atlet muda, bukan sahaja peluang kita mencungkil bakat baharu tapi juga peluang kepada mereka untuk mengukur diri dengan pesaing di rantau ini, selain menjadi satu temasya pendedahan untuk program pembangunan kita,” katanya.

-- BERNAMA


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,070
Reaction score
8,937
Points
2,226


BEKAS Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong. - Foto Osman Adnan

BAM kesal, sedih kenyataan bekas KP MSN


KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) melahirkan rasa kesal dan sedih terhadap kenyataan menyentuh prestasi skuad badminton kebangsaan di Sukan SEA ke-30 Filipina yang dibuat oleh bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong bertajuk ‘Surat Terbuka kepada Menteri Belia dan Sukan’.

"Sebagai mantan Ketua Pengarah MSN, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang bersifat umum dan menyeluruh kerana ia sama sekali kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan tidak adil kepada pemenang pingat emas badminton Sukan SEA Filipina yang rata-ratanya berusia 21 tahun.

"Kenyataan yang dikeluarkan seperti ini sama sekali tidak akan membantu situasi. Malah ia menjatuhkan semangat pemain," kata kenyataan yang dikeluarkan BAM di sini hari ini.

BH hari ini memaparkan luahan Zolkples yang mengatakan sukan badminton tidak boleh berbangga dengan tiga pingat emas dimenangi berikutan pemain negara hanya bernasib baik kerana negara Indonesia dan Thailand misalnya tidak menurunkan pemain utama mereka.

"Saya tidak fikir pemain-pemain kita mampu memenangi walaupun satu emas sekiranya semua pemain terbaik rantau Asia Tenggara ini seperti Anthony Ginting, Jonathan Kristie, Inthanon Ratchanok, Gideon/Sukamulyo dan Ahsan/Setiawan menyertai semua acara individu berkenaan," kata Zolkples.

Menurut kenyataan BAM itu lagi, Zolkples sepatutnya melihat daripada perspektif yang lebih positif, berikutan pemain terbabit berjaya mengharumkan nama negara pada usia muda.

"Mereka ini memerlukan sokongan serta galakan daripada semua pihak untuk melangkah lebih jauh lagi," katanya.

Kenyataan BAM itu turut berkata sebagai bekas Setiausaha Kehormat BAM, Zolkples juga sepatutnya menyedari ketiadaan pemain ‘ternama’ yang bertanding di temasya sukan dwitahunan itu juga adalah keputusan persatuan badminton negara masing-masing dan di luar bidang kuasa BAM.

Oleh kerana itu, katanya, pingat emas yang telah dimenangi oleh wira-wira muda ini tidak harus diperlekehkan.

"BAM berharap agar Datuk Seri Zolkples yang juga berpengalaman luas dalam pembangunan sukan negara dapat bersikap positif dan memberikan sokongan dalam usaha untuk membentuk skuad kebangsaan yang mantap dibarisi pemain-pemain muda dan tidak menggunakan mereka sebagai bahan untuk meluahkan perasaan sakit hati beliau terhadap pihak tertentu," katanya.


 
Sponsored Post
Top
Log in Register