Sukan SEA 30th Manila 2019

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,070
Reaction score
8,937
Points
2,226


The Black Eyed Peas menjadi kemuncak kepada upacara penutup Sukan SEA 2019. -Foto AFP


PERTUNJUKAN bunga api mewarnai suasana Majlis Upacara Penutupan Sukan SEA ke-30 Filipina 2019 di Stadium Olahraga New Clark City, Clark. -Foto NSTP/Aizuddin Saad
Black Eyed Peas meriahkan majlis penutup Sukan SEA


CLARK: Persembahan kumpulan hip hop terkenal dari Amerika Syarikat, The Black Eyed Peas menjadi kemuncak kepada upacara penutup Sukan SEA 2019 yang melabuhkan tirainya di sini, malam ini.

Berlangsung di Stadium Olahraga New Clark City, majlis penuh gilang gemilang itu dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan Filipina yang dinyanyikan oleh penyanyi popular tempatan, Arnel Pineda.

Majlis penuh keunikan itu kemudiannya diteruskan dengan persembahan menggunakan drone selama 45 minit sebelum perarakan masuk ke stadium 11 kontinjen yang bertanding pada temasya kali ini.

Bagi menghargai usaha dan sumbangan di temasya sukan dwi tahunan itu, semua sukarelawan diraikan pada majlis penutup bersama-sama kontinjen.

Kumpulan rock klasik, Ko Jones dan Journey kemudian menghiburkan penonton dengan persembahan mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sukan Sea Filipina (PHISGOC), Alan Peter Cayetano menyampaikan empat anugerah utama iaitu atlet terbaik lelaki dan wanita, anugerah fair play dan juara keseluruhan iaitu Filipina.

Setiausaha Eksekutif PHISGOC, Salvador Medialdea kemudian mengumumkan temasya Sukan SEA Filipina ditutup secara rasmi dengan obor kejohanan dipadamkan.

Bendera kejohanan diturunkan sebelum lagu kebangsaan Vietnam dimainkan menandakan sebagai negara seterusnya yang akan menjadi tuan rumah untuk dua tahun akan datang.

Saat yang dinanti-nantikan penonton akhirnya tiba apabila Black Eyed Peas mengambil alih pentas dengan menyanyikan beberapa lagu popular mereka sebelum penamatnya percikan bunga api menjadi kemuncak kepada majlis penutup.

Untuk edisi kali ini, Filipina muncul juara keseluruhan dengan 149 pingat emas, 117 perak dan 119 gangsa. Kali terakhir Filipina muncul juara ketika menjadi tuan rumah pada 2005.

Kontinjen negara pula gagal melepasi sasaran 70 emas yang ditetapkan apabila meraih 56 emas, 57 perak dan 71 gangsa.


 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,070
Reaction score
8,937
Points
2,226


AMINUDDIN Harun
Atlet NS cemerlang di Filipina dapat insentif - MB


SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan akan memberi insentif kepada atlet negeri ini yang berjaya memenangi pingat pada Sukan SEA ke-30 di Filipina.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata jumlah insentif mengikut pingat emas, perak dan gangsa itu adalah bergantung kepada apa yang telah ditetapkan oleh Majlis Sukan Negeri.

"Insentif ini diberikan kepada mereka seperti yang telah kita janjikan sebelum ini. Perkara ini akan kita umumkan sebaik mereka pulang ke tanah air. Kita juga akan meraikan kemenangan mereka ini.

"Selain individu, insentif ini juga layak diberi kepada atlet Negeri Sembilan yang mewakili (menyertai) pasukan. Kita juga ingin tahu berapa jumlah sebenar atlet Negeri Sembilan yang telah memenangi pingat dan pingat apa yang mereka menangi," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO di sini, hari ini.

Antara atlet Negeri Sembilan yang telah memenangi pingat termasuk pelari pecut kebangsaan, Muhammad Haiqal Hanafi yang dinobat sebagai raja pecut baharu Asia Tenggara selepas mengungguli acara 100 meter dan S Kisona yang meraih pingat emas dalam acara perseorangan wanita.

Kisona bergelut sebelum menumpaskan pemain muda Indonesia, Ruselli Hartawan menerusi kemenangan 20-22, 21-14 dan 21-13 pada aksi final di Kompleks Sukan Muntinlupa, Manila.

Sukan SEA 2019 selama 11 hari itu melabuhkan tirai hari ini dengan upacara penutupan rasmi di Stadium Olahraga New Clark City.

-- BERNAMA


 

Zero_M

Active Member
Joined
Jun 2, 2011
Messages
2,151
Reaction score
2
Points
25
next time htr yg berkualiti.. bkn kuantiti..
 

aim02Aug

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2011
Messages
5,380
Reaction score
387
Points
81
next time htr yg berkualiti.. bkn kuantiti..
sea games elok juga htr htr sbg pendedahan antarabangsa - jika tidak atlet akan jd skdr jaguh kampung
coz x boleh bersaing peringkat antarabangsa

CUMA

kena BENARKAN pergi dgn kategori B dahulu
utk sukan yg berkali-kali diberi peluang beraksi di sea games tapi tak cemerlang

jika dpt medal - boleh claim blk FULL
 
Last edited:

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,070
Reaction score
8,937
Points
2,226


Kontinjen negara berarak pada upacara penutupan rasmi Sukan SEA 2019 di Stadium Olahraga New Clark City, malam tadi. NSTP/Aizuddin Saad
Surat terbuka untuk Syed Saddiq


Saya jarang membuat kenyataan akhbar berkaitan dengan prestasi sukan negara selepas persaraan.

Namun begitu, kali ini ia tidak dapat saya bendung kerana saya amat kecewa dengan prestasi kontinjen di temasya Sukan SEA ke-30 yang baru sahaja berakhir.

Saya rasa tentu turut dirasai oleh rakyat Malaysia dan peminat sukan di negara ini yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada wira-wira kita.

Baru-baru ini apabila YB umumkan sasaran kontinjen untuk capai 70 pingat emas, 56 perak dan 121 gangsa yang kononnya untuk mencatat kejayaan terbaik di luar KL, saya pertikaikan sasaran itu yang saya anggap terlalu rendah.

Saya menjangkakan kontinjen boleh mencapai lebih daripada 80 emas berbanding dengan Korat 2007 (pencapaian 68 emas) kerana acara pada temasya kali ini lebih banyak di samping bilangan atlet juga lebih ramai.

Pada masa itu, tidak terfikir oleh saya yang kontinjen tidak mampu mencapai sasaran apatah lagi tidak boleh mencapai angka 60 sekali pun.

Jumlah sasaran keseluruhan pingat juga jauh tersasar. Pada saya, daripada mencatatkan kejayaan terbaik di luar KL, bertukar kepada igauan negeri menjadi pencapaian paling buruk dalam sejarah.

Kontinjen negara juga gagal mencapai sasaran kedudukan keempat terbaik apabila hanya berjaya menduduki tempat kelima.

Perbezaan pingat emas dengan negara yang menduduki tempat keempat (Thailand) juga terlalu jauh.

Kegagalan ini suatu petanda buruk terhadap masa depan sukan negara terutama dalam masa kurang setahun lagi kita akan menghadapi temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Beberapa atlet yang melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo juga gagal menyerlah dan gagal memenangi pingat emas.

Kita sudah menetapkan untuk memenangi pingat emas pertama untuk negara di temasya berkenaan atau sekurang-kurangnya memperbaiki pencapaian empat perak di Rio 2016.

Tidak pernah juga terfikir oleh saya yang kali ini kita gagal memenangi sebarang pingat emas di dalam acara pelayaran, memanah recurve, ski air, menembak, sepak takraw, ragbi dan berbasikal.

Beberapa sukan yang sentiasa menjadi lubuk emas kita seperti silat, tenpin boling, memanah compound dan renang juga kurang menyerlah.

Tambah menyedihkan apabila kita gagal melayakkan diri ke separuh akhir ibu segala pingat iaitu bola sepak.

Sukan badminton pula tidak boleh berbangga dengan tiga pingat emas dimenangi. Ini kerana pemain-pemain kita bernasib baik kerana pemain-pemain terbaik dari Indonesia dan Thailand tidak menyertai acara individu kerana bertembung dengan kejohanan penting itu BMF World Tour Final yang akan diadakan di Guangzhou, China pada 11-15 Disember 2019.

Saya tidak fikir pemain-pemain kita mampu memenangi walaupun satu emas sekiranya semua pemain terbaik rantau Asia Tenggara ini seperti Anthony Ginting, Jonathan Kristie, Inthanon Ratchanok, Gideon/Sukamulyo dan Ahsan/Setiawan menyertai semua acara individu berkenaan.

Kontinjen negara masih bernasib baik dan patut berterima kasih kepada beberapa sukan yang turut menyumbang emas walaupun tidak disasarkan pingat seperti catur, billiards sport, break dance dan skate boarding.

Kalau tidak, pencapaian akan menjadi lebih buruk lagi.

YB patut lebih mendengar rintihan dan keluhan persatuan-persatuan sukan kebangsaan dari lebih mendengar dan percaya kepada satu pihak sahaja.

Sepertimana dilakukan oleh Timbalan Menteri yang lebih kerap turun padang. Tapi sebagai Timbalan, apa yang boleh beliau lakukan?

Persatuan sukan ini sentiasa merintih kerana tidak mendapat peruntukan dan perhatian sewajarnya dari MSN.

YB lihatlah sekarang ini sudah mula keluar kenyataan dari pegawai-pegawai persatuan dan atlet yang mempersoalkan tindakan serta keputusan MSN yang tidak membantu mereka.

Mereka tidak lagi dapat menyembunyikan kekecewaan mereka. Ini termasuklah kenyataan Irfan Shamsuddin, pemenang emas acara lempar cakera memaklumkan yang beliau terpaksa mengeluarkan ratusan ribu ringgit perbelanjaan sendiri untuk berlatih di luar negara termasuk membayar gaji jurulatih beliau.

Moh Keen Ho dari sukan snuker juga membuat kenyataan yang sama sehinggakan terpaksa membawa diri keluar negara.

Saya masih ingat apabila kita gagal mencapai sasaran di Sukan Asia Incheon dan Sukan Komanwel Glasgow 2014, bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara pada masa itu dengan lantang mencadangkan kepada Menteri KBS supaya dilakukan satu audit pengurusan untuk mencari punca kegagalan.

Saya amat berharap kali ini beliau tampil dengan kenyataan serupa. Apatah lagi beliau sekarang adalah Ahli Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negara yang seharusnya dapat menasihati YB Menteri Belia dan Sukan.

Beliau juga adalah seorang daripada Ahli Jawatankuasa Pemilihan Majlis Olimpik Malaysia.

Bagi saya sebelum terlewat, satu bedah siasat perlu dilakukan segera sebelum keadaan menjadi bertambah parah.

Analisa terperinci perlu dibuat untuk mencari punca kegagalan. Sesetengah sukan mendapat peruntukan yang sangat tinggi tetapi gagal membuahkan kejayaan yang memuaskan.

Ketua Pengarah MSN perlu bertanggungjawab sepenuhnya di atas kegagalan ini sebagaimana saya bertanggungjawab di atas kegagalan pada 2014 dulu yang menyebabkan saya terpaksa melepaskan jawatan sebagai KP MSN.

Saya juga masih ingat apabila kontinjen negara gagal di Sukan Asia dan Komanwel 2018, Pengarah Program Podium ISN, Tim Newenham terpaksa meletakkan jawatan beliau.

Ia dilakukan atas rasa tanggungjawab di atas kegagalan.

Saya amat berharap agar YB dapat melakukan sesuatu tindakan yang drastik bagi menangani situasi ini.

Kita tidak boleh berpuas hati dengan apa yang ada atau 'business as usual' kerana business kali ini amat merugikan.

Masa untuk berbulan madu sudah lama berlalu.

Tumpuan sepenuhnya perlu diberi untuk mencapai kejayaan dan sasaran di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Saya khuatir kontinjen negara akan pulang dengan tangan kosong seperti yang berlaku di Sydney 2000 dan Athens 2004 yang bagi saya bukanlah sesuatu yang mustahil untuk berulang.

Prestasi atlet-atlet negara terutama pemain-pemain badminton dan akuatik terjun yang sentiasa menjadi sandaran pingat negara di temasya berkenaan sebelum ini, buat masa ini berada di dalam keadaan tenat dan amatlah tidak meyakinkan.

Kenyataan ini saya buat dengan ikhlas tanpa mempunyai apa-apa kepentingan peribadi kerana saya masih sayangkan sukan negara yang kita semua sayangi.

Keyakinan rakyat dan peminat sukan negara perlu dikembalikan di dalam memastikan yang sukan prestasi tinggi masih relevan di negara kita ini.

Terima kasih.

Daripada Datuk Seri Zolkples Embong, Bekas Ketua Pengarah MSN


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,070
Reaction score
8,937
Points
2,226

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Ahmad Shapawi Ismail (kanan) bersama Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia, Datuk Nazifuddin Najib, Ketua Kontinjen Malaysia, Datuk Megat Zulkarnain Omardin dan Timbalan Ketua Kontinjen Malaysia, Nurul Huda Abdullah mengadakan sidang media laporan prestasi kontinjen Malaysia pada Sukan SEA ke-30 2019 Filipina di Pusat Konvensyen ASEAN, Clark City, semalam. - Foto Aizuddin Saad

Kanu, lumba bot tradisional paling mengecewakan


CLARK: Sebanyak 13 jenis sukan dikenal pasti belum mampu bersaing di pentas Sukan SEA sejurus temasya itu melabuhkan tirainya di Filipina, semalam.

Perkara itu dirumuskan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail dalam majlis rangkuman prestasi ekoran kegagalan besar kontinjen Malaysia dalam temasya dwitahunan ke-30 itu.

Antara sukan berkenaan adalah kanu dan lumba bot tradisional (TBR), angkat berat, mendayung, polo air, hoki ais, hoki dalam air, bola tampar pantai, penthathlon, surfing, tenis, triathlon, wakeboard dan tenis.

"Angkat berat kita masih jauh daripada prestasi baik di Sukan Komanwel dengan kita masih belum mampu bersaing dengan negara seperti Indonesia.

"Bola tampar pantai juga kita masih belum mampu menandingi Thailand dan wakil tuan rumah Filipina, floorball walaupun meraih dua gangsa tetapi kita masih jauh ketinggalan.

"Hoki ais juga gagal mencapai sasaran satu gangsa, kanu termasuk kayak dan TBR turut gagal," katanya.

Paling mengecewakan kegagalan kanu dan TBR kerana mereka muncul antara kontinjen sukan terbesar kali ini membabitkan keseluruhan 37 atlet dan pegawai.

Shapawi berkata, pihaknya memandang serius kegagalan kontinjen Malaysia dan akan menjalankan bedah siasat bersama semua pemegang taruh utama.

"Kami juga akan mengemukakan laporan penuh kepada Kementerian Belia dan Sukan dan pihak Lembaga Pengurus MSN sebelum memuktamadkan sebarang tindakan.

"Pada masa sama semua sukan di bawah Program Podium akan dinilai semula melalui Jawatankuasa Kerja sukan masing-masing," katanya.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,070
Reaction score
8,937
Points
2,226


SUASANA bilik sidang media yang daif



KERJA pemasangan dan baikpulih masih berjalan walaupun temasya sudah berlangsung

Tuan rumah 'syok sendiri'


CLARK: Sukan Sea ke-30 yang berakhir secara rasmi semalam boleh dilabel sebagai temasya ‘cap ayam’ kerana jauh daripada kualiti sebenar untuk diangkat sebagai temasya dwitahunan terbaik dalam era moden.

Apa tidaknya, banyak isu berbangkit yang jelas mencacatkan temasya kali ini, tetapi yang amat pelik Filipina tetap dinobat sebagai temasya sukan terbaik oleh Anugerah Industri Sukan Asia (SPIA).

Ia bermula dengan isu beberapa venue sukan yang tidak siap pada saat akhir dengan kebanyakannya berlaku di Manila.

Kemudian tuan rumah dilihat bagaikan ‘syok sendiri’ apabila mempertandingkan acara yang tidak masuk akal.

Antaranya seperti sukan tarian yang jelas tidak masuk akal apabila peserta memakai sut bagi lelaki dan gaun untuk wanita sambil berpegang tangan menari ala majlis makan malam.

Bukan satu, tetapi banyak acara dipertandingkan dalam sukan tarian dengan tuan rumah seperti diramal mengungguli hampir semua emas yang dipertandingkan.

Ada beberapa lagi acara sukan seperti kurash, jiujitsu dan kick boxing yang rata-ratanya dikuasai atlet tuan rumah dipertandingkan pada kali ini.

Satu lagi yang menarik ialah Sukan Sea seperti disertai 12 negara berbanding kebiasaannya 11 negara.

Ini kerana Filipina ‘mengimport’ begitu banyak atlet luar semata-mata untuk memastikan mereka mendominasi acara tertentu.

Antaranya yang amat jelas adalah dalam sukan olahraga dan ragbi.

Skuad ragbi negara mungkin boleh mempertahankan emas jika tidak kerana pasukan Filipina yang semuanya menggunakan ‘pemain import’.


 

afshaman

Active+ Member
Joined
Nov 8, 2013
Messages
2,742
Reaction score
147
Points
33
kita ni mcm buta talent...talent yg betul2 bagus tak dapat bajet utk training etc...yg suam2 kuku dapat pulak dana berlebih2...persatuan dah betul dah target...atlet la plak tak dpt deliver...mcm perahu layar...target 4 emas...tapi kalah sebab takde angin...pelik
 

emir

Active+ Member
Joined
Dec 30, 2008
Messages
4,636
Reaction score
41
Points
30
kita ni mcm buta talent...talent yg betul2 bagus tak dapat bajet utk training etc...yg suam2 kuku dapat pulak dana berlebih2...persatuan dah betul dah target...atlet la plak tak dpt deliver...mcm perahu layar...target 4 emas...tapi kalah sebab takde angin...pelik
kannn... abestu team lain yg menang tu diorg bwk angin sendiri ke? kahkahkah
 

afshaman

Active+ Member
Joined
Nov 8, 2013
Messages
2,742
Reaction score
147
Points
33
kannn... abestu team lain yg menang tu diorg bwk angin sendiri ke? kahkahkah
tu la pasal...pastu yg kena kecam syed sadiq...so kesimpulannya syed sadiq yg bawak angin...angin rakyat malaysia...hahaha...bingung kawan
 
Sponsored Post
Top
Log in Register