Sukan SEA 30th Manila 2019

Recommended Brokers


TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
259,023
Reaction score
8,719
Points
2,226
djijangka antara edisi plg membosankan.... pinoy betul2 nk juara keseluruhan... byk acara utama sukan sea x dipertandingkan...
Kelebihan buat tuan rumah
Kita je selalu senaraikan banyak acara yg pasukan lain boleh menang pingat emas
Team lain memang fokus pada acara yg deme blh menang je
 
Sponsored Post

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
40,186
Reaction score
850
Points
161
Kelebihan buat tuan rumah
Kita je selalu senaraikan banyak acara yg pasukan lain boleh menang pingat emas
Team lain memang fokus pada acara yg deme blh menang je

patutnye hadkan jerk la acara pilihan tuan rumah... acara teras wajib ada... ni ntahpape acara la...
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
40,186
Reaction score
850
Points
161
selalu nya deme memang nak bagi peluang kat tuan rumah merasa jadi juara keseluruhan
dgr kali ni ade acara breakdance..... skateboard...
 

azham

Active+ Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
3,898
Reaction score
370
Points
56
Setahu saya Malaysia lebih pentingkan pingat pada sukan teras untuk Sukan Asia dan Olimpik.
Lepas habis setiap sukan SEA, OCM/KOAM/MSN akan pecahkan pingat keseluruhan ke carta Sukan Asia/Olimpik.
Boleh tengok pecahan pingat mengikut Sukan Asia/Olimpik dalam rancangan Forum 802 Astro.
Macam Singapore sentiasa dibawah Malaysia pada peringkat Sea tapi terbalik pada peringkat Olimpik.
Biar lah Filipina nak dapat 1000 emas pun, dia kan tuan rumah.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
259,023
Reaction score
8,719
Points
2,226
Setahu saya Malaysia lebih pentingkan pingat pada sukan teras untuk Sukan Asia dan Olimpik.
Lepas habis setiap sukan SEA, OCM/KOAM/MSN akan pecahkan pingat keseluruhan ke carta Sukan Asia/Olimpik.
Boleh tengok pecahan pingat mengikut Sukan Asia/Olimpik dalam rancangan Forum 802 Astro.
Macam Singapore sentiasa dibawah Malaysia pada peringkat Sea tapi terbalik pada peringkat Olimpik.
Biar lah Filipina nak dapat 1000 emas pun, dia kan tuan rumah.
Sukan SEA memang untuk peringkat pembangunan
Tengok acara yang kita join setiap kali sukan SEA lebih kepada sukan teras kan
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
259,023
Reaction score
8,719
Points
2,226


JURULATIH skuad kebangsaan, Saizul Hafifi Mohd. Noor dalam sidang akhbar Team Malaysia Sukan SEA 2019, di MSN, Bukit Jalil, hari ini.- FOTO UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Ragbi optimis pertahan emas


KUALA LUMPUR 10 Sept. - Biarpun dibarisi tujuh pemain baharu, namun skuad ragbi tujuh sebelah lelaki negara melahirkan keyakinan tinggi untuk mengekalkan kilauan pingat emas dalam Sukan SEA 2019 Manila, yang akan berlangsung pada 30 November hingga 11 Disember ini.

Jurulatih negara, Saizul Hafifi Mohd. Noor berkata, tujuh pemain baharu daripada Program Universiti dan Program Pembangunan Kesatuan Ragbi Malaysia (MRU) itu dilihat mampu memberi kesan positif terhadap ketiadaan beberapa pemain berpengalaman yang pernah menaiki podium pertama pada temasya di Kuala Lumpur dua tahun lalu.

“Rombakan semula barisan dibuat untuk temasya kali ini, di mana kami membawa masuk beberapa pemain baharu. Mereka yang diserap setakat ini kami nampak ada perkembangan positif dan mampu memberi kesan baik kepada prestasi pasukan.

“Rombakan itu dibuat selepas kami kehilangan dua atau tiga jentera berpengalaman tetapi tempat itu sudahpun diisi dengan pemain baharu. Diharap mereka dapat memberikan impak besar terhadap skuad kebangsaan.

“Kami juga berharap mereka dapat menyesuaikan diri dengan pemain lama selain memberikan komitmen tinggi serta kematangan dalam usaha mempertahankan pingat emas," kata Saizul dalam sidang akhbar Team Malaysia di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil hari ini.

Tambahnya, kesemua tujuh pemain baharu itu akan diadun bersama sembilan lagi jentera yang pernah memenangi emas dalam edisi 2017.

Pada edisi lalu, Skuad ragbi 7 sebelah negara menangi emas selepas menundukkan Singapura, 22-7 dalam perlawanan akhir di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Kelana Jaya.

Skuad ragbi wanita negara pula mencatatkan kejayaan membanggakan apabila memungut gangsa setelah menumbangkan Filipina, 7-5 dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.

Mengulas lanjut Saizul berkata, antara negara yang mampu memberi tentangan sengit adalah tuan rumah, Singapura selain Thailand yang menunjukkan peningkatan selepas membawa masuk jurulatih dari luar.

“Hujung November nanti kami akan sertai kejohanan kelayakan ke Olimpik di Korea Selatan dan matlamat kami untuk melihat prestasi pasukan sebelum ke Sukan SEA, (bagaimanapun) tiada mengatakan sasaran besar untuk ke Sukan Olimpik.

“Filipina dan Singapura turut sertai kelayakan tersebut. Jadi saya rasa nanti kita boleh lihat prestasi kedua-dua pasukan dan menilainya sebelum melakukan persiapan akhir ke Manila,” katanya.- UTUSAN ONLINE


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
259,023
Reaction score
8,719
Points
2,226







Go #TeamMALAYSIA 💪🇲🇾

7 muka baharu bakal memperkuatkan skuad ragbi 7s menjelang temasya Sukan SEA Filipina nanti dalam misi mengekalkan pingat emas yang dimenangi 2 tahun lalu.

Skuad ragbi wanita pula sasar perbaiki kedudukan dengan melangkah ke pentas final.

#TeamMALAYSIA
 
Sponsored Post
Top
Log in Register