Sukan SEA 30th Manila 2019

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,903
Reaction score
11,470
Points
2,376


Skuad petanque lelaki meraih pingat emas pada pusingan akhir dalam acara triple di Clark City, Filipina. - NSTP/Aizuddin Saad
Skuad petanque bangkit raih emas


CLARK: Skuad petanque negara membuka kempen Sukan SEA 2019 dengan cemerlang apabila bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Thailand sekali gus memenangi pingat emas acara triples lelaki di sini, petang tadi.

Bermula gemuruh di awal permainan, trio negara - Mat Daud Muhamad Hafizuddin, Syed Ali Syed Akmal Fikri dan Musmin Saiful Bahri - pada satu ketikanya ketinggalan 4-9 kepada Thailand.

Namun, mereka bangkit dengan aksi lebih bertenaga untuk mengejar lawan sebelum memenangi aksi penuh dramatik dengan 13-11 dalam tempoh hampir tiga jam.

Malah, kejayaan itu menamatkan penantian 18 tahun negara yang kali terakhir memenangi acara triples lelaki pada edisi 2001 di Kuala Lumpur selepas sekadar berpuas hati dengan gangsa dua tahun lalu.

Bagi ketua jurulatih petanque negara, Syed Ali Syed Akil tiada rahsia kejayaan yang luar biasa dalam memenangi emas berkenaan, sebaliknya mengakui anak buahnya mempunyai jiwa yang kental.

"Saya sentiasa tahu pemain saya mempunyai jiwa yang kental, mereka hanya mengikut apa yang diajar barisan jurulatih semasa latihan.

"Memang terkejut, tetapi saya sentiasa percaya mereka boleh buat yang terbaik dan hari ini Alhamdulillah kejayaan menjadi milik kami.

"Malah, saya tidak pernah berputus asa walaupun pada satu ketikanya ketinggalan jauh... Cuma saya berpesan pada mereka kekal fokus dan tenang," katanya.

Kemenangan itu membantu menambah pungutan pingat emas kontinjen Malaysia kepada 23.

Skuad triples wanita juga cemerlang apabila meraih pingat perak selepas tewas 13-4 di tangan Kemboja dalam aksi final.


 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,903
Reaction score
11,470
Points
2,376


RATU gimnastik artistik negara, Farah Ann Abdul Hadi. NSTP/Osman Adnan
Permintaan Farah Ann...


MANILA: Ratu gimnastik artistik negara, Farah Ann Abdul berharap Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) dapat mempertimbangkan untuk membawa rakan sepasukannya bersama jika berhasrat menghantarnya menjalani latihan di Amerika Syarikat (AS) sebagai persiapan menghadapi Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Farah menjadi atlet gimnastik pertama melayakkan diri ke temasya berprestij itu sejak Au Li Yen melakukannya pada Olimpik Sydney 2000 apabila melepasi kelayakan di Kejohanan Dunia di Stuggart, Oktober lalu.

Dia turut membuktikan reputasinya di rantau Asia Tenggara selepas membawa pulang tiga pingat emas pada Sukan SEA 2019 yang menjadi pencapaian terbaiknya di temasya dwitahunan itu.

"Fokus tahun ini adalah Sukan SEA, saya akan berehat sebentar sebelum kembali membuat persiapan bagi Olimpik.

"Saya akan berbincang dengan jurulatih mengenai apa yang terbaik (sebagai persiapan ke Olimpik).

"Saya sedar MGF mempunyai perancangan untuk menghantar saya menjalani latihan di AS. MGF cuba melakukan yang terbaik untuk membantu saya terutama selepas saya layak ke Olimpik.

"Saya harap rakan sepasukan saya juga dapat menyertai sekiranya saya dihantar menjalani latihan di luar negara kerana kami adalah satu pasukan.

"Saya selesa menjalani latihan dengan rakan sepasukan dan jurulatih saya. Mereka banyak membantu saya dan kami bagai satu keluarga besar.

"Apapun saya akan membuat keputusan apa yang terbaik untuk diri saya dan pasukan," kata Farah yang turut mengakui tidak pasti sama ada beraksi pada Sukan SEA seterusnya disebabkan faktor usia yang semakin meningkat.

Pada Sukan SEA kali ini, skuad gimnastik artistik negara cemerlang apabila menang empat daripada lima emas yang ditawarkan.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,903
Reaction score
11,470
Points
2,376

Joshua (kiri) menentang atlet Vietnam, Nguyen Tien Nhat dalam perlawanan akhir lawan padang kategori Epee lelaki di Pusat Dagangan Dunia di Manila. - NSTP/Osman Adnan
Joshua lengkapkan koleksi pingat Sukan SEA


MANILA: Walaupun gagal meraih pingat emas, atlet lawan pedang, Joshua Koh I Jie tetap boleh mendabik dada selepas dia meraih perak kategori Epee lelaki di Pusat Dagangan Dunia di sini, hari ini.

Impiannya untuk merampas kembali emas yang pernah dimenanginya pada 2011 di Indonesia tidak kesampaian apabila tewas kepada juara bertahan dari Vietnam, Nguyen Tien Nhat 5-15 dalam aksi final.

Katanya, pencapaian kali ini tetap baik berbanding edisi dua tahun lalu di Kuala Lumpur yang menyaksikan dia sekadar meraih gangsa.

"Saya sudah berjaya melengkapkan koleksi pingat Sukan SEA kali ini," kata Joshua secara berseloroh ketika ditanya mengenai pencapaian kali ini.

"Sudah pasti saya kecewa kerana tidak menjadi juara tetapi saya perlu terima hakikat ini. Saya perlu akui lawan saya beraksi lebih baik dan berjaya membaca taktikal saya.

"Diharapkan, saya mampu melakukan lebih baik pada masa akan datang."

Gangsa dalam acara itu dikongsi bersama atlet Vietnam, Nguyen Phuoc Den dan Jose Noelito Jr dari Filipina.

Berkongsi mengenai perancangannya selepas ini, Joshua berkata dia akan berbincang dengan jurulatihnya sama ada akan mengambil bahagian bagi menghadapi kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Korea Selatan, April depan.

Katanya, dia memerlukan bantuan kewangan sekiranya membuat keputusan beraksi di Korea.

"Saya akan lihat nanti bagaimana. Untuk beraksi dalam kelayakan saya perlu melakukan persiapan terbaik kerana jika tidak tiada gunanya. Untuk itu, saya memerlukan penaja.

"Kalau saya mahu buat persiapan saya perlu berlatih di luar negara. Jadi, saya akan putuskan nanti," katanya.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,903
Reaction score
11,470
Points
2,376

Meskipun sekadar gangsa, Jinq En tetap berasakan ia satu pencapaian yang baik mengambil kira ia bukanlah acara kegemarannya. - NSTP/Aizuddin Saad
Skuad renang negara 'lemas'


CLARK: Selepas meraih satu pingat perak dan satu gangsa pada hari pertama semalam, skuad renang negara terus ‘lemas’ di Pusat Akuatik New Clark City, hari ini.

Malah, permulaan perlahan itu mungkin menyukarkan misi anak buah Chris Martin dalam memenuhi sasaran empat emas yang ditetapkan.

Satu demi satu harapan utama tumbang bermula dengan kegagalan Welson Sim mempertahankan pingat emas dalam acara kegemarannya, 400 meter (m) gaya bebas semalam dan hari ini tiba giliran empat daripada lima perenang pula tampil longlai.

Daripada lima perenang hanya Phee Jinq En berjaya membantu skuad negara menambah pungutan pingat gangsa iaitu dalam acara 200m kuak dada dengan catatan 2:32.383 saat (s).

Meskipun sekadar gangsa, Jinq En tetap berasakan ia satu pencapaian yang baik mengambil kira ia bukanlah acara kegemarannya.

"Ia membakar semangat saya untuk acara seterusnya 50m kuak dada. Saya harap dapat mempamerkan aksi lebih baik dalam acara itu.

"Saya sendiri tidak sangka dapat meraih pingat untuk acara 200m kuak dada," katanya.

Jinq En adalah pemegang rekod untuk acara 50m dan 100m kuak dada.

Dia melakar rekod baharu kebangsaan 31.46s ketika di Sukan Asia Indonesia tahun lalu untuk 50m kuak dada manakala 1:08.65s bagi acara 100m kuak dada pada saingan Terbuka Malaysia 2016.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,903
Reaction score
11,470
Points
2,376
Penerjun negara, Wendy Ng Yan Yee memenangi pingat emas ke-24 kontinjen Malaysia dalam acara 3 meter papan anjal individu wanita sebentar tadi
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,903
Reaction score
11,470
Points
2,376

ATLET penerjun negara, Wendy Ng beraksi dalam acara terjun 3 meter papan anjal individu wanita di Pusat Akuatik New Clark City, sebentar tadi. - Foto Aizuddin Saad
Penerjun negara cemerlang raih penamat 1-2


CLARK: Malaysia unggul meraih penamat 1-2 dalam acara terjun 3 meter papan anjal individu wanita menerusi Wendy Ng dan Jasmine Lai di Pusat Akuatik New Clark City, sebentar tadi.

Wendy meraih pingat emas apabila mencatat 298.90 mata selepas lima pusingan manakala Jasmine Lai memenangi perak dengan catatan 192.75 mata.

Emas yang diraih Wendy itu adalah emas ke-24 kontinjen negara pada temasya dwitahunan itu dan yang pertama dari gelanggang terjun yang membuka tirainya, hari ini.

Peserta Vietnam, Ngo Phuong Mai meraih gangsa dengan catatan 185.25 mata.

Wendy meraih emas menerusi acara sama pada 2017 di Kuala Lumpur namun dia gagal ujian doping sekali gus menyaksikannya digantung lapan bulan.


 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,060
Reaction score
1,081
Points
201
perenang singapore dah level kelas dunia.... abis sume dier tapao... mujur kite ade skuad penerjun dunia... kalo tak.. aquatic team leh bungkus awal....
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,903
Reaction score
11,470
Points
2,376
perenang singapore dah level kelas dunia.... abis sume dier tapao... mujur kite ade skuad penerjun dunia... kalo tak.. aquatic team leh bungkus awal....
sukan renang kita makin jauh ketinggalan dengan Singapor ni
penerjun kita je la level dunia pn
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,903
Reaction score
11,470
Points
2,376

ATLET marathon, Mohamad Muhaizar meraih pingat gangsa dalam acara marathon 42km sempena Sukan SEA ke-30 Filipina 2019 di Kompleks Sukan New Clark City, Filipina. NSTP/Aizuddin Saad
Muhaizar ulangi pencapaian dua tahun lalu


CLARK: Tuah bersama Muhaizar Mohamed ketika menghadiahkan pingat pertama buat skuad olahraga negara di Stadium Olahraga New Clark City, pagi tadi.

Dia menamatkan larian maraton sejauh 42 kilometer (km) di tempat ketiga dengan 2:33:08 saat (s) di belakang pemenang pingat emas dari Indonesia, Agus Prayogo (2:26:48s) dan pemenang gangsa dari Thailand, Sanchai Namkhet (2:27:18s).

Ia sekali gus mengulangi pencapaian gangsa dua tahun lalu apabila pelari berusia 28 tahun dari Gurun, Kedah itu muncul atlet pertama dalam tempoh 44 tahun meraih penamat podium dalam acara maraton.

Walaupun gagal memperbaiki pencapaian lalu, Muhaizar berkata, dia tetap bersyukur selepas bergelut dengan jadual perjalanan yang padat.

"Biasanya saya tiba awal dan melakukan latihan ringan untuk menyesuaikan diri, tetapi saya hanya tiba pada Rabu lalu (susulan penangguhan jadual kapal terbang kerana ancaman taufan) dan Khamis pula sibuk menyelesaikan urusan taklimat dan mengambil bib.

"Jadi, saya tidak dapat mengerah diri sepanjang perlumbaan kerana saya tidak mempunyai tenaga. Ia perlumbaan yang amat mencabar terutamanya ketika menuju ke garisan penamat," katanya.

Buktinya apabila dia terus muntah sebaik melintasi garisan penamat selepas mengerah seluruh tenaganya selepas pada satu ketikanya Muhaizar ketinggalan di kedudukan keenam.

"Jika tidak kerana masalah yang dihadapi (penerbangan), mungkin saya boleh mendapat keputusan yang lebih baik, tetapi saya tetap gembira kerana berjaya mencapai sasaran peribadi," katanya yang juga seorang anggota komando.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,903
Reaction score
11,470
Points
2,376
Gandingan Ooi Tze Liang dan Chew Wi Wei menghadiahkan pingat emas kedua skuad terjun negara yang juga ke-25 buat kontinjen Malaysia selepas memenangi acara 3m papan anjal seirama lelaki
 
Sponsored Post
Top
Log in Register