Sukan SEA 30th Manila 2019

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,892
Reaction score
8,910
Points
2,226
Khabarnya ada pesilat Malaysia yang cedera serius di kepala.
Dia ditendang dikawasan yang dilarang iatu paras atas dada.
Peslat Malaysia tu dah jatuh ke lantai dan terus di tendang kat kepala.
Ada semalam
Dah sedar
Dia juara bertahan edisi 2017
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,892
Reaction score
8,910
Points
2,226
Pasukan boling padang lelaki negara menghadiahkan pingat emas ke-19 buat kontinjen Malaysia selepas mengatasi Brunei 24-6 dalam acara fours di Clark, sebentar tadi
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,892
Reaction score
8,910
Points
2,226

TIMBALAN Ketua Kontinjen, Nurul Huda Abdullah bersama Pengarah Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin (kiri) melawat atlet pencak silat kebangsaan, Muhammad Faizul Nasir yang kini dalam keadaan stabil selepas beliau tidak sedarkan diri akibat ditendang oleh atlet Filipina, Dines Dumaan ketika ditemui Hospital Pakar Clark City, Clark. - Foto Ihsan Majlis Sukan Negara
Faizul kian stabil, pengawasan 72 jam


CLARK: Keadaan pesilat negara, Muhammad Faizul M Nasir yang dimasukkan ke Hospital Pakar Clark City, semalam dilaporkan stabil selepas menunjukkan perkembangan positif.

Pemenang pingat emas dua kali dalam Sukan SEA itu dimasukkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri gara-gara menerima tendangan di muka oleh pesilat tuan rumah, Dines Dumaan.

Pengarah Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin, berkata Faizul, 31, dijangka keluar dalam tempoh sehari dua lagi bergantung kepada hasil pengawasan rapi pakar perubatan dalam tempoh 72 jam sejak semalam.

"Dia sudah sedarkan diri dan boleh bergerak cuma doktor minta untuk terus mengawasi keadaannya bagi tempoh 72 jam.

"Pakar saraf juga sudah melihat keputusan x-ray dan ujian imbasan imej resonance magnetic (MRI), dan saya difahamkan memang ada kecederaan sedikit pada bahagian tisu di lehernya.

"Lain-lain semua OK yang mana dia tidak mengalami pendarahan atau patah... Memang dia sudah sedar dan boleh mula makan," katanya.

Dalam aksi di Pusat Konvensyen dan Pameran Subic Bay semalam, Faizul tumbang 5-0 kepada Dumaan sekali gus gagal meraih hatrik pingat emas Sukan SEA dalam acara tanding putra kelas B.

Jefri turut mengesahkan bahawa pada jam 5 petang ini, Ketua Pegawai Perubatan Kontinjen Malaysia, Dr Arshad Puji akan bertemu dengan pakar saraf yang merawat Faizul bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai perkembangan pesilat berkenaan.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,892
Reaction score
8,910
Points
2,226

Boling padang tambah emas lagi


CLARK: Percaturan jurulatih skuad boling padang negara untuk menukar strategi menurunkan atlet berpengalaman Fairul Izwab Abd Muin dalam acara fours lelaki membuahkan hasil.

Ini selepas dia berjaya membantu pasukan fours lelaki negara membolot pingat emas di Friendship Gate, di sini, sebentar tadi selepas menewaskan Brunei 24-6 untuk menghadiahkan pingat emas ke-19 buat kontinjen Malaysia.

Ternyata pengalaman Fairul yang sudah membuat empat penampilan di temasya terbesar Asia Tenggara itu menjadi pemisah apabila dia berjaya mengekalkan ketenangan tiga lagi rakannya - Zulhilmie Redzuan, Daeng Dhadyry Dahasry dan Muhammad Idham Amin.

Kejayaan itu secara tak langsung menyaksikan pasukan fours lelaki negara berjaya dalam melunaskan kehampaan pada edisi dua tahun lalu di Kuala Lumpur selepas sekadar meraih perak.

Bagaimanapun, ia tidak cukup untuk menjulang kem boling padang negara memenuhi sasaran lima pingat emas yang ditetapkan selepas hanya menutup gelanggang boling padang dengan empat pingat emas.

Sementara itu, pasukan triples wanita negara berpuas hati dengan pingat gangsa selepas berhempas pulas menewaskan Brunei 17-15.


 

Penbiru

Legendary Member
Joined
Jan 12, 2008
Messages
18,606
Reaction score
1,248
Points
201

TIMBALAN Ketua Kontinjen, Nurul Huda Abdullah bersama Pengarah Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin (kiri) melawat atlet pencak silat kebangsaan, Muhammad Faizul Nasir yang kini dalam keadaan stabil selepas beliau tidak sedarkan diri akibat ditendang oleh atlet Filipina, Dines Dumaan ketika ditemui Hospital Pakar Clark City, Clark. - Foto Ihsan Majlis Sukan Negara
Faizul kian stabil, pengawasan 72 jam


CLARK: Keadaan pesilat negara, Muhammad Faizul M Nasir yang dimasukkan ke Hospital Pakar Clark City, semalam dilaporkan stabil selepas menunjukkan perkembangan positif.

Pemenang pingat emas dua kali dalam Sukan SEA itu dimasukkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri gara-gara menerima tendangan di muka oleh pesilat tuan rumah, Dines Dumaan.

Pengarah Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin, berkata Faizul, 31, dijangka keluar dalam tempoh sehari dua lagi bergantung kepada hasil pengawasan rapi pakar perubatan dalam tempoh 72 jam sejak semalam.

"Dia sudah sedarkan diri dan boleh bergerak cuma doktor minta untuk terus mengawasi keadaannya bagi tempoh 72 jam.

"Pakar saraf juga sudah melihat keputusan x-ray dan ujian imbasan imej resonance magnetic (MRI), dan saya difahamkan memang ada kecederaan sedikit pada bahagian tisu di lehernya.

"Lain-lain semua OK yang mana dia tidak mengalami pendarahan atau patah... Memang dia sudah sedar dan boleh mula makan," katanya.

Dalam aksi di Pusat Konvensyen dan Pameran Subic Bay semalam, Faizul tumbang 5-0 kepada Dumaan sekali gus gagal meraih hatrik pingat emas Sukan SEA dalam acara tanding putra kelas B.

Jefri turut mengesahkan bahawa pada jam 5 petang ini, Ketua Pegawai Perubatan Kontinjen Malaysia, Dr Arshad Puji akan bertemu dengan pakar saraf yang merawat Faizul bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai perkembangan pesilat berkenaan.


revenge lagi 2 tahun...sepak kepala dia balik..kasi koma terus pinoy tu..dasar kurang ajar..
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,892
Reaction score
8,910
Points
2,226


Ketua Kontinjen Malaysia, Datuk Megat Zulkarnain Omardin (kanan). -NSTP/Aizuddin Saad
'Jangan cari alasan gagal capai sasaran'


CLARK: Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Filipina diingatkan supaya tidak menjadikan isu penangguhan jadual penerbangan dan perubahan jadual pertandingan sebagai alasan gagal mencapai sasaran 70 pingat emas.

Ketua Kontinjen Malaysia, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, berkata ini kerana bukan saja atlet negara yang terjejas dengan kehadiran Taufan Kammuri yang membadai Timur Filipina sebaliknya tempias itu turut dirasai kontinjen lain.

"Ia bukan berlaku ke atas kontinjen Malaysia saja tetapi juga kepada negara-negara lain berikutan lapangan terbang ditutup seketika.

"Ancaman taufan adalah di luar kawalan kita. Apapun saya perlu berterima kasih kepada penganjur yang pantas bertindak," katanya sejurus meraikan kejayaan pasukan boling padang negara memenangi pingat emas dalam acara fours lelaki.

Malah, Megat percaya tiada keperluan untuk menangguhkan acara sukan seperti olahraga mahupun karate selepas atlet dari sukan berkenaan belum tiba di Filipina.

Olahraga dan karate masing-masing dijadualkan membuka gelanggang pertandingan pada Jumaat dan Sabtu ini.

"Ada yang dah sampai, macam olahraga dan karate sudah bertolak pagi tadi. Jadi, rasanya tiada keperluan untuk tambahan hari.

"Itu bukanlah alasan sebab saya sudah beritahu pada atlet bukan saja kita yang kena tempias taufan tetapi semua negara juga berdepan masalah sama. Jangan jadikan ia sebagai alasan.

"Saya sentiasa percaya pada kemampuan atlet Malaysia sebagai contoh boling padang mereka berjaya buktikan masalah padang bukan halangan untuk memenangi emas," katanya.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,892
Reaction score
8,910
Points
2,226


Greenlees adalah watak paling penting di sebalik penganjuran sukan boling padang. - NSTP/Jugjet Singh
Jasa Greenlees buat boling padang Malaysia


CLARK: Jika tidak kerana pengurus pasukan boling padang Filipina, Ronalyn Greenlees mungkin empat pingat emas Sukan SEA 2019 sudah terlepas daripada genggaman kontinjen Malaysia.

Greenlees adalah watak paling penting di sebalik penganjuran sukan boling padang kali ini selepas sukan berkenaan pada awalnya berdepan kemungkinan untuk digugurkan.

Ia ekoran masalah ketiadaan venue tetap termasuk berpindah lokasi sebanyak dua kali sebelum Persatuan Boling Padang Filipina ditawarkan sebidang tanah di Friendship Gate hanya 41 hari sebelum Sukan SEA membuka tirainya.

Dan ketika itulah, Greenlees bersama atlet boling padangnya membangunkan tanah itu dalam tempoh yang singkat termasuk menggantikan rumput liar dengan rumput mengikut spesifikasi pertandingan.

Menariknya, kerja-kerja itu dilakukan hasil bantuan YouTube dan perkara itu diakui Greenlees yang pernah satu ketika hampir berputus asa.

"Rumput di sini sepanjang lima kaki tinggi, dan apabila kami dibawa ke kawasan Friendship Gate, saya hampir berputus asa," kata Greenlees yang pernah memenangi pingat perak dalam acara triples wanita di Sukan SEA 2017.

"Untuk 41 hari kami memotong rumput, meratakan tanah dan membantu kontraktor membina arena ini. Kami tidak berputus asa dan kami menjadikan YouTube sebagai rujukan spesifikasi dan saiz gelanggang.

"Apabila kami selesai menanam rumput, ia tumbuh dengan agak perlahan dan sebab itu anda dapat lihat lebih banyak pasir daripada rumput," katanya.

Dan jika tidak kerana kesungguhan Greenlees dan pengorbanan masa latihan oleh atlet boling padang Filipina mungkin sukan itu sudah digugurkan daripada temasya dan Malaysia mungkin tidak memenangi empat pingat emas.

Selain empat pingat emas, kontinjen boling padang Malaysia turut membawa pulang dua pingat gangsa.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,892
Reaction score
8,910
Points
2,226

JAGUH boling negara, Muhamad Rafiq Ismail beraksi dalam acara beregu lelaki Sukan SEA 2019 di Pusat Boling Pusat Beli Belah Starmall EDSA. - Foto BERNAMA
Rafiq tetap sabar, tawakal


MANILA: Jaguh boling negara, Muhamad Rafiq Ismail kekal tenang biarpun masih belum menjelmakan kilauan pingat emas pada Sukan SEA 2019.

Selepas dua acara, pembawa Jalur Gemilang itu sekali lagi kempunan untuk meraih emas apabila sekadar memenangi gangsa dalam acara beregu lelaki, hari ini.

Dia bersama pasangannya, Tun Ismail Luqman Al-Hakim terpaksa akur apabila hanya mencatat 2,556 jatuhan pin di Pusat Boling Pusat Beli Belah Starmall EDSA.

Semalam, dia gagal menamatkan saingan di kedudukan podium dalam acara perseorangan lelaki.

Sebaliknya rakan sepasukan Timmy Tan membuat kejutan dengan mencatat balingan tertinggi 1,334 untuk menyumbang emas buat kem boling negara.

Rafiq berkata walaupun harapan tinggi diletakkan di bahunya, dia masih tetap tenang dan berharap mampu menghadirkan kilauan emas dalam baki tiga acara lagi - beregu campuran, berpasukan dan masters.

"Saya kena terima hakikat (masih gagal sumbangkan emas). Sebagai pemain boling dan atlet, sebenarnya saya tak fikirkan sangat mengenai status sebagai pembawa Jalur Gemilang yang wajib memberi emas.

"Bagi saya, akan cuba yang terbaik dan harap dapat melakukan sesuatu. Saya masih ada acara lagi selepas ini.

"Apa yang saya perlu adalah bersabar dan tawakal. Mungkin rezeki dalam acara beregu campuran atau yang lain," katanya.

Emas dimenangi gandingan Indonesia Billy Muhammad Islam dan Hardy Rachmadian dengan 2,592 jatuhan pin manakala pasangan Thailand, Atchariya Cheng dan Surasak Manuwong meraih perak dengan 2,564 jatuhan pin.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,892
Reaction score
8,910
Points
2,226

Perenang negara, Welson Sim meraih pingat perak dalam acara renang 400m gaya bebas di Pusat Akuatik, Kompleks Sukan New Clark City, Clark. - NSTP/Aizuddin Saad
Welson terlepas emas


CLARK: Jaguh renang negara, Welson Sim gagal dalam misi memburu pingat emas ketiga berturut-turut apabila sekadar meraih perak dalam acara 400m gaya bebas di Pusat Akuatik New Clark City, sebentar tadi.

Dia yang turun sebagai pilihan utama dinafikan kemenangan oleh pemenang pingat emas Sukan Olimpik Belia 2018 dari Vietnam, Nguyen Huy Hoang yang mencatat rekod baharu temasya 3:49.08 saat (s) manakala Welson sekadar 3:49.55s.

Pingat gangsa menjadi milik perenang Indonesia, Prawira Aflah dengan catatan 3:52.65s.

Catatan dilakar Welson itu jauh daripada rekod kebangsaan miliknya iaitu 3:49.29 yang dilakukan pada Mac lalu dalam Kejuaraan Terbuka NSW di Sydney, Australia.

Dalam pertarungan mendebarkan itu, sekalipun berjaya memberi tekanan sejak daripada awal ke atas Huy Hoang, namun Welson, 22, gagal menandingi kehebatan lawannya dalam pecutan terakhir.

Sebagai rekod, Welson adalah juara bertahan 400m gaya bebas Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur dan 2015 Singapura.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,892
Reaction score
8,910
Points
2,226


Nazri (kiri) bersama sepanduk menyambut kepulangan Khairunnisa


Skuad bola jaring negara yang memenangi pingat emas Sukan SEA tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2). - NSTP/Ahmad Irham Mohd Noor
Kenduri kesyukuran bawa pulang emas


SEPANG: Kejayaan kali pertama pemain bola jaring, Khairunnisa Nazri membantu negara merangkul pingat emas di Sukan SEA ke-30 Filipina memberi kebanggaan kepada keluarganya yang berhasrat mengadakan kenduri di kampung halamannya di Felda Trolak, Sungkai, Perak.

Bapanya, Nazri Abdul Rahman, 55, berkata beliau sekeluarga menaiki tiga kenderaan dari kampung halaman seawal 7 pagi bagi meraikan kejayaan anaknya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) hari ini.

"Saya tak tahu kelebihan yang dia ada tetapi daripada sekolah rendah lagi cikgu dia bagi dia main bola jaring. Daripada 'tangan kayu' sampailah ke hari ini.

"Saya gembira dan tak sangka dalam keluarga, anak saya dapat memenangi emas di Sukan SEA. Insya Allah kami akan mengadakan kenduri kesyukuran nanti," katanya yang berada di KLIA 2 bersama kira-kira 10 ahli keluarga sambil membawa sepanduk ucapan tahniah.

Nazri berkata, jika tahun lalu anaknya yang berada di posisi Goal Shooter (GS) tidak terpilih dalam skuad bola jaring, beliau gembira apabila anaknya itu dapat membalas kepercayaan diberikan jurulatih untuk memastikan pingat emas kekal milik negara.

Khairunnisa, 20, adalah antara pemain muda diserapkan daripada skuad remaja berjaya membantu Malaysia mempertahankan pingat emas dengan menewaskan Singapura 48-42 dalam aksi final di Kompleks Sukan Santa Rosa, Manila Isnin lalu.

"Sebenarnya sampai ke hari ini saya masih tak percaya dapat disenaraikan ke pasukan Sukan SEA namun dalam masa sama saya tetap gembira dengan kejayaan ini.

"Alhamdulillah kami dapat mengekalkan pingat emas biarpun saya merasa agak gemuruh ketika bersaing pada awalnya. Namun begitu saya sudah belajar untuk mengawal perasaan itu," katanya.


 
Sponsored Post
Top
Log in Register