Sukan SEA 30th Manila 2019

Recommended Brokers


theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
6,215
Reaction score
397
Points
81
ya Allah teruknya host kali ni.. website pun problem. nak tengok results dan schedule pun susah.
 
Sponsored Post

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
40,311
Reaction score
868
Points
161
floor ball ni
patutnya amek plyr hoki simpanan wanita(remaja) Msia main

xpayah form team dr scratch
buat malu je kalah besar
sedangkan hoki prmpuan msia top asean
unfair la bang kalo bg player hoki main... dorang letih2 training.. tp org lain dpt main..
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
261,170
Reaction score
8,811
Points
2,226

Visual yang dirakamkan sekitar jam 6 pagi waktu tempatan dengan awan mendung menyelebungi kawasan Metro Manila salah satu kawasan yang menjadi venue pertandingan bagi Sukan SEA Manila 2019. - Foto Osman Adnan



Gambar disediakan oleh Greenpeace-Filipina menunjukkan ombak yang kuat mengatasi garis pantai Legazpi, Daerah Albay, Filipina. - Foto EPA
Filipina tunda banyak acara elak Taufan Kammuri


CLARK: Bimbang dengan ancaman Taufan Kammuri yang dijangka melanda Filipina, hari ini menyebabkan tuan rumah Sukan SEA 2019 itu terpaksa menunda beberapa acara sukan.

Antara sukan terbabit adalah petanque, pelayaran, papan selaju dan surfing yang dikeluarkan daripada jadual pertandingan hari ini.

Pengesahan itu dibuat Jawatankuasa Penganjuran Sukan SEA 2019 Filipina (PHISGOC) pagi ini menerusi satu kenyataan rasmi.

Malah, sebagai langkah berjaga-jaga, semua jadual penerbangan ke Filipina turut ditangguhkan atas faktor keselamatan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Manila turut ditutup.

Ini bermakna tiada penerbangan dari Kuala Lumpur ke Manila atau sebaliknya sehingga notis perjalanan dikeluarkan kelak sekali gus menjejaskan perjalanan beberapa sukan membabitkan kontinjen Malaysia.

Antara sukan yang masih 'terkandas' di Kuala Lumpur dan terbabit dengan penangguhan jadual penerbangan adalah skuad olahraga, gimrama, terjun, skuasy dan sukan elektronik negara.

Kammuri dijangka tiba pagi ini di timur Filipina dengan membawa hujan lebat dan angin kencang mencecah 170 kilometer sejam, kata jabatan kaji cuaca.

Ribut itu berada dalam laluan untuk menghampiri Manila, yang mempunyai 13 juta penduduk dan tempat banyak acara pertandingan Sukan SEA sedang berlangsung.

Hampir 70,000 penduduk sudah berpindah di Daerah Bicol, yang dijangka lokasi utama laluan ribut itu.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
261,170
Reaction score
8,811
Points
2,226

KILAUAN EMAS... Pemain Malaysia meraikan kemenangan mereka dalam acara bola jaring wanita akhir Malaysia menentang Singapura di Stadium Santa Rosa Sports Multi- Purpose Complex semalam
Hadiah paling bermakna - Noramirah


MANILA, 3 Dis - Kejayaan mempertahankan pingat emas acara bola jaring yang dimenangi dua tahun lalu, begitu bermakna buat pemain negara, Noramirah Dayana Noor Azhar.

Noramirah yang beraksi di posisi Goal Keeper (GK) berkata, ini kerana pingat emas yang dirangkul pada Sukan SEA ke-30 itu, mempunyai keistimewaan tersendiri berikutan ia diraih hanya tiga hari selepas menyambut hari lahir ke-25, yang jatuh pada 29 Nov lalu.

"Perlawanan hari ini (Isnin) pada mulanya agak tegang, namun kami sentiasa percaya kepada rakan sepasukan. Kami tahu kelebihan setiap pemain yang ada, untuk mempertahankan pingat emas ini.

“Kejayaan yang saya raih hari ini (Isnin) adalah hadiah hari lahir yang paling terbaik pernah saya terima, untuk diri saya," katanya.

Skuad bola jaring negara unggul mempertahankan pingat emas, apabila berjaya menundukkan musuh tradisi, Singapura 48-42 dalam aksi final di Kompleks Sukan Santa Rosa, Laguna, di sini.

Manakala Thailand dan Brunei yang tewas pada separuh akhir Ahad, terpaksa berpuas hati berkongsi pingat gangsa.

Sementara itu, jurulatih negara, Tracey Robinson jelas amat gembira dengan pencapaian anak didiknya, yang berjaya mempertahankan pingat emas di temasya paling berprestij Asia Tenggara itu.

Katanya, kejayaan itu tidak akan dikecapi tanpa bantuan daripada pelbagai pihak, yang tidak pernah jemu memberi sokongan kepada pemain negara.

“Peringkat suku pertama memang sentiasa tegang kerana rasa gemuruh, tetapi selepas separuh masa, saya tahu kami akan lakukannya, anda tahu untuk keluar dari kesukaran dan mereka lakukannya dan tahniah untuk mereka. Mereka telah bekerja keras untuk berada di tempat sekarang kerana semua pesaing telah meningkat berbanding Sukan SEA yang lepas.

“Tahniah kepada MSN dan ISN dan kesemua staff sokongan kami. Mereka telah lakukan tugas yang menakjubkan kepada pemain,” katanya.

-- BERNAMA


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
261,170
Reaction score
8,811
Points
2,226

#SEAGames2019 | #Bowling (W)

Women’s Singles

Kedudukan terkini bagi atlet #MAS 🇲🇾 iaitu Shalin Zulkifli, Sin Li Jane, @SitiSafiyah1411 & Ester Cheah di Coronado Lanes!

#TeamMsiaSukanSEA2019 #KamiTeamMalaysia
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
261,170
Reaction score
8,811
Points
2,226
SEA GAMES 2019

Sport : Menembak
Event : Women's 10M Air Rifle
Athlete : Nur Suryani
Stage : Qualification
Opponent : -
Result : Rank 7/13 (Point : 617.6)
Advance to Final

Stage : Final
Result : Rank 8/8 (Point : 120.9)

Gold - INA
Silver - SGP
Bronze - SGP
#KontinjenMALAYSIA
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
261,170
Reaction score
8,811
Points
2,226

PEMANDANGAN kawasan Metro Manila yang diselubungi awan mendung berikutan taufan Kammuri yang akan melintasi Filipina. PHISOG dalam satu kenyataan kecemasan, beberapa acara sukan terpaksa ditunda susulan taufan Kammuri atau Tisoy diramal berlaku. - Foto NSTP/Osman Adnan
Taufan Kammuri: Acara sukan dalam venue tertutup lancar


MANILA: Walaupun beberapa acara melibatkan venue luar terpaksa ditunda akibat Taufan Kammuri, kebanyakan acara Sukan SEA ke-30 melibatkan venue tertutup di sini, berjalan lancar setakat tengah hari ini.

Seperti diramalkan oleh agensi ramalan cuaca, hujan lebat beserta angin kencang sudah melanda bandar Metro Manila sejak awal pagi tadi, yang dijangka berterusan hingga lewat malam dan boleh menyebabkan banjir dan tanah runtuh.

Walaupun penduduk tempatan sudah mengurangkan aktiviti luar sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi taufan yang dikenali sebagai Tisoy di negara ini, acara seperti menembak, wushu, badminton dan boling berjalan dengan lancar di Manila,.

Bagaimanapun, acara tenis di Pusat Tenis, Kompleks Sukan Memorial Rizal terpaksa ditunda kerana hujan lebat.

Tinjauan Bernama mendapati lalu lintas di bandaraya ini berkurangan, berbanding sejak seminggu lalu dengan keadaan trafik sentiasa sesak.

Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Filipina (PHISGOC), juga telah membuka khemah-khemah di hadapan kesemua venue pertandingan sejak lewat malam tadi untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.

Semalam, PHISGOC telah membuat keputusan untuk menunda beberapa sukan seperti bola tampar pantai, kanu/kayak, Muay Thai, pencak silat, pentathlon dan luncur angin yang dijadualkan di sekitar Clark dan Subic pada hari ini, ke tarikh baru.

Ketua Pegawai Operasi PHISGOC, Ramon Suzara berkata pegawai teknikal sudah mempunyai pelan kecemasan untuk mengatasi masalah berkaitan taufan itu, termasuk keperluan meminda venue pertandingan, tetapi menegaskan bahawa temasya itu tidak akan dilanjutkan melebihi tarikh penutupan pada 11 Disember ini.

Menurut laporan berita semalam, sekurang-kurang seorang terbunuh manakala ribuan rakyat di Filipina dipindahkan serta operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di sini digantung ketika Taufan Kammuri, yang merupakan taufan yang ke-20 melanda negara ini, semakin mendekati pulau utama, Luzon.

-- BERNAMA


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
261,170
Reaction score
8,811
Points
2,226
#SukanSEA2019 Atlet negara, Yeoh Li Tian membuat kejutan apabila menang emas acara rapid chess lelaki Sukan SEA sebentar tadi
 

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
6,215
Reaction score
397
Points
81
nampak Indon fokus kuat kat sukan2 yang ada di Olimpik .. Malaysia x boleh kalah..
 

azham

Active+ Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
4,066
Reaction score
403
Points
56
Khabarnya ada pesilat Malaysia yang cedera serius di kepala.
Dia ditendang dikawasan yang dilarang iatu paras atas dada.
Peslat Malaysia tu dah jatuh ke lantai dan terus di tendang kat kepala.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register